Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, August 8, 2010

1,000 guru mohon keluar Sarawak; Kementerian terpaksa laksana sistem kuota

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita ni kawe petik dari Berita Harian 08 Ogos 2010 sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ke Bahagian Kapit. 


KAPIT: Kementerian Pelajaran menerima hampir 1,000 permohonan daripada guru terutama yang berasal dari Semenanjung yang mahu ditukarkan dari Sarawak setiap kali proses perpindahan dilaksanakan pada Januari dan Jun setiap tahun.


Jumlah itu dilihat terlalu tinggi berbanding jumlah guru baru dari Semenanjung yang dibawa masuk iaitu hanya 100 orang setiap kali proses pertukaran dilaksana. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebahagian besar permohonan dadalah dari guru berasal dari Kelantan. 



“Kementerian pernah menerima hampir 4,000 permohonan daripada guru yang berasal dari Kelantan yang merayu ditempatkan di negeri asal mereka, sedangkan kekosongan di negeri terbabit hanya sekitar 50 orang.



“Bagi menangani isu pertukaran ini, kementerian terpaksa menggunakan pendekatan kemanusiaan dan mengetepikan keperluan. Ini kerana ada antara guru terbabit memohon untuk bertukar akibat masalah keluarga selain alasan sakit,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga pendidik daerah Song di Sekolah Menengah Kebangsaan Song di sini, malam kelmarin.



Mohd Puad berkata, bagi mengatasi isu pertukaran guru itu, Kementerian melaksanakan sistem kuota untuk pengambilan guru baru iaitu masing-masing 30 peratus untuk Sabah dan Sarawak, manakala 40 peratus bagi Semenanjung.


Selain itu, kementerian juga berhasrat untuk mengimbangkan pengambilan guru lelaki dan wanita kepada 50-50.



“Tahun ini adalah tahun pertama kita melaksanakan sistem kuota serta menambah pengambilan guru lelaki, tetapi kita masih belum mencapai matlamat itu kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi.

“Kita perlu lebih ramai guru lelaki untuk dihantar ke luar bandar. Ini kerana ketika ini, sebahagian besar guru yang bertugas di pedalaman adalah guru wanita.


“Nampaknya, sasaran kita untuk meningkatkan jumlah guru lelaki juga masih belum tercapai,”
katanya.

7 comments:

sonata anak kancil said...

salam...menunjukkan ramai guru berasal dari Kelantan...tahniah untuk negeri Kelantan...masalahnya jika nak balik ke Kelantan tak boleh dah sebab alasan dah penuh...cikgu saya pun berasal dari Kelantan nak kata lama adelah 5-6 tahun mohon mintak tukar balik tak lulus2 juga ! tak lulus dengan sebab Kelantan tak luluskan permohonan beliau walaupun alasan ayahnya sakit perlu perhatian beliau satu2nya anak lelaki...

best pe ngajar kat negeri orang ni...banyak pengalaman...
wallahualam

penjejak maya said...

salam,

sebab tu guru dari kelantan kalau nak balik semenanjung cuba dulu mintak negeri lain kalau terus nak balik kelantan susah la kecuali kalau ada kabel yg tersangat besarnya hehe..

scrlettfr said...

salam... naper jadik mcm tu..? mereka tak nak duduk di pendalaman...? hmmm.... klau saya, tentu saya melompat nk pegi sana.. tgk tempat org... bangunkan bumiputera kita... baru2 ni saya g pos dipang, tempat banjir lumpur dulu... huhuh.. tgk cara hidup mereka yg mendapat bantuan kerajaan... tapi kesemua kaum senai ini bukan beragama islam..

cikgu_math said...

tak nak komen masalah pertukaran guru... ambo dok klate doh... kak zan cuma nak tanyo... soalan trial PMR negeri serawak boleh dapat ke?? bila trial exam PMR?

Cikgu Adham said...

salam....

Sonata,
wslm.. hehe x dinafikan ramai guru dr kltn... nk balik kltn mmg susah amat dan kebanyakan guru yg berasal dr kltn yg mana mengajar d pedalaman sbh dan srwk, x berharap sgt utk balik ke kltn, cukup la sekadar di semenanjung asalkan dpt cpt pulang ke kampung jika berlaku kecemasan..

Penjejak maya,
wslm..
ya hehe ramai shbt ambo dari kapit transfer ke selangor johor dan KL heheh.. yg balik kltn stakat ni ckit je...

scrlettfr,
wslm..
mmg nk dok di pedalaman.. kebanyakan guru ni pada tahun pertama mmg bersemangat mengajar di pedalaman... namun ianya tidak boleh lama di sana kerana akan mengurangkan produktiviti.. seperti mana pegawai2 kerajaan yg lain, biasanya paling lama pon 3 tahun mesti akan bertukar ke jabatan lain supaya produktiviti dapat ditingkatkan... lebih elok jika guru2 yg x pernah mengajar di pedalaman agar dipinjamkan untuk menimba pengalaman ngajar di pedalaman utk 1-2 tahun bg memberi sedikit pengalaman utk mereka merasa nikmat perjuangan mengajar di pedalaman..

Kak Zan,
insyaAllah ada hehe tp may be sedikit masa lg.. nnt saya share dgn Kak zan jika ada

Cikgu Syahir said...

Salam. Nice input : )

Cikgu Adham said...

cikgu Syahir Bahiran,
wslm... pakat kita kongsi maklumat deh

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan