Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, April 16, 2012

Safari Rakit Balleh-Kapit 2012

Bismillah. Pada 06-07 April 2012 sekali lagi kawe berkesempatan untuk mengikuti acara tahunan di Kapit iaitu Safari Rakit Balleh-Kapit 2012. Seperti biasa acara yang dipertandingkan adalah pertandingan berakit, kayak dan power boat. Bezanya tahun ni kawe tidak berkesempatan untuk menyertai pertandingan tersebut kerana urusan pentadbiran latihan tempatan Kompeni C Rej 510. Pada tarikh yang sama juga dibuka satu kaunter pengambilan anggota Askar Wataniah yang baru. Sambutan amat menggalakkan diterima dari pelbagai lapisan masyarakat. Syabas diucapkan kepada team promosi yang turut dibantu oleh rakan dari Sibu.
Dikesempatan ini juga kawe ingin mengucapkan tahniah buat Pasukan Berakit Team Rej 510 yang buat julung kalinya menyertai pertandingan berakit dari Balleh-Kapit. Penyertaan pertaa ini sungguh membanggakan Rejimen kerana berjaya mendapat tempat ke3 keseluruhan. Tahniah dan syabas diucapkan.

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan