Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, March 10, 2013

Hala Tuju Ummah

Bismillah. Seringkali masyarakat menyambut kehadiran pendakwah dari jemaah tabligh dengan pandangan yang negatif. Ada yang begitu skeptis dengan penampilan mereka. Jika di kampung, terlihat sahaja rombongan jemaah melakukan ziarah, bertempiaran lari masyarakat seolah-olah harimau sedang menyerang mereka. Ini satu sikap yang tidak baik ditunjukkan oleh masyarakat kita. Tidak dinafikan, jemaah tabligh juga perlu memikirkan method yang lebih kontemporari bagi menarik masyarakat agar masyarakat tidak lagi melarikan diri.  

Pengalaman kawe menyertai jemaah tabligh ni semenjak belajar di peringkat matrikulasi lagi. Semasa "keluar" beberapa hari, kawe belajar budaya jemaah ini. Dari segi beberapa aspek ianya sangat bagus. Mungkin hikmah diperlukan dengan lebih menonjol berbanding dengan kaedah yang biasa dilakukan. 

Di kapit, kehadiran jemaah tabligh tidak pernah putus. Dalam setahun ada 2-3 rombongan yang hadir terdiri daripada jemaah keturunan Pakistan, India, Bangladesh dsb. Mereka dibantu oleh rakan jemaah yang sudah sedia bekerja di negara kita sekian lama dari aspek logistik dan komunikasi. 

Sangat terharu dengan kehadiran mereka dalam beberapa hari ini di Masjid Kapit. Sedang masyarakat memandang serong kehadiran mereka, mereka bertungkus lumus merangka program dalam keupayaan yang terbatas untuk menarik masyarakat sekeliling memenuhi masjid. Sepatutnya jemaah yang hadir ini, perlu dirai oleh kita. Tetapi sebaliknya berlaku, mereka yang menyumbang wang mengadakan jamuan nasi beriani ayam kepada jemaah tempatan. Terharu pon ada. 


Maka kami pon berkesempatan la merasa masakan ala timur tengah ni. Sedap tak terkira hehe. Memandangkan suasana panas malam tu, seorang jemaah mengunakan kertas kotak untuk mengipas jemaah yang sedang makan. MasyaAllah kawe rasa terharu sungguh. Pertama kali dalam hidup sedang makan, ada yang mengipas kami huhu. Disebabkan kebanyakan kami makan awal, jadi tak mampu lagi kami makan banyak. Sepinggan beriani tu hanya mampu dikongsi 2-4 orang sahaja. 
Kami sebagai guru terpanggil. Memang kena pada diri kami semasa sesi "fikir atas amal". Ya la kadang-kadang kita terlupa tujuan kita hidup ini. Kita terlupa kita bukan sahaja datang untuk mengajar. Dalam masa yang sama kita juga harus berfikir dan berusaha untuk ummah. Paling mudah sekali memenuhkan masjid. Bagaimana kita nak jadikan masjid kita ni sentiasa penuh dengan jemaah bagi solat lima waktu sebagaimana ramainya pada solat Jumaat. Sekadar buat ceramah, forum, debat yang ikut musim-musim tertentu, kemudian disusuli dengan makan-makan... ianya belum cukup selagi masjid kita tak penuh. Ini lah krisis umat yang paling dasyat sedang berlaku dlm ummah. 

Seandainya dengan mengadakan makan-makan selepas solat isya itu boleh dijadikan penarik kehadiran masyarakat, seeloknya kita cari dana dan peruntukan untuk melaksanakan. Yang penting mulakan dengan solat berjemaah disusuli tazkirah ringkas. InsyaAllah ianya mampu dicapai. 

Sebagai guru, juga sebagai suami dan ayah, kawe mula merasakan tanggungjawab ini. Marilah kita mulakan dengan keluarga kita. Pendidikan solat menjadi keutamaan. Ya mungkin kita katakan kita tak dapat memenuhi masjid kerana kita solat berjemaah dirumah bersama anak isteri. Namun luangkan la masa sekali sekala untuk berjemaah ke masjid. Kerana itu adalah juga tanggung jawab sosial kita. Kita dapat berkenal-kenalan. kekuatan ummah ini terbina dari masjid. 

Jika kita buat kerusi... kemudian kerusi yang kita buat itu rosak, kita boleh buang kerusi tersebut, tetapi kalau manusia telah rosak akhlak dan peribadinya, kita tak boleh buang di tepi jalan. Tetapi kena usaha untuk baiki dia. 

Dalam tempoh 10 tahun sahaja pendidikan Rasullullah di Madinah, ia telah melahirkan para sahabat yang cukup luar biasa hebatnya, penunduk ¾ dunia. Agak-agak apa rahsianya? Rahsianya ialah al-Quran menjadi dasar pendidikan. 

Sekarang kita tak nafikan banyak persatuan, NGO dan parti politik yang belabelkan Islam. Perjuangan yang tertulis adalah berasaskan Islam. Tetapi sukar sekali kejayaan muncul. Ya memang betul perjuangan bukan diukur dengan kejayaan sebagai NKRA nya, tetapi diukur dengan usaha kita. Namun masih ramai yang hanya berjuang melalui selogan. Tetapi bila masuk bab ilmu dan akhlak masing-masing tidak mahu berusaha untuk mendalaminya. Solat berjemaah juga sering ditinggalkannya. Jika beginilah hakikatnya keadaan ummah, maka method perjuangan selama ini mungkin hanya dipandang sinis oleh musuh. 

Ayuh mulakanlah dengan diri kita, keluarga kita dan orang yang terdekat dengan kita. Berusahalah untuk menjadi generasi al-Quran. Jangan sampai anak cicit kita menyalahkan kita kerana kita tidak memulakannya. Biarlah nilai epistemologi ilmu itu berkembang dalam generasi kita. Jika datuk kita adalah generasi pembaca Yaasin, biarlah si ayah berkembang menjadi generasi penghafaz Yaasin. Manakala si anak pula mula berkembang menjadi generasi penghafaz dan penterjemah Yaasin. Diikuti cucu sebagai pentafsir Yaasin yang lebih detail. Itulah perkembangan yang kita mahu melalui usaha kita dari sekarang. Kita tak nak datuk, ayah, anak serta cucu cicit hanya sebagai generasi pembaca Yaasin.

Wallahu'alam. 

4 comments:

Mohd Fareez said...

terbaik cg.

Muallim Adham said...

Alhamdulillah skadar kongsi idea

Anak Tumpat said...

salam tuan.. lama x dgr cerita.. masih di sarawak ke?

Muallim Adham said...

wslm tuan anak Tumpat, alhamdulillah. masih di kapit. anak isteri pon di kapit loni.. Allah x izinkn lgi kawe pindah hehe

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan