Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, July 25, 2011

Baiki jalan Rumah Panjang Jala

Oleh ASHRAF ABD MANAF
utusansarawak@utusan.com.my (Utusan Malaysia, 26 Julai 2011)
Kompeni C, Batalion Pertama, Rejimen 510 Askar Wataniah Kapit dan guru dari SMK Selirik dan SMK Kapit membaik pulih jalan di Rumah Panjang Jala, Nanga Miaw, Katibas, Song, baru-baru ini. - utusan/AHMAD ADHAM BERHAUMIDIN

KAPIT 25 Julai - Program Jiwa Murni anjuran Kompeni C, Batalion Pertama Rejimen 510 Askar Wataniah Kapit mencapai objektifnya apabila berjaya membaik pulih sebatang jalan di Rumah Panjang Jala, Nanga Miaw, Katibas, Song, baru-baru ini.
Program kemasyarakatan yang dijayakan oleh 30 anggota Askar Wataniah itu mendapat sambutan hangat daripada penduduk rumah panjang yang turut sama turun padang bagi menjayakan aktiviti tersebut.


Ketua Kompeni C, Leftenan Kuiek Bon Siau berkata, Program Jiwa Murni merupakan program rutin Askar Wataniah Kapit dan ia telah dimulakan sejak 1998.
Katanya, selain untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan khidmat bakti mereka, program itu juga bertujuan memupuk dan mempertingkatkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan anggota Kompeni C.
"Program pada hari ini bermula agak lewat kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami mahu membaik-pulih jalan, tetapi hujan lebat pada sebelah pagi menyebabkan ia terpaksa ditangguhkan.
"Mujurlah pada sebelah petang cuaca cerah dan semua kerja dapat dijalankan mengikut rancangan asal dan dalam masa kira-kira tiga jam, jalan masuk ke Rumah Panjang Jala berjaya dibaik pulih," katanya.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat setempat serta guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selirik dan SMK Kapit yang turut hadir menjayakan program itu.
Katanya, tanpa bantuan semua pihak program berkenaan pasti tidak akan mencapai kejayaan yang diharapkan.
Ditanya mengenai faedah yang diterima oleh pasukannya melalui Program Jiwa Murni, Bon Siau menjelaskan, mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan atas segala khidmat bakti yang ditaburkan.
Apa yang diharapkan, katanya, anggota Askar Wataniah di bawah pimpinannya mampu merancang, mengelola dan melaksanakan sesuatu aktiviti yang dianjurkan dengan berkesan.
Lebih penting, katanya, melalui program itu, pihaknya dapat memperkenalkan peranan Askar Wataniah kepada masyarakat setempat di samping memupuk semangat muhibah.
"Program Jiwa Murni juga bertujuan mempelbagaikan corak latihan sukarela bagi menarik minat anggota Kompeni C untuk menghadiri sesi latihan.
"Ini kerana kebanyakan sukarelawan Askar Wataniah adalah golongan bekerja dan mempunyai tanggungjawab harian yang perlu dilaksanakan. Namun, dalam kesibukan masa dan keletihan bekerja, ia tidak menghalang anggota saya untuk menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat," katanya.


Antara Program Jiwa Murni yang pernah dijayakan Kompeni C, Askar Wataniah Kapit adalah gotong royong mendirikan pusat kesihatan mini di Rumah Panjang Pagang, Nanga Nyimoh, Song pada 2002, membina pondok menunggu bot ekspres di Rumah Panjang Jimbun, Nanga Mujong (2003) dan membina laluan pejalan kaki simen di Rumah Panjang Richard Nujong, Nanga Beguang (2007).
Tidak ketinggalan mereka turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Kapit pada 2007 serta membaik pulih dan mengecat tempat menunggu bot ekspres sempena Program Karnival Belia di Rumah Panjang Enting, Nanga Banyau, Balleh (2011).
Sementara itu, Tuai Rumah, Jala Ugol ketika ditemui menyatakan penghargaannya terhadap sumbangan Askar Wataniah yang telah membantu mereka membaik-pulih jalan yang menghubungkan rumah panjang itu.
Katanya, tanpa bantuan Askar Wataniah, sudah pasti masa yang diambil untuk proses membaik pulih jalan tersebut adalah lebih lama.
"Dengan anggota seramai 30 orang dan dibantu oleh para guru serta penduduk rumah panjang, semua kerja berjalan lancar dan menjadi lebih mudah.
"Sebenarnya, ini bukan kali pertama kami bekerjasama dengan Askar Wataniah Kapit dan pengalaman tersebut membuatkan kami selesa menerima kunjungan mereka," katanya sambil menyatakan harapan supaya kerjasama itu terus terjalin.

(Dipetik daripada Utusan Online, 26 Julai 2011)

2 comments:

ahsfantasy24 said...

mcm best je tu..
nk join bleyh??

:)

Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
2. Mungkin ada masa nanti blogger akan kejar draft.blogger!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

Muallim Adham said...

cikgu ayu,
ni la advantage ngajar d sarawak... sila apply posting d kapit deh hahahha

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan