Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, December 8, 2008

Kelebihan bersenam

Apabila kita melakukan aktiviti senaman, ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kecergasan fizikal seseorang berdasarkan 2 aspek; kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor. Diantara kesan senaman dari aspek fisiologi ialah:

1. Berlaku hipertrofi otot jantung.
Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat. Hipertrofi jantung adalah kesan daripada:
(a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel
(b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel.

2. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular
Merupakan keupayaan seseorang itu melakukan aktiviti dalam masa yang lebih lama tanpa mengalami kelesuan. Daya tahan kardiovaskular ini tercapai kerana keefisyenan sistem peredaran darah. Keupayaan jantung mengepam darah dan juga keupayaan paru-paru mengoksigenkan darah kotor dan menggantikannya dengan darah yang bersih.

3. Menambahkan isipadu sedenyut jantung (stroke volume)
Hipertrofi jantung menyebabkan jantung menjadi semakin kuat disebabkan pertambahan bilangan otot-otot kardiak. Ini juga menyebabkan keupayaan jantung untuk mengepam darah keseluruh badan meningkat menyebabkan penurunan kadar nadi rehat seseorang individu. Semakin rendah kadar nadi rehat seseorang individu, menunjukkan semakin banyak isipadu sedenyut jantung.

4. Meningkatkan daya tahan otot
Keupayaan otot atau kumpulan otot melakukan penguncupan untuk mengatasi sesuatu rintangan dalam masa yang lebih lama. Daya tahan ini terbahagi kepada dua iaitu daya tahan statik dan daya tahan dinamik. Daya tahan otot statik ialah keupayaan otot atau kumpulan otot bertahan mengatasi rintangan tanpa melakukan pergerakan. Sementara semasa daya tahan dikeluarkan dalam pergerakan dinamik, otot-otot akan terlibat di dalam pergerakan sendi. Daya tahan ini diukur dengan melihat keupayaan peserta melakukan aktiviti secara berulang-ulang atau lebih lama.

Diantara kesan lain terhadap aktiviti senaman ialah:
  1. dapat menguatkan ketahanan atau keimunan dari serangan penyakit
  2. tingkatkan pemulihan kadar nadi jantung selepas bersenam
  3. dapat mengurangkan peratusan lemak dan berat badan
  4. menambahkan bahan ATP di dalam otot
  5. memupuk semangat perpaduan dan akauntabiliti
  6. menjadi satu sumber rekreasi
  7. mendapat pendapatan kerjaya
  8. menambahkan pengambilan oksigen oleh tisu-tisu tubuh badan
  9. mengurangkan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan
  10. meningkatkan kestabilan emosi dan penghargaan kendiri
  11. mengurangkan asid laktik dalam darah sewaktu bersenam
  12. meningkatkan koordinasi psikomotor
  13. meningkatkan keupayaan otot jantung dan otot-otot rangka berfungsi dengan efisien
  14. meningkatkan kapasiti paru-paru
  15. memperbaiki efisien kerja
  16. memperbaiki serta meningkatkan kesihatan diri keseluruhannya

1 comment:

yen said...

info yg berguna....tq..
sy happy tgk senior ada blog sendiri yg dpt beri manfaat kpd pembaca lain..truskan usaha anda...
syabas n tahniah!!



rakan sekumpulan PL 2007

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan