Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, April 3, 2015

Rutin di SAKURA


 Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) merupakan SBP ketiga ditubuhkan di Sarawak selepas SAINSKU dan Sains Miri. SBP tidak hanya menekankan kualiti akademik semata-mata, malah memperoleh kecemerlangan kokurikulum, memiliki kemahiran komunikasi, kepimpinan yang mapan serta sahsiah yang unggul.
 
Muallim sebagai guru kelas bersama 1Einstein3/2014

 Ramai masyarakat di luar mempunyai persepsi yang salah terhadap pelajar SBP; dengan mengangap pelajar SBP hanya focus belajar, kelas tambahan untuk cemerlang dalam akademik semata-mata; dan mereka mengangap budak SBP ni skema macam buku teks. Semua persepsi ini adalah salah sama sekali.
Muallim bersama 2Curie2 sebagai guru Matematik bagi pelajar terpilih dalam TIMSS 2014
 

 Bagi merealisasikan matlamat kemenjadian murid SBP, beberapa rutin harian perlu diikuti oleh semua anak pelajar dalam SBP. Selain kelas akademik, mereka perlu juga ikuti kelas persediaan (Kelas Prep). Masa prep ni la masa untuk mereka menyusun waktu belajar sendiri sebaiknya untuk belajar dan menyiapkan kerja rumah. Peluang ini digunakan untuk mereka belajar mendisiplinkan diri sendiri bagi menyusun jadual mereka. Jika susunan jadual mereka baik, maka masa study mereka akan berkesan dan tak perlu lagi study sampai lewat malam. Di sini la kita  akan Nampak bakat anak-anak yang produktif; mereka perlukan masa sedikit sahaja untuk belajar tetapi produktif (study smart), berbanding dengan anak-anak yang berjam-jam study tetapi tak dapat apa (habuk pon xdak) kerana banyak masa tengok buku tanpa berfikir. Mana-mana pelajar yang produktif ini la akan Berjaya akademik dan soft skill yang lain.
 

 Selain itu, aktiviti kerohanian juga diutamakan. Di SBP pelajar akan didedahkan dengan solat berjemaah, program usrah, tadarus, tazkirah dsb. Sebahagian program in imenjadi rutin wajib, sebahagian pula menjadi aktiviti sampingan dan mengikut keperluan. Di sini lah anak pelajar SBP akan dilatih secara tidak langsung kepimpinan; untuk mengendalikan usrah, tazkirah, solat berjemaah. Sesetengah SBP mengendalikan sendiri solat Jumaat di dalam masjid sekolah seperti di SAKURA.
 
 Dengan rutin dan latihan sebegini, diharapkan mereka esok-esok bukan hanya Berjaya di dunia, malah Berjaya di akhirat. Dengan bahasa orang kampong; esok-esok bila Berjaya, jika ada dalam kalangan mereka menjadi jurutera, baik menjadi doctor, baik menjadi pegawai kanan, mereka juga nanti menjadi professional yang dapat memimpin masyarakat, menjadi professional yang dapat mengimamkan solat dsb. Dengan kata lain menjadi manusia Berjaya yang mempunyai "hati" dalam diri serta menyumbang kepada masyarakat; bukannya yang menjadi manusia Berjaya tetapi sombong dan orang lain tak buleh nak tumpang.
 
 
 Kalau setakat belajar sahaja, tak seronok. Maka masa bermain merupakan masa penting untuk anak-anak SBP. Sebab tu pentingnya kemudahan sukan seperti padang, gelanggang yang mencukupi untuk mereka. Maka kontraktor yang mendapat tender membina kemudahan sukan di sekolah terutama di SBP, jangan sekadar bina kemudahan sukan untuk dapat untung sahaja, bina la dengan "hati" agar orang yang menggunakan kemudahan ini tidak sakit hati. Pada weekend, macam-macam program diadakan oleh mereka seperti senam robik, futsal dsb.
 Di SBP terdapat beberapa sukan teras (wajib diadakan di SBP). Dia antaranya adalah ragbi, kriket, bola jarring, bola keranjang. Ini merupakan sukan tumpuan bagi semua SBP. Anak-anakk akan berlatih besungguh untuk memahirkan diri dalm sukan ni untuk mewakili sekolah dalam pertandingan sukan antara SBP dan juga kejohanan MSSM.
 Ni sebahagian daripada event yang disertai oleh anak2 SBP. Banyak lagi nak cerita, nanti kalau ada masa, kawe share lagi..
 
 
 
 

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan