Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, July 5, 2015

Bagaimana Memiliki Superbike

Alhamdulillah, Allah beri keizinan sedikit ruang dan peluang untuk menulis dalam ni. Kalau dilihat zaman sekarang begitu ramai pengguna superbike di atas jalan. Berikutan peningkatan pengguna superbike di atas jalan, maka tertubuhnya banyak persatuan superbike dari peringkat kampong, sampai la peringkat sebesar-besar Malaysia. Dari persatuan peringkat superbike yang kecik-kecik, sampai la persatuan superbike yang besau-besau.

Ok tak payah gebang lebih, straight to the point, bagaimana nak memiliki superbike? Kerja gaji tak banyak, tetapi nk juga beli superbike. kalau gaji besau, tentu takde masalah.. Berikut beberapa kaedah daripada pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang Berjaya memiliki superbike. Lain orang, lain cara:

1. Buat personal loan untuk tempoh maksimum.

Dulu bank offer personal loan sampai 20 tahun. Jadi komitmen monthly rendah walaupon hakikatnya total payment termasuk riba kepada bank lebih dua kali ganda pinjaman haha.. (sekarang rasanya bank offer maksima 1o tahun je personal loan) Tapi dah nak sangat pakai moto besau sanggup buat personal loan bank 20 tahun. Kalau jadi apa-apa kt superbike, rosak teruk dsb... hutang bank tak abis bayar lagi, tapi moto tu dah tak buleh pakai..

Tapi ada member ni... dia buat personal loan 20 tahun sebanyak 50K. Beli Kawasaki er6 dalam 30k second hand (dah tip top condition). Balance loan tu dia invest dalam investment yang beri pulangan besar setiap tahun (spt ASB, beli emas, unit trust dsb) dan tidak usik investment tu selagi tak abis bayar loan. Maksudnya dia buat personal loan 50k bukan bayar beli superbike semata-mata, tetapi ada juga buat investment (back-up) untuk long term. After 20 years, investment dia tu akan jadi may be 50K atau lebih jika guna teori compound interest calculator. Contoh initial investment = RM20k, interest ASB = 8% setahun, tempoh pelaburan tanpa keluarkan keuntungan = 20 tahun. So anggaran pelaburan yang dia dapat selepas 20 tahun ialah  (20k x 1.08^19 = RM86,314.00). Dengan andaian pinjam RM50k selama 20 tahun, bayar kat bank termasuk riba selama 20 tahun (contoh RM416 x 12bulan x 20tahun = RM99840).. Daripada dok bagi kat bank free sebanyak RM99840 sepanjang 20 tahun, at least selepas 20 tahun dapat return balik RM86,314 daripada pelaburan tadi. Ni sebagai contoh panduan je la.. orang lain mungkin ada cara lain dan lebih baik dari contoh ini.
 
 
Tapi ingat bila buat loan, pastikan jangan besar sangat sampai takda duit nk bayar utilities dan liability kita yang lain (seperti bil, makan, sumbangan kpd parents, sewa rumah, kos penyelenggaraan superbike dll).

kesimpulannya; hanya diri sendiri yang tahu cara dan Kaedah untuk manage keperluan personal loan bagii beli superbike. Jika ianya berbaloi, teruskan. Jika ianya berisiko, baik tak payah..

2. Pinjaman bank dgn cara ‘hire purchase’
Yang ni sama juga macam loan dengan bank. Haha biasanya kedai yang jual moto tu akan tolong urus. Rate interest/riba tu berbeza bergantung pada kedai dan bank kut. Kalau pandai, carilah yg offer riba terendah hehe..
Contohnya kalau nk beli er6 harga 35k (yang baru dan macam2 eksosori kedai bagi), kena bayar downpayment 10% = RM3500.
Biasanya buat loan macam ni 5 tahun je kut, kadar riba dia 5% setahun.
Jumlah kena bayar loan ni untuk 5 tahun ialah (lepas tolak downpayment, RM31,500 + 31,500 x 5% X 5 tahun = RM39,375).
So monthly kena bayar loan hire purchase ni adalah RM39,375 / 5 tahun / 12 bulan = RM656 sebulan.
 
3. Menabung dulu.

Ini lah kaedah yang terbaik hehe... kalau nak menabung, jangan simpan dalam bank. menabung lah dalam cara yang tidak susut nilai seperti hartanah, gold dan macam-macam lagi (korang mesti lebih arif). Pastu bila dah stabil, buleh la belii.. hehe... Apa-apa pon, memang kena menabung dulu.. itu adalah terbaik.
 
harap membantu hehe.
 
terima kasih.. nnt ada masa kawe share pengalaman lain plak.
 

Saturday, July 4, 2015

Munajat Diri

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa besar kami, dosa yang sengaja dan dosa yang tidak disengajakan kami, Ya Allah.

Ya Allah, kami berhimpun pada kali ini, untuk tujuan mengingati perintahMu, mentaati SuruhanMu, mencintai Nabi kami Muhammad SAW.

Ya Allah, balaslah cinta kami dengan balasan yang setimpal, agar nama kami dipanggil-panggil di akhirat kelak oleh junjungan Nabi kami Muhammad SAW.

Ya Allah, kami mengadu pada Mu ya Allah atas kepenatan dalam ketaatan kami kepada Mu, ya Allah, kami memohon mengadu pada Mu ya Allah, atas kesukaran dan kepayahan dalam perjalanan hidup kami ini ya Allah.

Atas setiap ujian yang kami lalui ini, pada siapa lagi kami hendak mengadu, melainkan kepada Mu ya Allah. Kami merintih dan mengadu pada Mu ya Allah, agar memustajabkan doa kami ya Allah.

Ya Allah, kami memohon kepada Mu sebagaimana permohonan Nabi kami Muhammad SAW. Ya Allah kami minta dijauhi sebagaimana yang Nabi kami minta dijauhkan, ya ALlah.

Ya Allah rahmatilah hidup kami.

Berkatkanlah rezeki kami, panjangkanlah umur kami dalam keredhaanMu.

Ya Allah izinkanlah mulut kami menyebut kalimahMu yang toyyibah; dimana penghujung usia kami, izinkan bibir kami menyebut Laaa ila ha illallah di saat kematian kami.

Tatkala terbujur kaku mayat kami ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami,

Saat kami dimandikan ya Allah, gugurkanlah dosa-dosa kami dengan air renjisan dari tubuh kami.

Tatkala mayat kami dikafankan kelak, putihkan amalan kami agar lebih putih dari kain kafan yang membalut jasad kami.

Dan jadikanlah anak kami yang paling solleh ya Allah, yang akan mengimamkan solat mayat kami ya Allah, anak cucu kami juga yang akan mengiringi jenazah kami ke liang lahad, Anak cucu kami juga yang akan mendoakan kami, ya Allah.

Tatkala mana sunyinya kubur kami ya Allah, jangan kamu sunyikan kubur kami dari doa-doa anak yang solleh untuk kami, ya Allah.

Tatkala bila kami berada di malam pertama di alam barzakh nanti, jadikanlah kubur kami diantara taman-taman syurga, jangan jadikan kubur kami sebahagian dari kawah-kawah neraka.

Ya Allah kami memohon, agar dibangkitkan kami kelak bersama para Nabi dan ambiya, dan para solehin. Tatkala kami dibangkitkan kelak, nama kami dipanggil-panggil dan disebut-sebut oleh NAbi kami Muhammad SAW.

Ya Allah, walau kami tak layak, walau kami tak sepadan, kami mengharapkan ihsan Mu agar mendekatkan diri kami kepada Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah, sewaktu melayangnya suratan amalan manusia nanti, terimakanlah suratan amalan kami pada sebelah tangan kanan, jangan biarkan diri kami menerima suratan amalan kami pada sebelah tangan kiri. Kami takut dan kami bimbang pada dosa-dosa kami.

Ya Allah, senangkanlah kami melalui titian sirat, masukkanlah kami ke dalam syurga firdausMu bersama para Nabi, Anmbia dan Sollehin.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami terhadap kedua ibu-bapa kami, khususnya dosa kami terhadap ibu kami.

Kami pernah bercakap kasar depan ibu kami,

Kami pernah meninggikan kata-kata kami di depannya,

Kami pernah mengguris hatinya,

Kami pernah mencalar perasaan ibu kami,

Kami pernah melihat air mata lesu mengalir dimatanya,

Kami tidak sengaja melukakan hati ibu kami,

Kami tahu ibu kami menyayangi kami ya Allah,

Sewaktu kami kecil, di pipi kami dicium bertalu-talu,

Ya Allah, sewaktu kami kesejukan pagi, ibu kami memeluk kami dengan kasih sayang,

Diwaktu kami dalam ketakutan, dalam kesakitan, ibu kami memberi kekuatan kepada kami,

Dikala kami demam, ibu kami turut demam bersama kami,

Diwaktu kami membesar, ibu kami berhutang keliling pinggang untuk membesarkan kami.

Ya Allah, kerana dosa-dosa ini menyebabkan hati kami menjadi keras?

Adakah kerana dosa-dosa ini menyebabkan anak-anak kami pula keras hati dan tidak mendengar nasihat kata bicara kami?

Adakah kerana dosa-dosa ini juga menyebabkan kami berpaling rahmat kepadaMu?

Adakah kerana dosa-dosa ini menyebabkan kami diuji dalam hidup kami?

Adakah kerana dosa-dosa ini ya Allah?

Ya Allah, seburuk-buruk kami, sekeji manapun kami, sebanyak manapon dosa kami ini ya Allah, sebesar manapun keaiban kami ini ya Allah, sejahat mana pun diri kami ini ya Allah,

Pandanglah kami dengan pandangan rahmatMu.

Pada siapa lagi kami hendak mengadu,

Pada siapa lagi kami hendak merintih doa ini, ya Allah,

Kecuali kepada Mu ya Allah, yang mampu memberi pertolongan ini ya Allah.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan