Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, February 2, 2013

Bagaimana menyelamatkan simpanan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda menonton filem John Q yang dilakonkan oleh Denzel Washington. Mengisahkan Johhn Q sebagai suami dan bapa dimana anaknya mengalami pembesaran jantung tidak normal. Pemindahan jantung tidak dapat dilakukan kerana insuran yang diambilnya tidak dapat cover kes ini. 

John terdesak kerana anaknya perlu dibedah secepat mungkin dan perlukan kos yang besar. Dasar hospital pula menetapkan John perlu mengemukakan bukti kewangan yang kukuh bagi melaksanakan pembedahan anaknya. Segala aset (rumah, kereta dsb) yang ada dijual. Derma dan bantuan juga dilancar secara hebat. Tetapi masih tidak mencukupi. Insuran yang diambil pula adalah insuran syarikat dimana majikan secara senyap2 telah menukar polisi yang lebih rendah menyebabkan medical card yang dimiliki tidak dapat digunakan. 

Akhirnya tindakan nekad diambil John dengan menawan hospital. Dengan menggunakan senjata api, John berjaya memaksa hospital menjalankan pembedahan ke atas anaknya dan anaknya sembuh. 

Pernahkah kita berfikir, adakah hospital yang ada di Malaysia sekarang ini akan selama-lamanya berada di bawah subsidi kerajaan. Adakah anda rasa selama-lamanya ianya percuma di hospital. Dasar penswastaan tidak mustahil suatu hari nanti hospital akan diswastakan. Kerajaan hanya mampu menyediakan rawatan percuma untuk sakit-sakit biasa. Manakala penyakit kronik pula memerlukan kita mendapatkan perkhidmatan di swasta. Yang ada sekarang pon memerlukan appointment yang cukup lama utk mendapatkan perkhidmatan perubatan percuma kerajaan. Silap hari bulan kerana lama menunggu, mungkin pesakit sudah diambil nyawa olehNya. 

Disebabkan kadar inflasi yang tinggi, segala kos akan meningkat setiap tahun. Begitu juga kos rawatan. Manusia akan terdesak apabila tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang amat diperlukan. Sebagai contoh dalam filem John Q, dia terpaksa menjual segala aset dia, menggunakan semua wang simpanan sehingga tidak ada apa lagi untuk keluarganya bagi menampung kos rawatan pembedahan anaknya. Namun ianya masih belum cukup. Mungkin keadaan ini turut berlaku suatu hari nanti dalam kalangan kita. 

Selama ini kita bersusah payah menabung dalam pelbagai unit saham, tabung haji, unit trust, hartanah, emas, kenderaan dan sebagainya. Ada yang menabung untuk melancong, menunaikan haji, membeli rumah yang besar.. Tiba-tiba berlaku masalah kesihatan yang tidak kita jangka seperti barah, jantung dsb.... Disebabkan kadar inflasi yang tinggi, kos rawatan semakin meningkat. Kita terpaksa menggunakan segala simpanan untuk menampung kos rawatan. Segala aset dan simpanan kita tidak dapat diselamatkan lagi, dan akhirnya kita tiada apa lagi dalam sekelip mata. 

Bukannya kita menafikan musibah. Tetapi kita diberi akal untuk menilai apa yang ada di sekeliling kita. Kita diminta untuk mempelajari masalah kontemporari disekeliling kita. Kita diminta untuk merancang bagi kemaslahatan hidup kita. Apa yang berlaku musibah kita tidak meminta, tetapi eloklah kita merancang untuk mengurangkan risiko musibah ke atas diri kita. 

Dalam pada itu Surah Yusuf ayat 46, 47 dan 48 menceritakan tentang sebuah kerajaan mahupun seorang manusia agar sentiasa beringat dan berjimat-cermat serta bersedia dengan segala persiapan untuk menghadapi sebarang bencaa supaya tidak 'huru-hara' di saat akhir atau tahkala ditimpa bencana.

"Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): 'Yusuf, wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Ta`birkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering (ta`birkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui ta`birnya."

"Yusuf menjawab: 'Hendaklah kamu menanam bersungguh- sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan."(Surah yusuf 47)

"Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit,yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.(Surah yusuf 48)

Belajar lah dari Nabi Yusuf a.s. yang merupakan model perancangan ekonomi, yang telah Allah SWT rakamkan di dalam al-Quran. Menunjukkan kita diminta untuk merancang menghadapi segala musibah yang akan mendatang. 

Dalam situasi dunia sekarang, langkah mudah adalah dengan melanggan plan perlindungan dari syarikat takaful/ insuran malaysia. Sebagai contoh saya dan rakan-rakan seperjuangan memiliki medical card Prudential BSN Takaful. Disamping kita menabung, kita dapat mengurangkan risiko penggunaan tabungan peribadi kita untuk membayar kos perubatan. Kebanyakannya ditanggung oleh syarikat insuran. Malah pelanggan juga akan dibayar manfaat hospital (elaun harian) jika mendapat rawatan. 

Saya tidak berasa rugi membayar insuran ini setiap bulan kerana terdapat plan pelaburan di dalamnya. Apa yang saya bayar kepada insuran selama ini adalah satu pelaburan. Pada suatu masa nanti (15-20 tahun akan datang), jika saya memerlukan wang, saya boleh mengambil balik apa yang saya bayar ini kerana plan pelaburan di dalam ini menjadikan pelanggan akan mendapat balik pulangan apa yang dibayar selama ini. Itu lah yang dikatakan menyelamatkan simpanan kita. hehe. 

Jika anda berminat untuk (melanggan) mengetahui dengan lebih lanjut produk PrudentialBSN Takaful ni, sila tinggalkan email dan no telefon anda di sini. Atau email terus kepada saya di dehewaraspak@gmail.com. InsyaAllah saya sudi membantu. Boleh juga melawat page We Understand We care bagi mendapat lebih maklumat terperinci. 

Malang tak berbau. Kita hendaklah merancang untuk menghadapi situasi yang tak disangka ini dengan melanggan perlindungan takaful. Jika kita membeli insurans kenderaan motor, segala bayaran primium setiap tahun akan hangus dan burn begitu sahaja kepada syarikat insurans. Tetapi jika kita membeli life insurans, Bayaran yang kita buat setiap bulan/tahun sebenarnya adalah satu simpanan dan kita akan mendapat balik segala bayaran kita tadi (mungkin dapat lebih dari apa yg kita bayar) untuk jangka masa panjang melalui plan pelaburan patuh syariah oleh pengendali takaful. Saya mencadangkan anda untuk memilih PruBSN Takaful sebagai syarikat pilihan kerana ia menawarkan plan yang kompetatif (Plan Perlindungan + Medical Card + Plan pelaburan syariah). Banyak testimoni yang +ve diberikan untuk PruBSN Takaful ini yang merupakan syarikat pertama memperkenalkan Medical Card dan antara syarikat yang membayar manfaat hopital (elaun harian warded, manfaat pembedahan dsb) yang tinggi serta urusan claim yang tidak cerewet seperti syarikat lain. Sila click link atau PM nama penuh, tarikh lahir, pekerjaan dan status merokok bagi mengetahui quotation harga terbaik untuk anda pilih bagi melanggan plan ini. 

1 comment:

Muallim Adham said...

EJEN INSURANS DI AMERIKA SYARIKAT @ JEPUN SERING DIANGGAP PENYELAMAT KERANA MEREKA MEMBAWA CEK TUNTUTAN KEPADA PEMEGANG INSURANS KETIKA SAKIT, KEMALANGAN ATAU BERLAKU KEMATIAN. DI MALAYSIA PULA, EJEN INSURANS/TAKAFUL DIANGGAP JURUJUAL YANG JADI MIMPI NGERI SEOLAH - OLAH MENGGANGGU KEHIDUPAN MEREKA TANPA MENYEDARI KEPENTINGAN INSURANS/TAKAFUL ITU. PERKARA ITU BERLAKU DISEBABKAN KERANA KURANGNYA PENDIDIKAN PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan