Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, April 24, 2012

Prog Jiwa Murni Rh Ganya 2012


Pasukan Kompeni C bergambar kenangan bersama YB Parlimen Kapit
 Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 22 April 2012 sekali lagi kawe berkesempatan menyertai aktiviti khidmad sosial yang pertama buat tahun ni. Program Jiwa Murni Kompeni C, BN1, Rejimen 510 AW merupakan aktiviti bersama Program Gerak Kerja Kemas P.215 Kapit di Rh Ganya, Ng Amang. Ianya melibatkan hampir 40 anggota Kompeni C, BN1 Rej 510 temasuk pegawai dan warga KEMAS Kapit. 
YB bersalaman dengan angota Kompeni C Rej 510
 Aktiviti bermula dengan sesi ceramai yang disampaikan oleh Penyelia kanan KEMAS P.215 Kapit. Kemudian selepas makan pagi, semua anggota tentera sukarela dan KEMAS melakukan kerja amal mengikut bidang tugas masing-masing. Kerja amal yang dilakukan termasuk memotong rumput, menyelia kolam air, menyelia sistem perpaipan, membina dinding batu rumah dsb. 
YB melawat salah satu pintu di Rh Gunya 
Secara keseluruhan aktiviti berjalan lancar. Kawe rasa seronok menjalankan tugas amal di sini. Terima kasih juga diucapkan kepada YB Parlimen Kapit yang menyediakan dana untuk kami melakukan aktiviti amal ni. Sebagai pertubuhan yang tidak bermatlamatkan keuntungan, Rej 510 bersedia membantu. Terima kasih juga buat warga Rh Ganya yang sangat peramah, layanan yang diberikan terbaik. sangat terharu dengan kalian semua yang mudah mesra. Terima kasih juga buat warga KEMAS P.215 yang menyediakan juadah makanan buat kawe (makanan halal) yang sungguh enak terutamanya masakan ikan sultan ala2 pansuh. 

No comments:

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan