Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, October 5, 2009

Kem Motivasi weh pah Ceroh

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Minggu lepas dalam 1-2 Okt 2009 memang penat bagi kawe sebab kawe kena handle segala aktiviti, LDK dan riadah sempena kem motivasi khas sekolah kawe... ooo penat la... sekolah kawe ni memang jenis suka benar anjur kem lagu ni... Kawe plak rasanya ni kali ke3 berturut kena lantik AJK aktiviti dan riadah hohohohoho...
Maka kawe pun Tak berapa ada masa nak mem"publish" artikel dan perkembangan di Kapit heh heh... Kemudian esok kawe akan berangkat ke SMK Balleh, satu kawasan pedalaman di Kapit kerana kawe akan jadi timbalan ketua pengawas peperiksaan PMR di sana.. Seminggu kawe akan ke Balleh dan tak tahu la apa akan terjadi sebab di Balleh tiada line telefon dan kawe mungkin terputus hubungan dengan dunia luar huhuhuhuu.....
InsyaAllah kawe akan memuatkan pengalaman kawe di Balleh.. Ini adalah kali pertama kawe ke SMK Balleh... Kawasan pedalaman dimana guru2 yang mengajar di sini dapat elaun pedalaman RM500 sebagai hadiah kerana sanggup menempuh kesukaran mengajar disini heh heh..

12 comments:

Monalea said...

Guru umpama lilin yang menerangi insan lain.Bestlah ada kem motivasi.Dulu masa kerja kat INTAN sellau buat LDK untuk kursus induksi.Bestlah semua tu. Huhuhu

jane said...

salam cikgu,

teringin nak lihat anak akak si Angah masuk MCKK. akak asal dari sg siput. pernah belajar sekejap di SMK Clifford. admire sangat dekat MCKK...!! harap2 doa akak dimakbulkan.

n@m@n said...

motivasi ko 'roti basi' sheikh??


jadi demo pon lagi bermotivasi la kn?

hehe

cikgu_math said...

kutiplah pengalaman baru sebanyak mungkin sebelum balik semula ke kampung halaman.....

sonata anak kancil said...

seronoknya pergi kekawasan pedalaman - saya kalau ada peluang memang saya suka nak pegi...bukan senang nak dapat tau....nanti kongsi cite kat Balleh....saya dulu asal kampung gak...tapi kampung ala2 moden gitew....tak best ! saya suka betul2 nature - macam pegi ke Kuala Tembeling / saya pernah pegi ke Tawau ( kawasan kampung ...) / sekitar Kudasang...best betullah ...( cikgu geografi - I love nature )

Cikgu Adham said...

salam semua... thanks kerana memutikkan idea di blog kawe..

Monalea,
thanks.. mcm2 la perumpamaan yg diberi kpd guru.. kami x kisah.. yg ptg tgk students kita jd org pun xpa huhuhuhu...

Jane,
saya doakan anak akak masuk mckk juga... mmg semua mengidam belajar kt sana... sangat seronok kerana ia ada tradisi, sejarah dan kebanggaan sendiri... OldBoys dari mckk mmg unik kerana ianya direkrut dengan budaya dan taradisi MCKK..

naman,
kawe sero roti basi heh heh heh... kawe pon smpai naik sssumbat hndle goni.. tp tu la.. kita usaha je... harap2 prog ni jd molek la...

cikgu math,
thanks... mmg pengalaman disini akan kawe kaut sungguh2 heh heh

Cikgu Adham said...

salam..
sonata anak kancil,
yup mmg betul... alhamdulillah mmg kawe berharap dapat jaga exam di kawasan pedalaman gini... hanya 5 org je guru terpilih jaga exam d Balleh..

setakat yg kawe tahu mmg sekolah di pedalaman kategori P1, P2 dan P3 agak mencabar... sebagai contoh di Balleh kategori P1, selalu menghadapi masalah air.. kemudahan telefon mmg tiada...

esok pagi kawe akan menaiki bot ke Balleh antara 1-2 jam bergantung pada aras air.. kalo air tohor, mmg bermasalah utk sampai d Balleh hehehhehe

imanshah said...

Kawepun kena jaga PMR, tapi biasalah, menepis dengan sebaik mungkin, akhirnya terlepas..pandai bersilat ni

Anak Tumpat said...

steady sheikh.. balleh pun balleh la sheikh.. tapi ore kata sekolah ni kalu koho "dale" koho suko? jolo ko?

Cikgu Adham said...

salam..

imanshah,
heh heh mantap... demo jaga PMR sekolah mana tu? guana demo bersilat guana tu terlepas semacam.. kawe ni gak kena semacam di sekolah... tok leh nk ngelat langsung..

anak tumpat,
heh heh standart sheikh... org kata koho dalam mmg la best.. tp xleh lama la... otok kut nnt sebab line tepon xdak... kawe pon xleh imagine sebab x penah smpai di sekolah pedalaman kategori P1 ni...

jumana said...

SALAM
packnye aktiviti kamu
bagus2
hehe
sementara masih muda ni, aktif2kn diri :D

abu muaz said...

Selamat berjuang demi anak bangsa malaysia.500 tu kira ok doh tu.... musim pitis payoh lening.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan