Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, November 8, 2009

Pelajar lahirkan anak, bukti kajian UKM bukan 'sampah'



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Artikel ni kawe dapat dari sebuah akhbar tempatan.. semoga jd iktibar buat kita...

Kajian UKM dedah 886 daripada 887 gadis mengaku bersetubuh

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan penemuan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori "berisiko tinggi" yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Kajian tiga bulan berakhir Disember 2006 membabitkan pelajar tingkatan satu hingga lima dengan 20 pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah yang dipilih kaunselor sebagai responden.

Mereka terdiri daripada pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin serta berlatarbelakangkan keluarga bermasalah.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail, berkata Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi Terhadap Remaja Perempuan Berisiko Tinggi Atau Bermasalah, berkata penemuan itu menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini.

“Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada semua responden yang ditemu bual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.

"Keputusan ini amat memeritkan, namun ia realiti yang harus kita terima," katanya kepada Bernama.

Difahamkan kajian itu dilakukan hasil inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral remaja di negeri itu berdasarkan pendedahan media.

Hasil kajian itu diharap dapat membantu kerajaan negeri terbabit merangka modul latihan khas terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian juga mendapati pelajar perempuan berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terbabit dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Katanya, kebanyakan pelajar mempunyai kekurangan dari aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah. – Bernama

Ini sekaligus menafikan dakwaan beberapa pihak, yang menganggap kajian itu sebagai `sampah'.

Demikian ditegaskan oleh Ustaz Nur Azli Musa, ketika mengulas kejadian pelajar yang melahirkan anak di sekolah seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana baru-baru ini.
Sesetengah pemimpin politik jangan cepat mempertikaikan kajian yang dibuat oleh pihak UKM kerana kejadian pelajar sekolah menengah mengadakan hubungan seks haram sehingga melahirkan anak bukan menjadi rahsia lagi, tetapi sudah banyak kes seumpama itu terjadi.

Beliau meminta pemimpin negara prihatin dengan gejala yang sedang melanda remaja masa kini dan jangan mudah mempertikaikan dan memperlecehkan kajian yang telah dibuat.

Beliau kemudiannya memetik laporan sebuah akhbar sebuah akhbar Indonesia `Republika' seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan, memetik kajian yang dibuat agensi Perancang Keluarga Indonesia, mendedahkan hampir 50 peratus remaja perempuan melakukan seks di luar nikah.

Menurut akhbar itu lagi, kajian tersebut dilakukan di lima buah kota besar termasuk Jakarta, Bandong dan Yogyakarta pada tahun 2003 dan bertambah dari tahun ke setahun. "Kajian yang dibuat oleh pihak UKM itu bukan bertujuan untuk menyalahkan remaja semata-mata, tetapi ianya bertujuan mendedahkan betapa seriusnya gejala seks bebas di kalangan remaja", ujarnya . Ada juga sesetengah tokoh politik negara baru-baru ini, turut mempertikaikan hasil kajian itu yang disifatkannya tersasar dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

"Lagi lama gejala seks bebas di kalangan pelajar sekolah tidak dibanteras, lagi ramai pelajar melahirkan anak di sekolah nanti', kata Ustaz Nur Azli.

Mintak jauh la kit adari fitnah dunia ni belaka huhuhuhu..

29 comments:

n@m@n said...

Macam-macam dunia hari ni..

sonata anak kancil said...

masalah ni disebabkan juga pergaulan sosial yang terlampau terutama di bandar ...

um. masyitah said...

semoga Allah pelihara diri kita dan keluarga kita dari dosa ini.kajian ini sebagai peringatan bersama untuk direnungkan.
Erm,nampaknya,Semakin berat tugas GBK...

the life of cikgu sue said...

Takut betul apabila membaca berita-berita macam ni.Semoga kita semua dilindungi dan dipelihara oleh Maha Mencipta.Amin

Cikgu Adham said...

salam...

naman,
loni bnda pelik2 jah timbul, sampai kita tak semapat nk mikir..

sonata anak kancil,
boleh jadi gtu la.. kena kontrol la budak2 loni dgn ilmu.. sekadar pengetahuan x jd apa... kena ada ilmu br menjadi..

um. masyitah,
insyaAllh semoga kita dpt amek iktibar dr kajian ni..

imanshah said...

yang penting BUDAK STAR ngan KOLEQ tak mengandung!!!

Cikgu Adham said...

salam..

imanshah,
hah hha pndai demo main angin heh heh heh

khairul onggon said...

ahahahaha budak STAR ngan KOLEQ mmg le tak ngandung, tp perut cam org nagndong dah ahahaha..

Cekgu Adam, ini url baru saya www.onggon.com

(setelah brpindah dari onggon> khairulonggon > onggonatics.blogspot.com)

fadzilah said...

salam..

tak tau la apa nak jadi dgn remaja2 masa kini..takde pegangan agama..pada mereka seks bebas ni perkara biasa je.

Tirana said...

Budak-budak sekarang banyak terdedah tentang seks sejak di awal usia lagi tapi pendedahan tersebut tidak seiring dengan didikan agama yang disampaikan kepada mereka. Setengah mereka tu mungkin tidak tahu pun seks di luar nikah itu haram dilakukan.

scrlettfr said...

salam...
hehehehe.... pandai la cikgu imanshah cakap camtu erk... moral budak2 zaman sekarang dah semakin teruk... hmm... budak2 darjah 6 pun dah bersosial teruk dan g clubbing...
ish.. ish... sepatutnya kajian yang dibuat oleh UKM tu perlu dilihat sebagai pemasalahan serius....

hmmm....

Cikgu Adham said...

salam...

khairul onggong,
thanks.. patut la jarang kelihatan heh heh.. nnt saya visit blog kamu...

Fadzilah,
wslm.. ni la penyakit sosial loni... kita tak sempat nk mikir huhuhuhu... semoga Allah bg petunjuk kpd hamba2Nya..

Tirana,
mmg betul... skrg ni xtau la nk kata apa.. yg penting bila pendidikan islam diajar hanya kerana exam semata2, tak ada maknanya kerana tiada penghayatan...

scrlettfr,
wslm.
adeiii huhuhuhuhu.. parah sungguh... kdg2 di luar pemikiran kita.. mintak jauh la semua dr fitnah dunia ni huhuhuhu

~ana SoLehah~ said...

:-( sedih melihat generasi kita cmni..

abu muaz said...

tunggulah nanti ada orang akan perlekehkan kajian ini.

anak muallaf said...

Na'uzubillah, nak salahkan siapa dalam hal begini.Satu jari tunding pada orang..tiga tala balik pada kita.

Kak leha nampak dalam hal ini kembali kepada ajaran agama.Tak kiralah agama apa pun.

Cikgu Adham said...

salam...

ana solehah,
mmg sedih huhuhuhu..

abu muaz,
x pyh tunggu, kajian ni dh pun diperlekeh oleh pemimpin tanah air kita ...

anak muallaf,
mntak jauh la kak huhuhuhu..

insan pendidik said...

salam cikgu adham,

Negara barat tu maju tapi moral remajanya hancur. Kita juga nak jadi negara maju tapi moral remaja kita pun makin hancur.

janganlah setakat ambil iktibar sahaja. Jangan juga ambil mudah. langkah2 pengawalan perlu diambil. nampak da dunia semakin ke akhir zaman...

Cikgu Adham said...

wslm insan pendidik,
mmg betul.. negara barat maju.. di barat juga la adanya pendidikan seks kepada remajanya.. namun pendidikan seks yg diperkenalkan barat sebenarnya menjatuhkan lagi moral masyarakat mereka huhuhuhu..

kita cuba sedaya upaya.... pelbagai langkah mula diambil, tetapi sejauh mana berkesannya usaha kita untuk memantau kesemua pelajar kita sedangkan tiada kerjasama dr puhak yg lain.. bukannya meluahkan perasaan putus asa, tetapi selagi nyawa di badan, selagi itu tanggungjawab dijungjung.... namun mohon kerjasama dr semua pihak membendung gejala ini...

Rashid said...

MasyaAllah.. sungguh sedih jika inilah hakikatnya anak-anak Melayu sekarang ni.

Rasanya kerna tinggal solatlah segala kemungkaran ini berlaku..

Cikgu Jang .. said...

Salam ziarah....

begitulah kalau saling memberi dan menerima....

Cikgu Adham said...

salam..

cikgu rashid,
sgt sedih... kalo d kelantan susah juga nk jumpa walaupun mmg ada masalah gni... semuanya kerana solat yg diamalkan tidak dijiwai dgn betul sehingga solat kita tidak mamppu mencegah kemungkaran... huuuhu

cikgu jang,
wslm ziarah...
saling memberi dan menerima?

neem said...

hm..
sedih. mintok jauh lah. sbb tu Rasulullah saw kata sape ada anak pmpuan, akan masuk syurga.

sbb anak pmpuan ni susah nak jaga..

syahbandar87 said...

aduhai cikgu..kecewa sungguh ambo dngn gapo hok jadi nih.muga2 cpt pulih masalah2 gini..hmm..bdk2 loni panda sungguh..mengalahkan ore dwsa la plok bab2 gini

Cikgu Adham said...

salamm...

neem,
sedih sgt huhuhuhuhuhuhu.. betul tu, Islam sangat mengiktiraf kaum wanita... malangnya budak2 skrg tidak tahu menilai maruah wanita huhuhuhu..

syahbandar,
kita pun keciwa juga hhuhuhuhuu.. budak2 kawe ni pun lebih advance dr kawe... ada yg dh khwin masa sekolah siap ajar kawe lg cara nk kahwin... berat nannang..

neem said...

biar la dio nikoh. lbih baik dr buat zina

jumana said...

huhu
macam2..
same2 lah kita menjaga dri kita :)

Cikgu Adham said...

salam...

neem,
yup mmg gtu la yg eloknya.. kahwin la awal2 senang heh heh...

Jumana,
benda pelik2 weh...

::SizuKa:: said...

salam..budak-budak zaman la ni tau seronok ja...zaman makin maju...diorang dah tak kisah apa orang nak kata...malah, ada yang sesetengahnya tu BANGGA pulak dengan pakwe dan makwe masing2...tapi, masalah akan timbul ke pihak perempuan bila perut dah membesar...masa tu la baru gedik-gedik nak sedar..aishh...mohon dijauhkanlah dari semua ni...

Cikgu Adham said...

sizuka,
wslm.. yup.. tugas cikgu sebenarnya belum tercapai dan entah tercapai atau tidak... cikgu cuma berusaha... dlm hati ni tertanam cita2 utk lihat masyarakat yg berakhlak mulia terbentuk... kita cuma merancang dan berusaha, Allah menentukan segala2nya

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan