Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, April 17, 2012

Bila anda ingin memiliki superbike

Semasa kawe ride KL-Gemas 2010

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua bulan sudah berlalu, motosikal z1000 kawe sudah pun terjual atas beberapa faktor. Ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk menggunakan motosikal kuasa tinggi. Elok kita sama bincangkan, mungkin boleh dijadikan panduan buat semua sahabat. Beberapa bulan lepas, kawe mendengar sembang2 sahabat di kedai kopi di Kapit, tempat kawe bertugas. Daripada sembang2 tersebut terdengar rakan guru di Kapit ingin membeli kawasaki er6-n untuk digunakan di Kapit. Isu ini turut dibincangkan oleh kami dan perlu difikirkan baik-buruk penggunaan motosikal kuasa tinggi di Kapit. Pendapat dan nasihat ini bukan apa, hanya untuk kebaikan kita semua.
Singgah di Kuala Kangsar: Jumpa Nasri di depan Bis School, MCKK (Asrama kawe masa belajar dulu)

Kawe membuat keputusan menjual z1000 pon disebabkan faktor tertentu. Memang sayang sungguh motosikal ni. Apakan daya, kawe jauh di Kapit, Motosikal plak di Kelantan, jarang2 balik menyebabkan motosikal tersadai. Setiap tahun perlu bayar insuran dan roadtax yang agak tinggi. Bila motosikal tak digunakan, ianya agak tidak berbaloi dengan pembayaran insuran dan roadtax hampir RM1500 setahun. Bila tak digunakan, banyak juga la masalahnya. Dari segi enjen, minyak, litar elektronik, bateri dsb semua serba sedikit akan terjejas. Seolah kita menyara benda yang tidak berfaedah. Oleh tu kawe buat keputusan untuk menjual sahaja dan insyaAllah akan beli jenis motosikal baru sebaik sahaja dapat berpindah ke semenanjung.
Abons pada hari pertama membeli Kawasaki er6n dia. Masa ni darat lagi

Ada orang kata, mengapa tidak sahaja dibawa ke Kapit. Boleh selalu digunakan untuk berulang alik. Ermmm yang ni mungkin boleh dijadikan panduan buat sahabat yang tadi katanya ingin memakai motosikal kuasa tinggi di Kapit. Mengapa tidak sahaja menggunakan mosikal kuasa tinggi di Kapit? Banyak masalahnya bro. Pertama adalah masalah jalan. Kapit mana ada jalan raya. Kalau ada pon jumlahnya x sampai pon 30km. Bila nk speed motosikal, tak sempat nk masuk gear 4, dah kena drop gear balik (sebab tak cukup jarak nk speed). So apa faedah bawa superbike kalau stakat 50kmh ja. Enjinnya nanti akan terjejas untuk jangka masa panjang (Ibarat anda bawa motosikal ex5 sejauh 2km hanya dengan gear 2 sepanjang perjalanan).
Kawasaki VN900 custom; suatu masa nanti, kawe insyaAllah akan beralih ke arah ini pulak.

Faktor kedua pula adalah masalah service dan maintenance. Untuk motosikal z1000 memiliki 4 selinder maka memerlukan 4 liter minyak enjen (4T). Berbanding er6n hanya 2 selinder memerlukan hanya 2 liter 4T. Biasanya kawe akan menggunakan 4T Motul yang dijual dengan harga dalam rate RM50/liter bagi full sintetik. Jika motosikal jenis plastik macam Z1000 dan er6n ni seeloknya pakai full sintetik untuk penjagaan enjin bagi jangka masa panjang. Maka kawe perlu membayar dalam RM2++.00 termasuk dengan filter (ini la beza superbike dengan mosikal biasa; superbike adalah 500cc ke atas dan perlu tukar filter seperti kereta perlu tukar filter apabila tukar minyak enjen). Itu di semenanjung. Jika di Kapit masalahnya nak maintenance kat mana? Takkan nak post superbike dengan kapal ke Sibu semata2 hanya nak tukar minyak enjen. Jika boleh dibuat di Kapit pon (tentu kos berlipat ganda), kedai2 motosikal di kapit tiada kepakaran untuk kendalikannya. So cop rekod service pada motosikal tidak valid dan jika berlaku apa2 insiden, insuran mungkin tidak cover kerana motosikal tiada rekod penyeliaan yang sah oleh pakar.
Kawasaki versys; Ada juga plan nk pakai ni. sdg pertimbangkan.

Sebenarnya banyak lagi masalahnya bila pakai motosikal kuasa tinggi tidak kena pada tempatnya. Kita perlu ukur baju di badan sendiri. Bukan maksud kawe nak pertikaikan dari segi kemampuan masing2.. InsyaAllah sesiapa yang ingin memiliki superbike ada kemampuan dan badget tersendiri, tetapi maksud kawe kesesuaian tempat kita menunggang superbike. Sememangnya menunggang superbike membawa kelainan kepada kita. Sangat pantas, lebih2 lagi bila kita nak cepat ke destinasi dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.

17 comments:

Anonymous said...

salam.. kawan baru kena transfer ke kelantan dari perlis. dah staun dok sini. rasa tensen sgt2 sebab jalan kelantan teruk, tak macam tempat lain, lubang sana sini. tampal pun macam tak ikhlas. jalan taman lagi la, berselerak, tak teratur. rasanya tak jauh beza dengan kapit tpt saudara skrg. kawan pakai cbr1000rr, kt perlis rasa heaven sbb tiap minggu blh ride dengan gembira dan selamat sbb jln cantik. tp mcm ckp saudara, baru masuk gear 3 dah kena drop gear, ye la kondisi jln teruk sgt2 kt cni. tu jeluahan hati kawan. tq

Muallim Adham said...

wslm.

ya tuan terima kasih atas pendapat ni. memang betul apa yang diperkatakan. byk pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Ya di kelantan bukannya kawasan sesuai utk test speed motosikal. utk bersantai buleh la heheh. dalam kelantan pon saya pernah ride paling laju 150kmj je. tak berani lebih atas faktor keadaan jalan.

walaubagaimanapun, tahniah.

teruskan ride.

Nazirul Mubin Ahmad Taufik said...

Kawe nih ajat nk bli kawasaki 250cc, nk bli semata2 nk pegi kelas yg jaraknye dlam 5km.. ade jgak rase brsalah nk bli superbike tuu tpi bile pkir3 balik sbb blaja tnggal 2 tahun ag so bleh dh nk apply keje so xyah pening2 nk bli kete or moto utk masa akn dtg, slain itu moto trsebut saye ingt nk buat g jalan2 pade ujung mnggu dan mmndangkn ujung mnggu saye sentiase sibok dgn aktiviti luar.. bayaran bulan adalah rm355 selama 8 tahun, sye mrancang ingin mmbayar duit pnjaman dgn harge rm200 dan rm150 ag dri ibu saya yg mahu sponsor. Adakah berbaloi dgn perancangan saye nih ??? Satu lgi, saye mndapat elaun rm630 slama sebulan selama 3 tahun. Duit tersebut saye mmpu berjimat mmandangkn duit mkan sye xperu risau sbb jarak rumah yg dekat. Minx penerangan yee =) pelajar unikl bmi

Nazirul Mubin Ahmad Taufik said...

Kawe nih ajat nk bli kawasaki 250cc, nk bli semata2 nk pegi kelas yg jaraknye dlam 5km.. ade jgak rase brsalah nk bli superbike tuu tpi bile pkir3 balik sbb blaja tnggal 2 tahun ag so bleh dh nk apply keje so xyah pening2 nk bli kete or moto utk masa akn dtg, slain itu moto trsebut saye ingt nk buat g jalan2 pade ujung mnggu dan mmndangkn ujung mnggu saye sentiase sibok dgn aktiviti luar.. bayaran bulan adalah rm355 selama 8 tahun, sye mrancang ingin mmbayar duit pnjaman dgn harge rm200 dan rm150 ag dri ibu saya yg mahu sponsor. Adakah berbaloi dgn perancangan saye nih ??? Satu lgi, saye mndapat elaun rm630 slama sebulan selama 3 tahun. Duit tersebut saye mmpu berjimat mmandangkn duit mkan sye xperu risau sbb jarak rumah yg dekat. Minx penerangan yee =) pelajar unikl bmi

Muallim Adham said...

Slm bro.. Nk amek kawasaki 250 baru ka? Bagi ambe, alang2 amek la er6n terus... Amek 2nd hand er6n pon xpa dh sesuai utk bg beginner. Sbb kawasaki 250 tu bukan kategori superbike. FYI, superbike adalah jentera 500cc ke atas. Dan kita perlu lesen B full utk menunggang superbike di atas jln raya. Sbb dr segi power, mmg jauh beza 250 dgn 650cc. Sbb er6 second hand dh hamper sama harga dgn kawasaki 250 baru. Apa yg penging kena byk servey..

Namun, lain org, lain pendapat di.. Mungkin anda bukeh tanya otai2 lain.. Kawe pon tdk la otai sgt...

Semoga membantu..
Wslm

Muallim Adham said...

As time goes bye... Hehe kapit akhirnya akan ada jalan menghubungkan kapit dgn kanowit sibu; insyaAllah. So sekarang rasanya penggunaan superbike akan lebih berbaloi d kapit. Ditambah pula kawe perhatikan sudah ada penawarsn service superbike di sna.. Tahniah.

Naif Ilmam said...

Assalamualaikum,abg nk tnyo..pasal nk amik bike,contohnya brapa jumlah gaji yg sesuai nk amik yamaha r1 2nd thun 05-06 dgn harga rm48k..?n byk x habis kalo pkai R1?

Muallim Adham said...

slm brother naif.. sorry baru ada masa nk buka dan reply coment dlm blog..

susah nk cakap, sbab superbike ni adalah kehendak, ia bukannya keperluan. prlu buat bdget planning dulu, kena kira keperluan asas yang kita perlu tanggung dulu (makan, pakaian, rumah, aset, cash saving, haji, parents, donation dsb), baru la sesuai utk fikirkan superbike.

byk perkara perlu dipertimbangkan;
1) harga superbike
2) roadtax dan insuran setahun sekali (mcm kereta juga la, silap hr bulan mahal dai kereta)
3) maintainance: minyak engine (setiap 5000km- biasanya kerap juga tukar myk hitam, dsb bergantung pada jenis myk), tayar pon kena jaga, biasa nya cepat botak sbb lama riding kan... lain-lain spt spoket, break dsb..

andaikata keperluan asas sudah tertunai, maka buleh la penuhkan "kehendak" dalam membeli superbike...

secara peribadi, semasa bujang dulu, memang saya mampu untuk memiliki superbike.. semasa hendak kahwin dulu, byk berbincang dgn wife, perbelanjaan, byk perbelanjaan tidak terjangka, maka buat keputusan jual superbike dan beli kereta. skrg bila dh ada anak, tambah wife behenti kerja, maka ianya berbaloi saya jual superbike dan terpaksa penuhkan keperluan asas dulu..

harap membantu saudara..

baharin bahsiran said...

Assalammualaikum . ..tuan sy ada nk jual er6f thn 2014...free accident . ..rm29k je..bln 11 cukup sethn...bz xde masa nk ride....0139618501

Muallim Adham said...

wslm.. silakan. saya tolong iklan di sini

Aidil Zikri said...

Salam bang...nk tnye brape kos untuk service z800??adakah perlu sevice 1bulan sekali ??

Muallim Adham said...

wslm.. macam kereta... tgk jenis minyak kita guna.. ada 3 bulan/mileage (yg mana dahulu)...

Aidil Zikri said...

Agak2 brape ribu mileage ye ?

Muallim Adham said...

bergantung pada jenis minyak.. ada 5k, ada 7k dan ada 10k....

Anonymous said...

assalam bro..

berhajat nak memiliki vulcan s..untuk ke ofis di KL..hari2 aku dok tengok payah nak nampak atas jalan org naik superbike ke opis..

tak sesuai ker motor besar pakai ke opis..atau pi ambik antar anak skolah..

mohon pendapat bro..

Muallim Adham said...

slm..

Aidil Zikri,
mungkin jawapan pasal minyak enjen tidak memenuhi pertanyaan saudara. baik, saya bagi contoh. Dulu saya pakai kawasaki z1000, minyak enjen kapasiti 4 litre. Masa tu tahun 2009-2011 saya guna minyak enjen brand Motul harga rm50/litre. So darab 4 litre = RM200 (minyak enjen utk 4 litre). Then tambah dgn filtre (RM30-50) bergantung pada jenis dan kedai. So total cost service dlm RM230-250 gtu la. untuk jarak 5000km atau 7000km/ (3 bulan).

Jika pakai kawasaki er6n atau mana2 kawasaki 650cc, kapasiti minyak enjen nya adalah 2 litre. So hanya bayar minyak enjen yg sama untuk 2 litre je la + filtre.. so cost untuk tukar minyak enjen bago kawasaki 650cc RM 130-150 kut.

Muallim Adham said...

bro,
untuk beli vulcan s, enjennya 650cc, prestasinya sama dgn er6n. tp dalam bentuk easyrider.

Bagi saya untuk berulang buat kerja, ok juga atas highway. Kalau dalam selangor, motor kapcai perlu lalu ikut lorong motosikal, tapi bagi superbike boleh menggunakan lebuh raya.

Ada saya perhatikan, ramai juga yang berulang alik dari tempat kerja menggunakan motosikal jenis versys dan er6 di sekitar KL. Namun bila hadapi jem, itu yang buatkan spoil ckit, sebab laluan banyak terganggu dengan kebanjiran penunggang lain serba sedikit menyebabkan aliran trafik slow. Mungkin sebab vulcan s masih baru, belum banyak lagi digunakan oleh penunggang. sedikit masa lagi, mungkin akan berlaku peningkatan pengguna vulcan s di atas jalan raya.

untuk berulang alik dengan vulcan s, rasanya xda masalah, ok je bila tidak terlalu jem dan cuaca panas. kalau hujan pon, saudara buleh bersedia dengan water proof suit. cuma kena mahir melalui selok belok keadaan jalan jem, takut terlanggar side mirror kereta lain.

tq

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan