Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, November 7, 2014

Glyn

Berkesempatan main tennis dengan Saudara Glyn; kami mula berkenalan di Kapit pada 2009. Tennis menemukan kami. Tidak hairan dengan slogan "Tennis is Life".

Pada mulanya, kawe adalah pemain kategori cap ayam (biasa-biasa je). Sekarang pon masih cap ayam juga, tapi lebih baik daripada dahulu. Sangat beruntung di Kapit kerana berpeluang bermain dengan Tennis Kapit Team; tidak mengira siapa kita, latar belakang, asal usul. Janji komitmen untuk hadirkan diri bermain.

Dari situ, kawe mula datang awal (jam 3.45pm) selepas asar untuk bermain. Jame Ling secara sukarela memberi drill kepada kawe untuk mengukuhkan asas tennis sperti forehand, backhand, overhead, volley dan service. Selepas 2 bulan menjalani drill tersebut secara percuma daripada Jame Ling, akhirnya kawe mampu bermain dengan lebih baik dan diserap dalam Team Tennis Kapit untuk ke Interdivision Competition. Kami mula memenangi kejohanan tersebut secara Loser Pool.

Dari situ juga, Kapit dapat menghantar sebuah pasukan untuk kejohanan MAKSAK. Dan turut memenangin kejohanan secara looser pool.

Dengan kemudahan yang serba kekurangan (court masa tu buruk dan crack), dengan bilangan pemain yang terhad (semua pemain sudah 30an ke atas), semangat kesukanan yang tinggi menyebabkan Kami juga mampu bersaing di peringkat negeri.

Ribuan terima kasih dan penghargaan buat sahabat tennis di Kapit. Mereka adalah teman yang mencorakkan kehidupan kawe sepanjang berada di Kapit. Kredit untuk sahabat tennis; James LIng, Glyn, Ah Hai, Ah Hon, Max Wong, Patrick, Fitri, Kebeng, Leo, Joseph, Bari dan lain2...

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan