
Bismillah. Assalamualaikum. Cuti sekolah Mac 2012 kawe berkesempatan menziarahi sahabat kawe yg sakit secara tiba2 menyebabkan beliau terpaksa bercuti paniang. Kisahnya bermula apabila beliau mengalami demam & ruam. Apabila ke kelinik swasta, doktor memberikan sejenis ubat. Namun ubat yang diambil kenyebabkan ruam bertambah serius seolah2 kulit menjadi seperti melecur terbakar. Apabila dirujuk di hospital, doktor tidak dapat memastikan apa masalah daj diminta utk balik berehat. Beberapa hari oemudian sakitnya makin teruk. Kesan seperti melecur bertambah teruk sehingga kedua bibir mulutnya menebal dan melekat, matanya kemerahan. Kulit tangan dan kaki turut mengalami kesan seperti terbakar. Terasa gatal dan pedih di seluruh anggota badan. Tidak tahan dengan keadaan yangbsemakin teruk, beliau oe hospital swasta untuk berjumpa dgn pakar kulit serta merta. Doktor mengesahkan beliau terkena steven johnson syndrome.

Beliau bernasib baik kerana segera mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Kes ini terus dirujuk ke HUSM kubang kerian. Menurut doktor, sahabat kawe ni mengalami drug elergic. Mungkin ubat yang diambil tidak sesuai dgn badannya sehingga mengalami steven johnson syndrome (SJD). Beliau ditahan lebih seminggu dalam wad HUSM. Sepanjang raeatan, beliau diberhentikan pengambilan ubat. Doktor hanya menyunyik steroid selang beberapa jam utk mengawal gejala SJD. Akhirnya beliau dibenarkan pulang setelah melihat progress yang positif. Dan ini la keadaan kaki dan tangan beliau setelah pulang ke rumah.
Jika anda inginkan maklumat serta gambar2 terperinci, sila google "steven johnson syndrome" & pasti mengerunkan. Pengajaran yang perlu kita ambil ialah berhati2 la ketika mengambil ubat. Kadang2 kita perlu ambil tahu tentang sesuatu ubat. Kebiasaan di kelinik swasta, doktor akan mengenakan overtreatment ke atas patient (PT) iaitu terus memberi dos ubat yg kuat kpd PT agat PT dpt merasai kesannya dgn lebih cpt, berbanding di kelinik @ hospital kerajaan yang akan memberikan ubat kpd PT ikut prosedur dari dos rendah kpd dos yg makin tinggi. Ini mungkin nampak melecehkan kpd PT yg terpaksa berulang alik ke kelinik sehingga sembuh. Namun itu la yg trbaik dgn mengenakan ubat yg dos rendah dahulu baru lah kpd dos yg tinggi.