Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, May 16, 2012

Kejohanan Futsal Set Kito II

Bismillah. Pada 12-13 May 2012 sekali lagi kami rakan guru Kapit berjaya menganjurkan Kejohanan Futsal Set Kito II di stadium tertutup Bleteh. 5 kumpulan mengambil bahagian dalam kejohanan ini melibatkan 40 orang guru dari SMK Selirik, SMK Kapit, SMK Kapit 2, beberapa guru sekolah rendah berdektan dan Medical Staf Kapit (Azrul dan Hamdi). 

5 Pasukan yang bertanding adalah Jebong FC, Gabonz FC, JKK FC, Beta FC dan Tok Imang FC. Perlawanan diadakan secara liga dua pusingan (timbal balas). Secara keseluruhan semua peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam mencapat matlamat kejohanan.  
Kejohanan dimenangi oleh Jebong FC. Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Gabonz FC dan JKK FC. Hadiah berupa hamper dan cenderamata diberi kepada pemenang. Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan. Terima kasih juga atas kerjasama dari pihak berkuasa yang memberi ruang untuk menggunakan Stadium bagi menjalankan kejohanan.
Diharapkan semua peserta dapat mengekalkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam kejohanan akan datang. Ustaz Shahrul Nizam terpilih sebagai pemain terbaik. Harap dapat contohi kesungguhan dan ke"bersihan" permainan dari beliau hehehhe.. Gambar2 kejohanan boleh dimuat turun dari page Muallim Adham dengan klik di sini.  
Akhir kata Majulah sukan untuk negara.

2 comments:

Gen2Merah said...

tahniah cikgu...

Muallim Adham said...

Terima kasih Gen2merah

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan