Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, July 21, 2010

Trip hulu Sg Amang, Kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Cuti hujung minggu lepas kawe rasa cukup bertuah bila berkesempatan join ana2 kawe dari tingkatan 5A5 SMK Selirik untuk masuk hutan belakang sekolah hehehhe.. Motif kami adalah untuk memancing dan snap view keindahan alam semulajadi dalam hutan ni..


Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di sekolah jam 13oo. Kami memulakan berjalanan lebih kurang jam 1330 dan perjalnan melalui anak sungai yang cukup memenatkan selama 2jam untuk sampai ke destinasi.. fuyyooo turun bukit naik bukit...


Antara rakan guru yang ikut ialah Cikgu Ikhwn, Cikgu Abang, Cikgu Firdaus, cikgu Alimi dan Cikgu Asrul.. Sepanjang perjalanan mmg best beb.. hutan sini mmg bersih dari pencemaran..

Sepanjang perjalanan, kami kena naik bukit dan turun bukit. Kalao kepala lutut menyentuh dada tu, itu adalah perkara biasa...


Antara laluan kami ialah melalui lorong2 kecil gini.. Lorong2 ni adalah laluan anak sungai yg terbentuk dari mata air atas bukit yang mengalir ke sungai Amang.. Maka kami tak perlu bimbang jika sesat kerana hanya perlu ikut laluan anak sungai ni je. 


Selepas melalui anak sungai tadi, kami akan melalui sungai yang lebih besar. Di sini anak2 kawe mula menebar jala untuk dapatkan ikan kecil2 yang bermain2 di celah2 batu..

Ini lah tempat yang kami nak tuju.. Setelah 2jam berjalan, akhirnya sampai ke destinasi. Di sini kami memancing, menjala dan makan bekalan yg dibawa keh keh keh... Sambil tu mandi-manda la.. best amat. airnya jernih.. bleh tengok anak2 ikan berenang.. 

Antara pengalaman kawe yang best ialah menjala ikan.. yang ni kawe tak pandai.. Tapi anak2 kawe yang ajar sampai pandai.. Thanks la anak2 5A5 yang ajar cikgu menjala ni sampai dapat ikan banyak juga la keh keh keh..



Dan setelah beberapa jam di hulu Sg Amang, akhirnya selepas solat asar dan zuhur dalam hutan, kami mula berkemas dan bertolak keluar dari hutan dalam jam 1830. Cuak juga sebab magrib kat sini seawal 1850. So kami terpaksa berjalan dalam gelap ikut air sungai Amang td sehingga la smpai ke jalan besar tepat jam 1945. Alhamdulillah semua selamat. Ini lah antara anak2 kawe yang sangat sporting dalam aktiviti ni..

10 comments:

Temuk said...

Salam Cikgu Adham
Wow seronoknya! Teruja melihat persekitaran yg tiada pencemaran. Menjala memang exciting. Dulu-dulu (awal 60an!) saya biasa juga menjala, tapi di sungai hutan bakau yang merah airnya. Banyak ikan belanak. Cikgu dapat ikan apa kat situ?

scrlettfr said...

salam.. try camera baru ker.. ahaks..

Cikgu Adham said...

salam...

En Temuk,
wslm... ya betul sgt teruja.. ni la 1st time semenjak d Kapit saya masuk dlm hutan ni.. mmg susah nk jumpa temoat gini.. En Temuk dulu mesti lg hebat dengn pengalaman masa era 60-an kan... alhamdulillah rezeki Allah bg kat kami semua utk nikmati pengalaman gini..

scrlettfr,
wslm.. aok heheh mmg selalu la wat aktvt semata2 nk snap gmbar2.. weknd ni prog motivasi SPM d sekolah plak.. insyaAllah amek gmbar mala2 plak

Cikgu Ma said...

salam cikgu adham
bestnya kat sana
patutlah ramai kawan2 yang kerja kat sana bagitau best kat sana.

Cikgu Adham said...

cikgu Ma,
wslm..
yup ada benda yg best dan ada bnda yg x best hehe.. walaubagaimanapon jika kita menjadikan semua perkara itu +ve, insyaAllah kita akan dpermudahkan dlm sgala urusan...

penjejak maya said...

salam,

seronok nengok dah lama pun tak buat aktiviti masuk hutan ni tapi tak banyak ke pacat kat situ hehe..

Cikgu Adham said...

Penjejak maya,
wslm..
aok ada tika nya seronok bermain dgn alam semulajadi hehe... melarikan diri dari masalah kerja seketika.. bagu utk kita release tension dan mendekatkan diri dgn keindahan alam utk menghayati kebesaran Penciptanya..

Pacat setakat ni xdak lg heheh... x jumpa sekor pon.. ulat gonggok banyak la

zarkhuanzainol said...

adventure nih......

sumpit said...

wow.... best giler.. kalo duk bandar anak murid ajak g tengok wayang... hampehBerkawan Jom

Muallim Adham said...

salam.

zack, rugi deme x join heheh

Sumpit,
best sungoh heheh.. meh join kami

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan