About Me

header ads

Kenapa merokok di Surau dan masjid?


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kawe perhatikan di bahagian tepi pintu masjid tempat kawe bertugas di kapit ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Ramai orang gemar duduk-duduk di tangga atau beranda masjid, menghembuskan asap penuh kenikmatan pada sebelum dan selepas waktu solat terutama selepas solat asar dan isyak.. kawe baru je dengar tazkirah mengenai soal jawab menghisab rokok dalam masjid daripada Ustaz Azhar Idrus (sila klik).
Adalah haram hisap rokok dalam masjid kerana ia menyebabkan asap rokok dalam masjid memudaratkan jemaah.. malah haram hisap rokok di luar masjid jika asap rokok itu masuk ke dalam masjid... Sekarang ada pelbagai khilaf ulama mengenai hukum hisap rokok...

Di sini sukacita kawe menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

Rujukan:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13856&Itemid=99999999

Post a Comment

6 Comments

pijankodok said…
salam cikgu....
kekadang mereka yang merokok ni,kita tidak boleh larang... sebab lagi kita melarang, lagilah dia kuat merokok... kita biarkan dan lagi kita galakkan.. bila dah terkena baru nak menyesal... begitu lumrah manusia... hmmmm... macam main mercun... lagi kerajaan kuatkuasakan undang-undang, lagilah mercun yang terlarang dijual... kita bagi jer... bila dah kena baru la menyesal tak nak main... hmmm.... yang best nyer tu... phak berwajib merampas tapi mereka-mereka ini lah yg bermain... sepatutnya di musnahkan semasa lupus itu...

macam-macam... maaflah klau yang terasa... tapi fikir2 lah...
Muallim Adham said…
wslm scrlettfr,
thanks pendapat kamu... bagus.. betul juga tu heh heh heh..

payah nk kata la.... kawe pon sondol la... kawe x kisah kalo dia nk isap rokok tu sekotak sekali gus pon... tp merokok di masjid yg hukumnya boleh smpai haram tu la yg kta marah huhuhuhuhu.. kalo x tahan sgt, at least pergi la jauh cikit dr pintu masjid spt kat taandas ke, kat tepi jalan ke... br la x ganggu jemaah..

mmg betul juga kata anda.. lg dilarang, lg menjadi2 heh heh.. so kena la guna pendekatan yg berlainan...
thanks nyk2
IMANSHAH said…
eh demo tak merokok?? baguslah, kawe pun tak merokok..naman pun tak merokok..tak tahulah belakang kawe..masa kawe jupo dia, dia tak merokok..abang kawe merokok. puas doj nasihat, telinga batu
Muallim Adham said…
slm imanshah,
alhamdulillah setakat ni kawe x merokok... dlm family kawe pon semua merokok kecuali kawe dan adik bongsu kawe je...

ada fatwa kata selagi merokok tdk membahayakan badan dgn serta merta, maka ianya makruh.... so kita pon tak bleh nk marah sgt kpd perokok... apa bleh buat..

sahabat2 cikgu di tmpat kawe ngjar pon x ramai yg merokok.. kalo nk terjemah dlm peratus ada la dlm 30% yg merokok je.. tu pon majoriti cikgu2 veteran.. alhamdulillah ckg2 muda x ramai yg merokok... tp masaih ramai juga sahabat kawe yg merokok heh heh heh
penjual rokok nie tak salah sangat pun...
depa jual rokok sebab ada permintaan...
cuba takdak permintaan..depa tak jual lagi la benda alah tu...
kekeke... =) perokok perokok nie lah kena sedar untuk berhenti merokok...
kadang kadang penjual rokok tu bukannye merokok pun..saje nak jaul rokok sebab untung...

tapi yang paling untung kerajaan la, hasil dari penjualan rokok nie, cukainya memberangsangkan..hehe
Muallim Adham said…
salam,
ria abadi..
hehehe thanks bg cetusan idea dlm ni.. betul juga kan... bila ada permintaan, ada lah penawaran...