Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, August 27, 2009

Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah

Oleh : Rozmal bin Malakan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Artikel ni dipetik dari blog Cina Islam yang kawe rasa patut dibaca oleh semua sahabat...

Islam kata , orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran.

Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak.

Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah ? Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini , terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini. Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian , akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini. Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

Menurut Uztaz Zaharuddin, Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan yang disarankan Islam ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam ( Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228) iaitu:
  1. Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan (Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476)
  2. Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
  3. Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
  4. Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
  5. Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Hukuman merotan yang ditentukan Islam sangat berbeza dengan hukuman merotan yang dilaksanakan di dalam penjara pada hari ni kerana Islam bukannya menghukum semata-mata kerana hukuman sebaliknya adalah bertujuan mendidik masyarakat..

Di penjara hukumannya adalah sangat zalim dimana sekali sebatan sehingga menghancurkan kulit dan mengoyak isi.. Perotan di dalam penjara juga menghayun rotan dimana tangan diangkat dari atas kepala dengan hentaman yang cukup bertenaga... Fikir2 lah kebaikan yang telah ditentukan oleh Islam sehingga sekaran, akhirnya saintis Bukan Islam juga yang menemui kebaikan hukuman sebat secara Islam ini.. Mengapa Orang ISlam sendiri tidak menjumpai kebaikan hukuman ini.. sebab nya tidak lain kerana orang Islam itu sendiri tidak yakin dengan Islam yang sememangnya BENAR..

17 comments:

n@m@n said...

sekolah kawe tiap2 hari rotan budak..tp budak tak heran pon..aduiiii

Cikgu Adham said...

waw mantap sekolah demo heh heh heh..... ssssssssumbat ke budak2 dsana?

syahbandar87 said...

rotan bdk skoloh laen..bdk2 nakal rotan pun biasa2 jah.kno pun x perit..tp rasonyo klu kno sebat skali pakat merit blako la.hahA..gurau jah ni..jnge amek hati plop.hehe

maiyah said...

salam.. kalo penagih nih dirotan yg tak menyakitkan berlagu ler nanti, berbirat pun tak mau berubah gak camna.. inilah pemikiran manusia

Cikgu Adham said...

slm..

shahbandar,
sebenarnya kawe pon tak pndai nak komen la heh heh sebab kita ni bukannya ahlinya yg layak utk berkata2... sebagaimana kita ni sebagai orang awam nak memandai2 tugas seorang doktor di hospital, tentu pihak hospital tidak menerima tindakann kita kerana kita bukan doktor profesional...

Maiyah,
insyaAllah lama kelamaan masyarakat kita akan sedar sebabnya jadi bgeni adalah kerana masyarakat kita tidak pernah alami situasi begini..

kesimpulanya insyaAllah cara Islam ni adalah yang terbaik.. menurut uztaz Zaharuddin,
"Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri"

syahbandar87 said...

hmm..kawe baco dh tulisan demo..apa yg kawe napok kembali lah pd islam yg sbnr..apa2 pun undang2 islam plng canggih ath muko dunio nih..kawe x peduli klu hukum oghe kno sebat skalipun klu stakat sebat cr logik akal manusia jah meme x berkesan.bila dihukum dngn cr islam maka ia lbh terdidik sbb x sekejm undng2 manusia..jd kawe fikir jolo doh,kno ikut cr islam..kne rujuk ulama..klu ulama oyat gitu kawe ikut la dan kawe sokong 100%..serta kawe akan perjuangkan gapo hok ulama oyat tu.dan selamo nipun kawe hnya perjuangkn gapo hok ulama oyak jah.x lbh dr tu.bkn nk memandai2 ikut akal kawe semata-mata..

komen hok td tu kawe gurau2 jah..kecek pasal bdk skoloh etek.sj nk kne bdk skoloh sket.mungkin dlm gurau2 tersalah ckp jgk mano tau.jd kawe mntk maaf la..tp kawe x do niat pun nk setuh pasal unde2 islam dlm komen first td..sbb kawe mmg sokong 100% gapo hok ulama oyat tampat perlu dipersoalkn lg

Cikgu Adham said...

shahbandar,
ya ya.. i say man.. kawe faham dh apa yg maksud demo tu dr awal lg gurau jah hehehehe... xdak apa kawe pon sering bergurau gk dgn sahabat2 lain... biasa la....

maaf la kalo demo terasa ckit... maklumlah tangan terpetek... tak sedar kadang2... tak pa.. kita pakat muhasabah deh.. kawe pon byk lg kena belajar terutama dgn org berpengalaman spt demo...

imanshah said...

Salam..hurm kawe dah letih rotan budak nih...tapi sebelum rotan check dulu sama ada bisul ke bausir ke..pastu sebelum ritan mesti cakap:
Si polan bin si polan, cg rotan ni merupakan sebahagaian pendiidkan..bukan cg benci atau dendam tapi untuk memberi pengajaran.
Cg hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.Pastu baca Bismillah..

Niatlah rotan bukan kerana marah, benci tapi kerana mendidik..insyaAllah selamat semuanya

Cikgu Adham said...

wslm Imanshah,
waw mantap la demo... kawe br tau prosedur di sekolah lagu ni heh heh... insyaAlllah kalo kawe diamanahkan jaga disiplin bdak, kawe buat gini la heh heh

Faizal Nizam said...

salam cikgu.. Selamat berpuasa.. terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.. :D

Faizal Nizam said...

cikgu masih mengajar di MRSM ke?

Cikgu Adham said...

wslm Faizal,
act cikgu mengajar di MRSM kejap je sebagai guru sambilan.. masa tu sebelum grad lg.. bila dh grad, ditugaskan mengajar d sarawak plak heh heh..

Tirana said...

Bila Allah telah menetapkan hukum, kita wajib percaya ia adalah untuk kebaikan manusia kerena Allah itu Maha Penyayang, Dia tak akan menzalimi kita sebaliknya kita yang selalu menzalimi diri sendiri

D'Rimba said...

Salam merdeka pendidik anak bangsa..

Cikgu Adham said...

Tirana,
betul tu Kirana.. itulah yg sebaiknya...

D'Rimba,
slm kemerdekaan kembali.. semoga semangat [erjuangan pahlawan kita dulu mengalir dalam diri kita untuk memertabatkan negara kita amnya dan khususnya memartabatkan Islam tercinta

kirana said...

Uiiihhhh.... cam gitu ke merotan cikgu ImanShah? Cantek sesangat! Akak Kirana tu guru disiplin jgak. Tak penah la Kirana dengar dia rotan budak dgn cara gitu. Yg Kirana tau dia sebat, pastu dia soh budak2 tu ucap tima kasih kat dia. Ganazzzz...

Cikgu Adham said...

slm kirana,
heh heh cikgu Imanshah mmg ganas tu.. geng ngatok masa kecik2 dulu tu heh heh... oo akak kirana pon sebat erk... mantap tu.. saya x pernah pon bedal bdak pakai rotan.... cuma guna ayat yg menyengat je la heh heh...

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan