Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, September 12, 2016

Menjadi Pelajar Darrusyifa

Pembukaan Kuliah Pengubatan Islam Kumpulan Ke-5 Darrusyifa Kuching 2014
Bismillah. Perkongsian pengalaman Abe Mad menceburi diri dalam Darrusyifa Sarawak. Pertengahan tahun 2014, ada iklan pengambilan pelajar kumpulan ke-5 Darussyifa Kuching, masa tu berbolak balik hati ni, nak ikut ke tak. Takut tak mampu sebenarnya. Pikir punya pikir, rasa macam ada sesuatu yang perlu dipelajari dalam Darrusyifa. Sesungguhnya ilmu Allah tu sangat luas, andai rating-rating kayu itu dijadikan mata pena, dan seluruh air laut dijadikan dakwat, maka belum cukup untuk menulis segala ilmu Allah dalam alam ini. Ilmu Pengubatan Islam sebahagian dari khazanah ilmu yang makin dilupai, melalui mempelajari ilmu ni, semoga khazanah ilmu ini terus berkembang dan mendapat tempat di hati masyarakat sebagai "compliment medicine" (rawatan pelengkap) dalam rawatan moden sekarang. Untuk pengetahuan pembaca, Darrusyifa adalah badan pengamal perubatan Islam yang diiktiraf oleh KKM sebagai "complimentary medicine". 
Kuliah pertama dari Tuan Guru dan Majlis zikir
Sebagai pelajar Darussyifa, menuntut komitmen yang tinggi. Banyak perkara perlu dikorbankan dan banyak ujian perlu ditempuhi. Pengalaman saya belajar, bukan hanya pelajar mengenai ilmu pengubatan Islam, tetapi "proses" belajar "ilmu" itu sendiri yang amat mahal nilainya. Mengikuti kuliah Tuan Guru Ust Haron Din sendiri memberi pengalaman yang berharga dan bermakna. Setiap kuliah beliau, pasti akan mendapat ilmu yang baru, walaupun tajuk kuliah yang sama dihadiri. Ini membuatkan semua pelajar akan merindui saat kuliah yang diberikan Tuan Guru sendiri. Sebagai pelajar, perlu penuhi tanggungjawab sebagai pelajar iaitu hadir majlis zikir, menghafaz semua ruqyah, menghadiri kuliah (tempoh kuliah yang agak panjang) dan ditasmid. Sebelum diijazahkan, setiap pelajar akan ditasmid (tasmid ruqyah dan tasmid herba) oleh pentasmid yang dilantik. Tasmid ruqyah melibatkan semua bacaan ruqyah. Manakala tasmid herba melibatkan beberapa contoh penyakit, doa/ruqya yang digunakan dan penggunaan herba bagi merawat penyakit berkenaan. Setelah lulus tasmid, dan cukup jam sesi kuliah, maka biasanya pelajar akan diijazahkan dengan ilmu Pengubatan Islam. 
Mempelajari ilmu pengetahuan mungkin mudah berbanding mengamalkannya. Itulah tanggungjawab yang besar sekali untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin. Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana berjaya menamatkan sesi kuliah ini dan diijazahkan "Pengubatan Islam" oleh Tuan Guru pada 2015. Abe Mad nk rekemen kepada para doktor dan penolong pegawai perubatan untuk mengikuti kursus ini. Mollek sekiranya diamalkan ruqyah pengubatan Islam semasa merawat penyakit fizikal patient (pt). Disamping berkhidmat memberi rawatan kepada pt, boleh diselitkan unsur-unsur dakwah untuk pt. Kerana orang sakit diibaratkan orang yang sedang lemas, meraka akan sanggup berpaut pada sebarang benda sekalipun walau sehelai rumput demi menyelamatkan nyawa. Pt akan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat kesembuhan. Dibimbangi pt akan sanggup mendapat rawatan yang tidak syariah seperti berjumpa tukang sihir dan sebagainya sehingga moleh merosakkan aqidah. Maka sebagai perawat, perlu selamatkan pt ini bersama aqidah mereka... 
Antara Buku Teks dan Rujukan sepanjang pengajian
Jika diselidiki tokoh perubatan Islam lampau, mereka merawat semua penyakit manusia (fizikal dan rohani) digabungkan dengan ruqyah (doa). Ibnu Sina dalam kitabnya menyelitkan ruqyah dalam rawatan penyakit fizikal. Namun khazanah ilmu ini mula dilupai sebaik seiring dengan kajatuhan zaman ilmuan Islam. Semoga usaha Tuan Guru dan seluruh ahli Darussyifa dalam mengembangkan khazanah ilmu ini mendapat keredhaanNya.
Kuliah pertama yang Muallim hadiri bersama Tuan Guru
 Walaupun kesihatan TGHD pada masa ini tidak lah begitu baik, namun demi menyebarkan ilmu dan dakwah, beliau tetap gagahkan diri bertemankan anak beliau untuk ke Sarawak bagi menyampaikan kuliah. Setiap pelajar pasti merindui kuliah TGHD.
Saat bersalam dengan Tuan Guru
Pemergian Tuan Guru Haron Din pada 16 Sept 2016 merupakan satu kehilangan besar. Allah sayangkan Tuan Guru. Syukur pada Allah kerana berpeluang menjadi anak muridnya. Bertemu dan berpisah itu kerana Allah. Semoga merahmati dan memberkati Tuan Guru. Amin. 

Friday, September 9, 2016

KRFC RUGBY 7s 2016

SAKURA cheers
3-4 September 2016 sekali lagi berlangsungnya Kejohanan Rugbi 7's yang dianjurkan oleh Kuching Rugby & Football Club di Padang Ragbi Song Kheng Hai, Padungan. KRFC Rugby 7's kali ini diadakan 2 kategori iaitu bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun yang disertai oleh 21 buah pasukan. 

Respect game: SMK Muara Tuang vs SAKURA in Semi Final CUP/Plate. 
Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan ini. SAKURA menghantar 1 pasukan bawah 15 tahun sahaja berikutan pemain tingkatan 5 sedang sibuk menduduki peperiksaan percubaan SPM selaras SBP. 

Respect game: SMK Asajaya vs Kolej Abdillah
Bagi peringkat bawah 15 tahun, setelah bermain di peringkat kumpulan, 8 buah pasukan berjaya ke peringkat suku akhir iaitu SHOAW A, SMK Tebedu, Kolej Abdillah, MRSM A, Shoaw B, Muara Tuang, SAKURA dan SMK Wira Penrissen. Keputusan perlawanan di peringkat suku akhir cup/plate adalah: 
1) SHOAW A vs SMK Wira Penrissen (28-0)
2) MRSM A vs SHOAW B (22-0)
3) Kolej Abdillah vs SMK Muara Tuang (7-17)
4) SMK Tebedu vs SAKURA (0-10). 
Respect game: SHOAW vs Kolej Abdillah
Separuh akhir cup/plate bawah 15 tahun: 
1) SHOAW A VS MRSM A (10-5)
2) SMK Muara Tuang vs SAKURA (12-5). 

Maka SHOAW A dan SMK Muara tuang layak ke final cup. SAKURA dan MRSM A ke final Plate. 

Keputusan: 
Cup : SHOAW A vs SMK Muara Tuang (28-0). Maka SHOAW A juara Cup bawah 15 dan SMK Muara Tuang naib juara Cup bawah 15. 

Plate: MRSM A vs SAKURA (19-0). MRSM A juara plate bawah 15, SAKURA naib juara plate bawah 15 tahun. 

Bowl: SHOAW B vs SMK Tebedu (5-10). SMK Tebedu juara Bowl bawah 15 tahun, SHOAW B naib juara Bowl bawah 15 tahun. 

Spoon: SMK Wira Penrissen vs Kolej Abdillah (10-12). Kolej Abdillah juara Spoon bawah 15 tahun, dan SMK Wira Penrissen naib juara spoon bawah 15 tahun. 

MRSM vs SMK Wira Penrissen

Keputusan KRFC Rugby 7's bawah 18 tahun adalah seperti berikut: 

Cup champion MRSM A...No 2 Cup SHOAW A (10-5)
Plate Champion SMK Muara Tuang,  No 2 plate Kolej DPAH Abdillah (17-0)
Bowl Champion SMK Asajaya,  No 2 Bowl SMK Wira Penrissen (12-7)
Spoon Champion KV Betong, No 2 Spoon SMK Sg Maong (10-0). 


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih di atas sokongan semua peserta dan penganjur. 

KV Betong vs SMK Sg Maong

Pujian harus diberi kepada KRFC kerana gigih berusaha dalam memajukan sukan ragbi di Sarawak dengan mencungkil pemain muda di peringkat sekolah lagi. Semoga usaha ini akan berterusan dan mendapat sokongan dari semua pihak. 

Respect game: KV Betong vs SMK Sg. Maong

Pujian juga kepada semua pemain yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Ragbi sukan yang kelihatan ganas, tetapi ada falsafah tersendiri. 

Competition, respect, team work, character building, concentration and enjoyment. 

KV Betong

Selamat maju jaya buat semua pemain ragbi di sekolah seluruh Sarawak. 

SAKURA with Coach

SAKURA with Mr. Adham

Final Plate u15: MRSM vs SAKURA

Line up: MRSM vs SAKURS

Respect game: MRSM vs SAKURA (19-0) Final Plate u15

Final Cup U15: SHOAW vs SMK Muara Tuang

Line up: SHOAW vs SMK Muara Tuang

Final Cup u18: SHOAW vs MRSM Kuching

MRSM Kuching U18 champion Cup

SHOAW u15 champion Cup
SAKURA Runner Up Plate U15.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan