Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, April 20, 2016

AKOK Tradisional Melayu Kelantan

Abe Mad mengambil peluang cuti sekolah pada Mac 2016 untuk balik ke Kuala Krai, Kelantan. Dari KL perjalanan pada musim cuti balik Kelantan memang tidak boleh elak kesesakan jalan dan jem. Memang itu adalah sebahagian makanan dia la. Biasanya Abe Mad akan melalui Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang dan terus sampai Kuala Krai. 

Di sempadan Negeri Kelantan-Pahang; sempadan Gua Musang-Kuala Lipis, terdapat gerai tradisional di tepi jalan menjual kuih akok kedut secara tradisional. Rutin Abe Mad, kalau balik kampung, mesti singgah sini. Zaman sekarang susah nk dapat akok kedut buatan tradisional macam ni. 


Kuih akok memang terkenal di Kelantan dan Terenganu. Dikatakan asal kuih ini dari Pattani (tidak sahih). Rasanya manis dan sumber utama pembuatannya adalah telur. Jika cukup bahannya telur, tepung dan gula, sedap lah rasanya. Semakin berkedut kuih akok, semakin sedap. Masyarakat muda sekarang di Kelantan tidak lagi terikut dengan budaya "suka manis". Maka kebanyakan kuih di Kelantan tidak lah terlalu manis, termasuk akok ini yang menjadi citarasa ramai samada golongan tua dan muda.

Tuang adunan dalam acuan

Pembuatan akok secara komersil dengan teknolgi moden menggunakan dapur gas biasa diperolehi di bandar utama di seluruh Kelantan. Rasanya OK, not bad. Dan penghasilannya lebih pantas. Citarasa Rakyat Kelantan yang kreatif sekarang, menyebabkan akok mengalami inovasi dengan wujudnya akok dalam pelbagai rasa seperti akok nisan, akok pandan, akok jagung dan sebagainya.

Akok dibakar

Namun akok yang dibuat secara tradisional menggunakan dapur arang yang di"kapit" atas dan bawah, dimana arang kayu di sebelah bawah, arang sabut kelapa di bahagian atas dapur (seperti gambar) mengambil masa yang lama untuk masak. Tapi rasanya lebih sedap, mungkin sebab kaedahnya yang asli digunakan.

Pastikan akok dah masak

Akok sedap dimakan panas-panas. Sebaik diangkat dari dapur, itulah keadaan paling enak dimakan dengan secawan kopi pada waktu petang-petang. Sebab tu pelanggan sanggup menunggu giliran membeli akok panas ini.

Akok masak sudah sedia dihidang

Jadi sesiapa berminat nak cuba kuih ni, jangan lupa untuk singgah di tepi jalan utama antara Merapuh dan Gua Musang (dekat sempadan) untuk mendapatkan kuih ini. Berbaloi sambil menyegarkan diri seketika setelah penat memandu.

Keadaan dapur arang tradisional

Selagi masih ada, jangan lepaskan. Bimbang suatu masa nanti, tradisi ini akan hilang.


No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan