Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, March 10, 2013

Rumah Sewa Bujang; Tips Berukhwah

Bismillah. Hampir 5 tahun... kawe sudah sebati hidup di rumah sewa bujang bersama rakan-rakan lain yang sama bertugas di Kapit. Berjauhan dengan anak isteri serta keluarga, di Kapit kami adalah sekeluarga. Bukan senang untuk kita sama hidup dalam sebuah keluarga rumah sewa bujang yang terdiri daripada pelbagai ragam. Ada sahaja kita dengar kisah-kisah yang tidak enak didengar berkaitan komuniti sesebuah keluarga rumah sewa. Perpecahan, pertengkaran, rasa tidak puas hati, dsb... 
Alhamdulillah kawe diketemukan dengan komoniti yang cukup sporting seperti dengan housemate kawe ini. Kawe tabik spring dengan semua member. Ada juga konflik kecil, tetapi tidak la sampai berpecah belah antara kami semua. Saling menghormati, dan sikap "memberi" menjadi keutamaan kepada kami berbanding dengan sikap "menerima". Itulah tips penting.
Salah satu petua yang paling penting dalam pembentukan ukhwah kami adalah makan berjemaah. Setiap hari ada sahaja yang akan memasak sebagai juadah makan malam. Yang penting tidak ada sikap berkira. Tiada giliran memasak. Siapa dahulu free, dia la yang akan memasak. Masakan tidak lah yang complicated. Cukup sekadar 1 lauk berulamkan sayur, ianya sudah cukup. Bagi yang tidak pandai memasak, memadai melakukan kerja pengemasan. Soal sedap atau tidak masakan, itu soal lain. Yang penting aktiviti sebegini sangat penting untuk kita duduk bersama sambil makan.

Bagaimana nak menjadikan masakan kita sedap? Senang sahaja. Masak la dengan ikhlas, penuh kasih sayang. Jangan kita masak kerana itu turn kita, bukannya kita masak kerana malu dengan kawan2 lain yg selalu masak, dsb. Masak lah dengan ikhlas, pasti makanan kita akan abis dimakan hehe. Selamat mencuba.

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan