Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, May 6, 2010

Kelab Dikir Barat Guru dan Staf Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kali ni kawe tak tau nak cerita pasal apa.. cuma nak berkongsi gambar sekitar sesi aktiviti guru-guru dan staf pendidikan di Kapit, Sarawak dalam memartabatkan seni dikir barat..

Gambar ni diambil semasa sesi latihan kami buat kali ketiga dimana penyertaan kali ini melibatkan guru-guru daripada SMK Selirik, SMK Kapit 2, SK Ng Pelagus dan stuf daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Kapit. 

Tugas kawe cuma main muzik jah sebab suara kawe tak berapa nak komersial heh heh.. ni pon kawe mash belajar lagi main benda alah ni.. tak berapa nk expert lagi.. setakat nk palu biasa2 tu buleh la nk serupo dgn dikir barat tu heh heh

Biasanya latihan kami akan bermula pada jam 9 malam sehingga 10.30 mlam setiap hujung minggu iaitu pada hari Ahad, malam Isnin di Dewan Setia Kasih, SMK Selirik. Biasanya anak2 buah dikir kawe dari SK Selirik turut bersama ambil bahagian bersama guru sebagai pasukan bantuan menjadi awak-awak heh heh..

Walaupun kami bertugas jauh di pedalaman Sarawak, namun ianya tidak menghalang kami untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti kesenian sebegini. Sangat menakjjubkan apabila ianya mendapat sambutan yang luar biasa daripada guru-guru dan anak-anak pelajar sebagai satu aktiviti "santai seni" hujung minggu kami. 

Terima kasih la kepado semuo hok mari tu deh.. Walaupon majoritinya ore kelate, tapi gak ramai juga bukan anok kelate hok join seperti Rizal (kedah), Jali BTP (Johor), Ajang (Tganu), hahahha... walaupon duduk di Kapit, kito rasa seperti dudok di Kelantam jah heh heh.. Kepada cameraman kitow tuh, saudara Faizul... siap bawa bini lagi nk tgk set kita dikir  hehe heh adeiii sayyyaaa... kepada set rumah Osman tu..(Megat, Akmal, Mail dll) rrrr berat.. kena mari a pasni.. Ustad Khaidir tow... tak berapa nak jadi ngarut sebab xdok demo...

4 comments:

penjejak maya said...

salam,

semoga dapat memartabatkan warisan seni kita.

Cikgu Adham said...

penjejak maya,
wslm..

thanks atas galakan anda.. insyaAllah la deh

imanshah said...

kalu ambo dok sana, ambo join doh

Cikgu Adham said...

Imanshah,
ya insyaAllah hehe semua bleh join hehe.. demo molek la wat di sekolah demo retek tuh heheh

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan