Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, January 16, 2009

Cendiakawan Silam


Al-Quran menyeru kepada ilmu pengetahuan dan sering menyebut perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmu sejak ia mula diturunkan sebagai contoh al-Quran menyebut tentang al-qalam (pena), al-qirtas (kertas), al-alwah, al-midad (dakwat), al-suhuf (lembaran-lembaran bertulis) dan seumpamanya sebagai isyarat kepada unsur-unsur penulisan dan ilmu pengetahuan (Mat Rofa Ismail, 1994, m.s. 7).

Menurut Mat Rofa Ismail (1994, m.s. 7), untuk tujuan pengiraan, umat Islam silam menggunakan papan bewarna yang ditaburkan dengan pasir putih yang halus. Penulisan dalam bentuk huruf timbul bagi mereka yang cacat dalam penglihatan juga telah dimulakan di dunia Islam pada tahun 712H oleh al-Amidi dan Abu’l-Faraj.

Menurut Mat Rofa Ismail (1994, m.s. 10), pengetahuan ilmu pengiraan juga menjadi hal yang penting dalam kehidupan beragama dan bermasyarakat. Zakat, pembahagian harta pusaka, pungutan jizyah, cukai kharaj, pentadbiran khazanah negara dan seumpamanya memerlukan pengetahuan matematik yang baik. Al-Quran memberikan indikasi tentang kepentingan ilmu yang berkaitan tentang pengiraan seperti pengiraan masa yang melibatkan perjalanan matahari, pembahagian pusaka, wasiat, hal ehwal zakat dan seumpamanya. Imam al-Syafi’i pernah berkata, “barang siapa mempelajari matematik, panjanglah akalnya” dan Imam al-Ghazali pula menyebut, “barang siapa yang tidak mengetahui mantik, jangan dipercayai ilmunya”. Mantik adalah satu unsur matematik yang penting.

Menurut Mat Rofa Ismail (1994, m.s. 11), dalam matematik, al-Khawarizmi telah mengasaskan sistem pengiraan menggunakan sistem-10 yang terpakai hingga kini. Beliau juga mengasaskan ilmu aljabar yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah mengenai wasiat, zakat dan pembahagian pusaka. Al-Mahani, Abu’l-Jud, Umar Khayam dan al-Tusi pula mengkaji mengenai geometri dan trigonometri untuk keperluan pengiraan, hiasan, dan estetika (khususnya untuk objek geometri yang dibina dalam bangunan masjid). Ilmu trigonometri amat berguna untuk menentukan keluasan tanah, mengukur arah (khususnya arah kiblat), dan pengiraan mengenai kemunculan anak bulan dan bintang tertentu.
Rujukan:
Mat Rofa Ismail (1994). Mantik, matematik dan budaya ilmu: Pendekatan bersepadu dalam tradisi pengajian Islam. Lembah Pantai, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan