About Me

header ads

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa-Guru Murid Edison & Galileo 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majlis Permuafakatan kali pertama 2015 melibatkan pelajar Edison (tingkatan 3) dan Galileo (Tingkatan 5) berakhir dengan jayanya. Pada majlis tersebut juga diadakan ikrar aku janji dalam kalangan pelajar Edison dan Galileo untuk terus berusaha dalam mencapai kecemerlangan akademik.
 
Ibu-bapa diberi peluang untuk berjumpa dan berbincang dengan kesemua guru yang mengajar anak-anak Edison dan Galileo bagi bertukar-tukar pendapat dalam mencapai kecemerlangan anak-anak.
 
Guru pula telah bersedia dengan TOV dan ETR setiap pelajar bagi setiap ujian yang akan diadakan pada tahun 2015.
 
Secara keseluruhan, program berjalan lancer dan ibu-bapa-guru mencapat banyak input dan idea yang berguna dalam mencapai matlamat kecemerlangan anak-anak.
 
Sila ke Fan Page Sekolah Menengah Sains Kuching Utara untuk lihat foto sekitar program.

Post a Comment

0 Comments