Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, August 22, 2009

4 aspek tingkat sistem pendidikan negara


Kenyataan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang bertitah semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan Untuk Semua di Hotel Legend telah menggariskan empat aspek utama sistem pendidikan yang memerlukan perhatian khusus demi memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.

Titah baginda, keempat-empat aspek berkenaan ialah kurikulum, sistem penilaian, strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahasa Inggeris.

PERBANDINGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA DENGAN BEBERAPA NEGARA:

Di Singapura, sekolah memang dibiarkan bising dan guru akan memberi peluang satu persatu kepada muridnya untuk bercakap. Sedangkan Ia berbeza di Malaysia. Perspektif masyarakat mengatakan sekolah yang senyap itulah sekolah yang terbaik. Guru akan meminta muridnya senyap daripada membuat bising. Dengarnya lunak namun kita membentuk persekitaran tidak normal kepada murid. Pengalaman Dr. Roseli ketika berada di Singapura.

• Seramai 70 peratus rakyat Singapura yang cerdik pandai akan dijadikan guru di sekolah menengah dan rendah. Dasar pendidikan oleh pemerintah Singapura ini adalah untuk masa depan anak bangsanya. Kini, untuk menaikkan taraf pendidikan Universiti National of Singapore, pemerintah republik itu menawarkan gaji yang lumayan kepada pensyarah pakar seluruh dunia untuk berkhidmat di universiti itu. IPTA di Malaysia bagaimana?

Di Amerika Syarikat, jika anak anda bersekolah tadika di sana, anda akan menemui guru yang berada di bidangnya. Jika seorang guru meminta membuat karangan berkaitan seorang polis, Pegawai Polis akan datang ke tadika dan berkongsi cerita tentang pengalaman dan bidang tugasnya. Begitu juga apabila murid diminta membuat cerpen berkaitan perubatan, seorang doktor pakar akan memberikan syarahan. Pembinaan akademik, intelek, sahsiah pelajar akan dibentuk melalui persekitaran pembelajaran seperti ini. Ia berlainan di Malaysia, seorang guru Bahasa Malaysia, dialah pegawai bomba, polis, doktor, peniaga untuk memberikan maklum pada anak muridnya.

Di United Kingdom, apabila anak anda ingin belajar berkaitan elektron, sekolah akan pergi ke muzium untuk memberikan peluang kepada muridnya untuk melihat sendiri bagaimana electron dicipta, Thomas Anderson mencipta lampu seterusnya kepada penciptaan electron terkini mengunakan radioaktif berkuasa nano. Praktikaliti pembelajaran yang tidak hanya menggunakan lisan membantu potensi pelajar untuk mengetahui sesuatu ilmu. Jika anda ingin belajar kimia, akan dihantar anda ke makmal kimia yang lengkap melihat prosesnya bukan sekadar lisan di dalam kelas sahaja.


• Pendidikan yang hanya berorientasikan intelek dengan menjadikan peperiksaan sebagai nilai indikator merupakan satu lagi falsafah pendidikan negara Malaysia yang tidak seimbang. Ini diakui apabila hanya nilai intelek sahaja yang ditekankan. Hanya A sahaja menjadi target guru dan murid-muridnya. Nah, akhirnya kita hanya dapat melahirkan muridnya yang membangun daripada sudut intelek, tetapi rendah daripada sudut pembangunan diri, sahsiah, potensi dan kemahiran.

• Modus operandi pendidikan negara yang memerlukan guru menghabiskan sillibus hingga akhir tahun menyebabkan murid terpaksa mengikuti satu-persatu sistem yang dimana walaupun hakikatnya murid boleh pergi jauh daripada itu. Contohnya, di sekolah Cina jika anda pelajar darjah 2, anda akan mempelajari buku teks darjah 3. Begitulah seterusnya, jika anda tingkatan 5 semua muridnya akan mempelajari buku teks tingkatan 6!. Itulah gaya sekolah cina memandaikan anak bangsanya.

RUJUKAN

6 comments:

ije said...

suka entry ttg pendidikan gini.

ambil yang jernih, buang yang keruh. semoga sistem pendidikan negara kita ada perubahan positif.

sape lagi nak kena buat tindakan? cikgu la. kan? ehe.

*dah isi borang posting. tunggu je la dapat mana. huks. sedia berbakti dimana saja. tapi xnk pedalaman borneo. waaa.

Cikgu Adham said...

slm Ije,
yap cikgu pon lagu ni juga la... suka bab pendidikan ni.. peranan kita lagu ni la.. tapi masalahnya bila kita di sekolah, apa yg kita belajar dulu totally berbeza sebab keadaan yg menjadikan kita terpaksa ikut je...

political senario di sekolah cukup berbeza... harap Ije nnt pon jd cikgu yang Muallim, murabbi, Mu'adib dan Mudarris... paling ptg sekali kita ajar nilai, budi bahasa dan pekerti.. jgn tekan sgt kepada intellek pelajar sehingga mengabaikan akhlak..

apa guna pelajar bijak pandai, tetapi solat entah kemana, budi bahasa tiada, nilai moral tergadai..

ije said...

penah mengajar di sic n mrsm kuala krai? kenapa terbang jauh ke kapit?

Cikgu Adham said...

yap... sebab di SIC sebagai cikgu pelatih heh heh.. di MRSM krai sbg cikgu sambilan menggantikan guru yg cuti bersalin... kira cari pengalaman la semasa cuti 6 bulan sebelum posting.. act cikgu pon dpt temuduga tawaran mengajar d MRSM, tetapi tak tau kenapa hati ini lebih berminat ke sekolah harian biasa...

ije said...

ooo. ok la tu. muda2 g dulu merantau jauh2. dah dekat nak pencen nanti, le balik berbakti kat kg halaman lak. ehe

Cikgu Adham said...

insyaAllah

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan