Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, October 16, 2012

Kaffarah Cinta Muallim


Bismillah. Assalamualaikum WBT. Beberapa minggu kawe gagahi juga untuk meluangkan masa menulis sesuatu. Otak kita jika tidak dipaksa, maka kurang lah daya juangnya untuk berfikir. Seminggu dua ni kawe bertugas di luar stesen apabila dilantik sebagai pengawas PMR 2012. Terkejut juga kerana tidak disangka nama kawe terpilih. Ini adalah kali kedua kawe mengawas PMR selepas SMK Balleh pada 2009 dan kali ni di SMK Song. Kesempatan ini digunakan untuk bertamu ziarah ke rumah sahabat guru di Song, Kapit, Sarawak. 

Setkembalinya di Kapit, berjumpa pula kawe dengan Pak Yusuf, merupakan "merbok" atau dikenali Tok Siak di masjid Kapit. Sambil duduk-duduk di tiang seri itu, Pak Yusuf datang kepada kawe. 

"Ustaz, cuti sudah dekat, bila pulang ya, ustaz?"

"Pak Yusuf, hehe saya ni bukannya ustaz. Saya guru akademik di sekolah je". 

"Ala.. hehe guru ka, cikgu ka, ustaz ka, sama je.. semuanya mengajar, kan. Hah bila ustaz pulang?" Pak yusuf yang berdarah Pakistan tidak mahu mengalah. Terus menerus menyerang kawe dalam lorat bahasa Urdu. Memang begini lah kebiasaan Pak Yusuf dengan jemaah masjid Kapit. 

"Ya insyaAllah pada Hari Raya Haji nanti saya pulang Semenanjung. Pak Yusuf ke mana nanti?"

"Saya mahu ke mana lagi, sini juga la saya diam." sambil tergelak-gelak bahasa Iban turut digunakan dengan lorat Urdu masih terselit. 

"InsyaAllah Aidil Adha di Kapit tahun ni meriah. Ramai guru masih di Kapit pada hari tu nanti. Cuti Sekolah akan bermula seminggu selepas Aidil Adha". 

"Ya, Ustaz tidak minta pindah ka?" 

"Hehe tentu saya minta. Sudah lebih 4 tahun saya di Kapit ni. Rasanya sudah cukup pengalaman untuk saya bawa pulang". 

"Tapi ustaz.. bila pulang ke semenanjung, tentu rugi kan. Pendapatan tentu terjejas. Banyak juga elaun yang ustaz akan hilang nanti". 

"Aok. Nadai ngawa hehe. Duit boleh dicari. Masa bersama keluarga itu lebih bermakna. Tidak kisah itu semua, yang penting anak isteri depan mata". 

"Ya ya betul juga tu. InsyaAllah dapat la tu pindah. Kesian juga tengok cikgu-cikgu lain, sebulan sekali balik semenanjung untuk jumpa keluarga. Tambang "belon" sudah tentu 3-4 ratus. Itu tak termasuk ekpres, teksi dan hotel. Elaun besar pon tak de guna kan, ustaz? Habis begitu je". 

"Ya, Pak Yusuf. Begitu la. Itu semua ujian sementara bagi mendidik pasangan suami isteri yang berjauhan. Didikan lansung dari Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran ujian cinta sebenar antara suami isteri". 

"Appuuu ustaz ni romantik juga ya. Ya la saya pon banyak dengar cerita tidak bagus. Itu ramai yang jauh tidak dapat tahan, sampai bercerai. Ada yang curang dan sebagainya. Nauzubillah". 

"Kita doakan semoga hati-hati suami isteri yang berjauhan ini dikukuhkan dengan ikatan iman. InsyaAllah dengan iman, walau berjauhan, pasti tetap kuat. Saling mempercayai, saling menyayangi. Tidak dinafikan, ada sahaja ruang syaitan yang menyuntikkan jarum berbisa melalui manusia yang lemah imannya untuk cuba meruntuhkan masjid ini. Tapi kita kena sentiasa muhasabah diri. Sentiasa menjaga. InsyaAllah pasti selamat". 

"Aok.. itu lah ujian Allah. Dia nak bagi hadiah kepada hambaNya kan nanti, ustaz". 

"Itu lah yang dikatakan Kaffarah Cinta suami isteri yang berjauhan. Mungkin dengan ujian sebegini adalah sebagai satu kaedah penebus dosa pasangan suami isteri yang sering lalai untuk mengingati Pencipta. Dengan ujian ini menjadikan pasangan ini lebih mengingati Allah, mungkin. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang baik kepada pasangan suami isteri yang diuji ini. Ganjaran dari ketenangan hidup, ganjaran dari kurniaan anak yang Solleh dan sebagainya. Dimana ganjaran yang tidak kita nampak dari segi material" 

"Ya ya saya setuju tu, ustaz". 

"Ya tadi Pak Yusuf kata jika balik semenanjung, pendapatan akan berkurang selepas pemotongan elaun, kan. Itu tidak ada masalah, jika Allah menjanjikan rezeki, ada la tu nanti. Paling tidak pon, Allah akan anugerahkan kecukupan yang tidak sampai untuk kita meminta-minta dengan orang lain". 

"Hehe ya tu betul ustaz. Ok la sudah masuk waktu Isya ni. Bilal tidak hadir pulak hari ni. Saya minta diri dulu ya, ustaz". 

Sedikit perbualan yang bermakna untuk dikongsikan buat sahabat senasib. InsyaAllah keputusan perpindahan guru antara negeri akan diumumkan pada 21 Oktober 2012 ni. Semoga kita menerima berita yang menggembirakan semua pihak. wslm. 

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan