Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, August 28, 2010

Majlis Berbuka Puasa SMK Selirik 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 18 ramadhan 1431 berlangsungnya majlis berbuka puasa, solat sunat hajat serta sunat Traweh di SMK Selirik. Program disertai oleh rakan muallim dari SMK Selrik dan anak2 didik SMK Selirik bertempat di bilik ERT sekolah. 

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dengan sebiji kurma dan terus Solat Magrib berjemaah sebelum menerusan majlis makan malam. Antara juadah yang menarik perhatian ialah nasi dagang, gulai ikan tongkol, sup ayam, daging masak merah, roti arab, bubur jagung, bubur kacang, dsb. 

Antara permata hati yang turut hadir menceriakan majlis kami, adik Khalesha dan Akhi. Comel sunggoh dua ni heh heh. 


Majlis kami berakhir setelah selesai Solat Sunat Traweh dan moreh. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ni. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan agar dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim kita semua

7 comments:

imanshah said...

Wah sapo hok pandai wat nasik dagang tu??sapa ko sarawak nasi dage

Muallim Adham said...

salam..

imanshah,
ada la sorg staf hok buat.. adeiiii sedak sunggoh.. heh heh

Marzalina said...

selamat berpuasa..dah nak raya dah hehe...lama xsinggah cni..

Muallim Adham said...

salam..,
Marzalina, slmt berpuasa jugak buat anda... ya n pon dah lama x balik kg hehehe.. slmt hari traya buat anda

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

kaljis aka onggon said...

Assalamualaikum.. Di kesempatan ini, saya Kaljis aka Khairul Onggon dari hati yang tulus ikhlas ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Selamat beraya dan selamat bercuti ;)

Muallim Adham said...

Bismillah.. salam buat smua..

fakeh, thnks..

Kaljis, wslm.. slmt hari raya juga buat anda hehe.. lama x update blog

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan