About Me

header ads

Bagaimana Memiliki Superbike

Alhamdulillah, Allah beri keizinan sedikit ruang dan peluang untuk menulis dalam ni. Kalau dilihat zaman sekarang begitu ramai pengguna superbike di atas jalan. Berikutan peningkatan pengguna superbike di atas jalan, maka tertubuhnya banyak persatuan superbike dari peringkat kampong, sampai la peringkat sebesar-besar Malaysia. Dari persatuan peringkat superbike yang kecik-kecik, sampai la persatuan superbike yang besau-besau.

Ok tak payah gebang lebih, straight to the point, bagaimana nak memiliki superbike? Kerja gaji tak banyak, tetapi nk juga beli superbike. kalau gaji besau, tentu takde masalah.. Berikut beberapa kaedah daripada pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang Berjaya memiliki superbike. Lain orang, lain cara:

Jom Subscribe chanel saya



1. Buat personal loan untuk tempoh maksimum.

Dulu bank offer personal loan sampai 20 tahun. Jadi komitmen monthly rendah walaupon hakikatnya total payment termasuk riba kepada bank lebih dua kali ganda pinjaman haha.. (sekarang rasanya bank offer maksima 1o tahun je personal loan) Tapi dah nak sangat pakai moto besau sanggup buat personal loan bank 20 tahun. Kalau jadi apa-apa kt superbike, rosak teruk dsb... hutang bank tak abis bayar lagi, tapi moto tu dah tak buleh pakai..

Tapi ada member ni... dia buat personal loan 20 tahun sebanyak 50K. Beli Kawasaki er6 dalam 30k second hand (dah tip top condition). Balance loan tu dia invest dalam investment yang beri pulangan besar setiap tahun (spt ASB, beli emas, unit trust dsb) dan tidak usik investment tu selagi tak abis bayar loan. Maksudnya dia buat personal loan 50k bukan bayar beli superbike semata-mata, tetapi ada juga buat investment (back-up) untuk long term. After 20 years, investment dia tu akan jadi may be 50K atau lebih jika guna teori compound interest calculator. Contoh initial investment = RM20k, interest ASB = 8% setahun, tempoh pelaburan tanpa keluarkan keuntungan = 20 tahun. So anggaran pelaburan yang dia dapat selepas 20 tahun ialah  (20k x 1.08^19 = RM86,314.00). Dengan andaian pinjam RM50k selama 20 tahun, bayar kat bank termasuk riba selama 20 tahun (contoh RM416 x 12bulan x 20tahun = RM99840).. Daripada dok bagi kat bank free sebanyak RM99840 sepanjang 20 tahun, at least selepas 20 tahun dapat return balik RM86,314 daripada pelaburan tadi. Ni sebagai contoh panduan je la.. orang lain mungkin ada cara lain dan lebih baik dari contoh ini.
Tapi ingat bila buat loan, pastikan jangan besar sangat sampai takda duit nk bayar utilities dan liability kita yang lain (seperti bil, makan, sumbangan kpd parents, sewa rumah, kos penyelenggaraan superbike dll).

kesimpulannya; hanya diri sendiri yang tahu cara dan Kaedah untuk manage keperluan personal loan bagii beli superbike. Jika ianya berbaloi, teruskan. Jika ianya berisiko, baik tak payah..

2. Pinjaman bank dgn cara ‘hire purchase’
Yang ni sama juga macam loan dengan bank. Haha biasanya kedai yang jual moto tu akan tolong urus. Rate interest/riba tu berbeza bergantung pada kedai dan bank kut. Kalau pandai, carilah yg offer riba terendah hehe..
Contohnya kalau nk beli er6 harga 35k (yang baru dan macam2 eksosori kedai bagi), kena bayar downpayment 10% = RM3500.
Biasanya buat loan macam ni 5 tahun je kut, kadar riba dia 5% setahun.
Jumlah kena bayar loan ni untuk 5 tahun ialah (lepas tolak downpayment, RM31,500 + 31,500 x 5% X 5 tahun = RM39,375).
So monthly kena bayar loan hire purchase ni adalah RM39,375 / 5 tahun / 12 bulan = RM656 sebulan.
3. Menabung dulu.

Ini lah kaedah yang terbaik hehe... kalau nak menabung, jangan simpan dalam bank. menabung lah dalam cara yang tidak susut nilai seperti hartanah, gold dan macam-macam lagi (korang mesti lebih arif). Pastu bila dah stabil, buleh la belii.. hehe... Apa-apa pon, memang kena menabung dulu.. itu adalah terbaik.
harap membantu hehe.
terima kasih.. nnt ada masa kawe share pengalaman lain plak.

Post a Comment

4 Comments

Kamil L said…
Dulu masa muda2 minat ngan moto besar camne...tapi skrg rasa cam tak larat dah nak naik moto besar, sebab berat sangat..hehhe... Apa kbr Cikgu? lama tak bertanya kbr. Selamat berpuasa dan selamat berhari raya Cikgu :)
Muallim Adham said…
skrg pon masih muda lagi saudara Kamil..

alhamdulillah, khabar baik, kita pe kabar? harap baik2 juga.. lama sungguh x update, rupnya bulan july lg msg ni tak terbalas..

masih bermain-main dengan hidupan akuatik ka?
Anonymous said…
nak pakai motor 650cc lepass ke dengan gaji permulaaan cikgu nk buat ulang alik dari ipoh ke jeli setiap hari
Muallim Adham said…
Saudara, banyak pilihan boleh dibuat, boleh beli 2nd hand harga lebih murah, tentunya komitmen lebih rendah....

selain komitmen bulanan (installmen), kena fikir juga mainternance dia... setiap 5000km atau setiap 10000km kena tukar minyak itam, kdg2 tayar juga perlu ditukar kerana botak..

untuk kehidupan bujang, rasanya cukup... tetapi ingat, kdg2 kita perlu juga fikirkan perancangan untuk bekerluarga masa hadapan (simpanan).

memakai superbike sebenarnya kadang2 boleh menjadi liabiliti, jika pandai merancang kewangan, tiada masalah.