Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, February 6, 2011

Pernikahan Azahan dan Noratikah Amin

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Kali ni kawe ingin mengucapkan berkalung-kalung tahniah buat saudara Azahan dan Atiqah yang merupakan sahabat kacip kawe.

Pada 3 Jan 2011 Azahan telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Mok Kah heh heh. Kedua2 pasangan ni berasal dari kelantan dan kawe pun rasa pelik dan mereng sampai sekarannn lagu mana la dua orann nh bleh berjumpa sehingga ke gerbang perkahwinan.. Azahan kawe jumpa masa kawe masuk MCKK. Mok Kah plak memang kenal sejak budok agi sebab sekapong jah.. nk kata dekat umah kawe dgn Mok Kah ni kalu kentut pom buleh berbau.. Maka stelah kawe fikir2, xda jawapan lain melainkan ni la dinamakan jodoh. Alhamdulillah.. Tahniah la sheikh.. Sebaik2 kita merancang, Allah yang tentukan segalanya..




...Satukanlah hati mempelai ini

di atas kecintaan mereka kepada Mu

...Jadikanlah pasangan ini saling mencintai di kala dekat

*saling menjaga kehormatan di kala jauh

*saling menghibur di kala duka

*saling mengingat di kala bahagia

*saling menyempurnakan ibadat kepada Mu.



...Jadikanlah rumahtangga pasangan ini...

*seindah Adam dan Hawa a.s

*seindah Ibrahim dan Hajar a.s

*sebahagia Yusof dan Zulaikha a.s

dan secuci Muhammad SAW dan Khadijah a.s.


...Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah

serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat



...Sempurnakan kebahgiaan pasangan ini dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada Mu



...Dan bukti pengikatan cinta mereka kepada sunnah keluarga Rasul Mu. Sesungguhnya Kaulah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Barakalah sheikh.. Maka insyaAllah kawe akan menyusul demo sedikit masa lagi jika diizinkan Allah. Semoga ini semua yang terbaik buat kedua sahabat kawe. Cuma kawe minta maaf sebab tak dapat hadir bekwoh pada 4 Jan 2011 sebab kena kelik KL doh la akibat nk naik flight ke SIBU pada 5 Jan 2011. Tapi Alhamdulillah sempat kawe gi Majlis akad.. Sila klik utk gmbar nikah pasangan ni..

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan