Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Wednesday, June 26, 2013

Beliau dikenali sebagai Apai di Kapit

Bismillaahirrahmaanirrahiim. "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." [Surah at-Taghabun:11] 

Tiada siapa menduga Tsunami hebat melanda pada 2006 meragut ribuan nyawa terutama di Sri Langka, Selatan India, Thailand, Malaysia dan Wilayah Islam Acheh. Ianya berlaku sekelip mata tanpa amaran telah menukarkan keselamatan kepada ketakutan, kaya kepada miskin, mengakibatkan anggota keluarga terpisah dan menukarkan hidup kepada mati. 

Ribuan mayat yang sungguh menyayat hati kelihatan bergelimpangan, cebisan kayu dari bot dan rumah kelihatan di segenap tempat. Mayat kanak-kanak tertimbus dengan lumpur, mayat bayi serta mayat yang bercerai anggota badan kelihatan dimana-mana. Cukup menginsafkan kita. Ini la tazkirah langsung dariNya. 

Siapa sangka, disebalik kejadian ini telah merungkaikan sebuah hati untuk menerima hidayah dariNya. Alhamdulillah melalui kekuasaan Allah, kesan dan pengajaran dari tsunami 2006 ini, beliau terpilih untuk menerima hidayah memeluk Islam. 
Beliau yang dimaksudkan ialah  Muhammad Anderson bin Abdullah atau dikenali sebagai Apai dalam kalangan rakan-rakan di Kapit. Nama asal Apai ialah Ajah anak Engga. Apai dilahirkan pada 20 Jan 1958 dan kini Apai sudah menjangkau usia 55 tahun. Apai bekerja sebagai juru ukur kayu degan syarikat pembalakan swasta di Sarawak. Dan kini beliau masih kuat bekerja. Anak-anak Apai semuanya sudah bekerja. Kini Apai dan isteri tinggal di Kapit.
Orangnya lemah lembut, mudah mesra dengan semua orang. Kini Apai sedang memohon untuk menunaikan haji bagi menggantikan kuota ibunya yang tidak lulus pemeriksaan kesihatan. Sudah lama Apai memohon untuk tunaikan ibdat haji sebagai tanda syukur beliau mendapat hidayah. mari kita mendoakan agar Apai dijemput olehNya untuk menunaikan Haji nanti. 

Apabila bersembang dengan Apai, beliau banyak bertanyakan soal agama. Apai tidak jemu dan tidak malu bertanya soal agama walau dengan sesiapa pon, tanpa mengira peringkat usia. Nasihat yang selalu keluar dari Apai ialah; "belajar lah. Rugi kalau kamu tidak belajar".

Semoga bermanfaat untuk dikongsikan dengan sahabat sekalian. Jika ada maklumat, kawe akan update kisah Apai dari semasa ke semasa. 

Wednesday, June 19, 2013

Cinta Al-Quran, Explore Masjid & Lan Riadah Kapit

Bismillah. Sudah lama kawe melihat iklan dan poster berkenaan Program Cinta Al-Quran, Explore Masjid dan Lan Riadah sebelum cuti sekolah 2 minggu pertengahan tahun. Tarikh tutup penyertaan 31 Mei menyebaan kawe rasa sudah terlewat untuk mendaftarkan diri. Sehinggalah sekembalinya ke Kapit selepas cuti Gawai, selepas solat Jumaat, meja-meja pendaftaran dibuka kembali bagi memenuhi kuota penyertaan. Buat julung kalinya, kawe berjaya menyertai Program inovasi JAIS berpusatkan masjid ini. 

Program Cinta Al-Quran mempertandingkan masing-masing 15 peserta Qari dan Qariah yang mengalunkan mana-mana surah pilihan secara tartil dan tarannum.  Manakala Pertandingan Explore Masjid pula yang bertujuan memperkenalkan peserta dengan masjid dan surau-surau utama di Kapit telah mendapat penyertaan tertinggi. Explore masjid merupakan penyertaan berpasangan memerlukan peserta mencari 8 check point yang berupa surau-surau dan masjid di daerah kapit bagi mendapatkan set soalan dan jawapan. Peserta dinilai berdasarkan ketepatan jawapan dan kepantasan menyelesaikan semua set soalan berbentuk fardu'ain dan pengetahuan am berkenaan check point. 
Selain itu, Program Lan Riadah memperuntukkan pertandingan berbentuk permainan kepada rakan jemaah iaitu Street Soccer, Dart, Karom, Catur, Congkak, dan Batu Seremban. Pada Kali ni, alhamdulillah kawe berjaya menyertai dengan jayanya beberapa pertandingan yang dianjurkan. 

Penyertaan remaja dan belia antara umur 15-40 sangat menggalakkan. Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur sebagai satu usaha untuk menarik warga Kapit mendekatkan diri dengan masjid. Walaupun ada kelemahan dari segi penghayatan peserta berkenaan roh berjemaah di masjid, namun sekurangnya dapat memeriahkan suasana masjid Kapit. Kadang-kadang kita terkilan, ada peserta tidak menghayati objektif program ini, sebaliknya untuk berebut hadiah pertandingan semata-mata. 

Anak muda pasti memerlukan hiburan berbentuk riadah. Maka seeloknya akviti harian seperti futsal, street soccer dan indoor game lain perlu diperkenalkan di Masjid agar memberi ruang anak remaja untuk lebih dekat dengan masjid. Sekurang-kurangnya dapat mereka berjemaah Asar di masjid sambil menunggu turn untuk bermain dan bersukan. Maka tidak akan berlaku nanti, anak muda hanya penuh di masjid ketika hanya ada program berbentuk pertandingan ini dan ada program makan-makan. 

Berikut adalah senarai pemenang bagi semua acara yang dipertandingkan: 

PERTANDINGAN CINTA AL-QURAN
  1. Johan (RM300 + Hamper): Aidil Khizir bin Amin Nordin (Qari) dan Siti Habsah binti Hossen (Qariah). 
  2. Naib Johan (RM200 + Hamper): Mohammad Fadzli bin Yassin (Qari) dan Norazlinda binti Ali (Qariah). 
  3.   Ketiga (RM100 + Hamper): Eswendy bin Krang Suut (Qari) dan Nursakinah Fitriah binti Mohd Sharif (Qariah). 
PERTANDNGAN EXPLORE MASJID:
  1. Johan (RM600 + Hamper): Kumpulan Budding Muja (Hadlisham & Norhisham). 
  2. Naib Johan (RM500 + Hamper): Kumpulan "Kami Mahu Pindah" (Norazlinda Ali & Nurul Asyikin)
  3. Ketiga (RM400 + Hamper): Kumpulan Mua'llim (Mohd Fadzli & Mohd Shafizam)
  4. Keempat (RM200 + Hamper): Kumpulan As-Syabab (Ahmad Adham & Adnan)
  5. Kelima (RM100 + Hamper): Kumpulan Mantap (Fairuz & Adi Syahlani)  
PERTANDINGAN CATUR:
  1. Johan (RM80 + Hamper): Ahmad Adham. 
  2. Naib Johan (RM60 + Hamper): Mohd Firdaus bin Mohd Shaufi. 
  3. Ketiga (RM40 + Hamper): Mohd Farid Zakaria.
  4. Keempat (RM20 + Hamper): Mohd Abdul Qayyum. 
PERTANDINGAN BATU SEREMBAN:
  1. Johan (RM80 + Hamper): Zainal Anuar bin Roslan. 
  2. Naib Johan (RM60 + Hamper): Nur Sakinah Fitriyah bt Mohd Sharif. 
  3. Ketiga (RM40 + Hamper): Nur Farhana binti Mohd Sharif.
  4. Keempat (RM20 + Hamper): Nawwar Azura binti Asrol. 
PERTANDINGAN CONGKAK:
  1. Johan (RM80 + Hamper): Siti Haja Mohd Ali. 
  2. Naib Johan (RM60 + Hamper): Norazlinda Ali. 
  3. Ketiga (RM40 + Hamper): Ika Danisha bt Mohd Ikmal.
  4. Keempat (RM20 + Hamper): Siti Amminah Rafa'ee. 
PERTANDINGAN STREET SOCCER:
  1. Johan (RM600 + Hamper): Kun Fayakun. 
  2. Naib Johan (RM480 + Hamper): Power Booster. 
  3. Ketiga (RM360 + Hamper): Bantei Jak.
  4. Keempat (RM240 + Hamper): Pejalai. 
PERTANDINGAN KAROM:
  1. Johan (RM160 + Hamper): Veteren. 
  2. Naib Johan (RM120 + Hamper): Joker. 
  3. Ketiga (RM80 + Hamper): Ingin Mencuba Lah.
  4. Keempat (RM40 + Hamper): Gandum. 
PERTANDINGAN DART:
  1. Johan (RM160 + Hamper): Ali & Marzuki. 
  2. Naib Johan (RM120 + Hamper): Ahmad Adham & Adnan. 
  3. Ketiga (RM80 + Hamper): Fitry & Eswendy.
  4. Keempat (RM40 + Hamper): Nurasyikin & Saniah. 




Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan