About Me

header ads

Merelakan Ujian Cinta DariNya

Bismillah. Lebih 2 bulan kawe tidak menulis. Satu jangka masa yang agak panjang. Kini sesi persekolahan bermula bagi tahun 2013, satu permulaan sesi yang membawa pelbagai perasaan kepada sahabat guru. Alhamdulillah, Zaujah selamat melahirkan Fahim Naqiuddin pada 31 Oktober 2012 di Hospital Kuala Krai. Bermula detik itu, rutin kawe agak sibuk sehingga tiada lagi masa untuk aktif di laman sosial. Beberapa buah buku juga tidak sempat dikhatamkan bagi memberi tumpuan kepada Fahim yang baru dilahirkan dan juga tumpuan buat Zaujah yang berpantang. Terima kasih buat semua yang mendoakan keselamatan dan kesihatan. Setinggi-tinggi terima kasih buat Zaujah yang tabah hadapi ujian berjauhan bersama suami sepanjang mengandungkan Fahim, sehingga melahirkan Fahim. Ini la yang dikatakan pengikat cinta suami kepada isteri yang banyak bekorban. 

Namun, permohanan perpindahan kawe balik semenanjung tidak berjaya lagi tahun ini. Ini bermakna kawe terpaksa kembali ke Kapit untuk terus berkhidmad. Fahim dan Ibu terpaksa ditinggalkan di Semenanjung. Sekali lagi ujian terpaksa digalas Ibu membesarkan Fahim seorang diri. Firman Allah SWT, 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3. 
Fahim Naqiuddin sebaik sahaja dilahirkan dan ketika berusia sebulan setengah.
Itu la sebabnya mengapa kita sering diuji. Marilah kita kenang kembali sirah keluarga Nabi Ibrahim a.s mengahadapi ujian yang begitu berat. Setelah Nabi Ibrahim berkahwin dengan Siti Hajar, mereka diperintahkan Allah untuk berpindah ke tengah padang pasir. Setelah itu Allah perintahkan Nabi Ibrahim untuk meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s seorang diri di tengah padang pasir. Jika difikir logik akal kita sekarang, mana mungkin seorang suami sanggup berbuat sedemikian. Dan bagaimana pula perasaan seorang isteri/ibu menghadapi situasi ini. Sedih tidak terkira. Namun ini lah yang dikatakan perintah Allah. Takdir Allah untuk mendidik mereka sekeluarga menjadii manusia yang hebat. 

Siti Hajar merelakan pemergian Ibrahim a.s demi perintah Allah. Disitu la pelbagai ujian mula dihadapi Siti Hajar bersama Ismail a.s yang ketika itu masih kecil. Dalam ketandusan padang pasir, mereka berdua cuma menjalani kehidupan. Sehingga Siti hajar terpaksa berlari-lari diantara dua bukit untuk mencari air, dimasa yang sama Ismail a.s yang masih bayi menangis-nangis kelaparan di tengah ketandusan padang pasir. Berkat tawakal dan keimanan yang tinggi, disitu lah Allah memancutkan mata air di tempat hentakan kaki Ismail a.s. yang sedang menangis kelaparan, sehingga sekarang mata air itu masih mengalir yang dikenali air zam-zam. 

Ibrah dari sirah ini, mari lah kita bawa ke dalam kehidupan kita. Jangan disalahkan takdir Allah yang memisahkan kita suami isteri disebabkan jarak pekerjaan. Relakanlah ujian cinta dariNya. Firman Allah, 

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286.
 

Bagi ibu-ibu, relakankan ujian perpisahan ini. Kuatkan hati, tabahkan diri. Ingatlah Firman Allah, "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman. (Surah Al-Imran ayat 139)". 

Kawe pasti, ketabahan dan kekuatan jiwa yang dimiliki ibu ini lah yang menjadi kebanggan buat para suami. Kita akan terus berdoa agar suatu hari nanti Allah akan satukan semua suami isteri yang berjauhan. Salam sayang dari kejauhan buat Fahim Naqiuddin dan Ibu. 
Fahim ketika nak masuk 2 bulan bersama Ibu. Semasa abi nak berangkat ke Sarawak

Post a Comment

0 Comments