Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, September 22, 2010

PTPTN: Potong gaji wajar pilihan terakhir


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat dan pembaca yang mulia. PTPTN memang sinonim dengan kebanyakan mahasiswa. Kawe petik artikel ni daripada link dalam sebah akhbar online.

 

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Cadangan Perbadangan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan pemotongan gaji secara wajib ke atas peminjam wajar dijadikan pilihan terakhir, kata Pengarah Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

"Sikap profesional kerajaan perlu dalam hal ini, potongan gaji patut menjadi pilihan akhir," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baginya, karajaan sepatutnya melaksanakan tanggungjawab menyediakan prasarana pendidikan kepada rakyat memandangkan kerajaan saban tahun mengutip cukai daripada rakyat.

Lanjutan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mempersoal cadangan kerajaan untuk mengubal semula Akta PTPTN 1997 demi memeras lebih 46 ribu graduan yang dianggap liat melangsaikan pinjaman masing-masing.

"Adakah munasabah lebih kurang 2.9 peratus (46 ribu) sahaja dari keseluruhan peminjam (1.6 juta) dianggap liat membayar hutang tanpa terlebih dahulu lihat soal pekerjaan mereka, tanggungan-tanggungan mereka (serta) realiti gaji yang kecil untuk tampung kos hidup yang tinggi ini yang dihadapi mereka," ujarnya.

Pun begitu, beliau tidak pula menghalang cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membantu PTPTN untuk menasihatkan kumpulan graduan yang berkemampuan supaya melunaskan pinjaman masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan PTPTN memansuhkan caj kos pengurusan atau qard al-hasan.

Ujarnya, PTPTN sepatutnya mengutip hutang pokok sahaja daripada peminjam terbabit.

"Kalau qardhul hassan, tak perlu bayar faedah pun, sepatutnya bayar pinjaman pokok sahaja.

"Rakyat bayar cukai, pinjaman PTPTN ini pun asalnya untuk membantu pelajar menikmati pendidikan," ujarnya.

Menurut beliau, peratus caj sama ada 1 peratus atau 3 peratus yang dikenakan ke atas peminjam seakan menyerupai sistem riba.

Ini kerana, katanya penentuan caj tersebut berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman, bukannya berasaskan kos sebenar pengurusan yang dialami oleh PTPTN sendiri.

Sedangkan Qard al-Hasan yang sebenar, menurut beliau adalah bersifat membantu, bukan terus mengenakan caj kepada mereka yang dilihat gagal membayar hutang disebabkan tidak mampu membayar.

Ahad lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said memaklumkan bahawa pindaan Akta PTPTN 1997 bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Racangan itu bagi membolehkan PTPTN menguatkuasa polisi potongan gaji secara wajib ke atas mereka yang terbabit pada Jun tahun yang sama.

2 comments:

Anonymous said...

Saya tak bersetuju dengan kenyataan ini, pada hemat saya, sikap profesional peminjam perlu diutamakan. Kalau dah meminjam duit dan dah tandatangan kontrak untuk berjanji nak membayar, buat cara meminjam dna bayarlah balik. Tindakan engkar membayar semula pinjaman bukan satu kelakuan dan tindakan yang baik. Kalau nak biasiswa dan bukan pinjaman, cari saja biasiswa. Saya ada anak yang nak menduduki SPM tahun ini, dan pesanan saya kepada dia akan tetap sama!

Muallim Adham said...

wslm, thankx atas pendapat ini..
memang betul.. mungkin kerajaan perlu memberi pinjaman tanpa faedah selain biasiswa utk membantu rakyat.

mungkin faktor unsur riba mnyebabkan rakyat liat membayarnya kerana mengangap bayaran bulanan hanya membayar bunga sehaja dan tidak membayar pinjaman sebenar..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan