Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, March 5, 2012

Perginya sahabatku Ashraf Ab Manaf

Biwmillah. Pada malam 5 Mac 2012 kawe dikejutkan dengan berita menyedihkan. Sahabat guru yang sama mengajar di Kapit mendapat paggilan dari Ust Sharif bahawa Ashraf sudah tiada dalam anggaran jam 2000. Untuk mengesahkan berita tersebut kawe terus membuat panggilan kepada keluarga beliau dan abg Ashraf telah mengesahkannya. Al-Fatihah kusedekahkan buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucur rahmat.
Teringat kembali tibanya Ashraf di kapit 2 tahun lepas. Kehadiran beliau ke dalam rumah sewa membawa wajah baru kehidupan kami serumah. Sikap beliau yg ramah, mudah mesra dan ceria menyebabkan kami tidak sunyi. Banyak aktiviti yg kami anjutkan turut disertai ashraf.
Sepanjang masa di kapit Ashtaf sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti program jiwa murni membabitkan PROSTAR SMK Selirik. Ashraf juga turut mengaktifkan diri dengan menyertai program kemasyarakatan yg dianjurkan rakan2 guru Kapit dan Pasukan Askar Wataniah Kapit.
Selain itu, Ashraf juga banyak memperkenalkan Kapit kepada masyarakat luar. Pengalaman sebagai wartawan digunakan utk mempromosikan Kapit ke dalam akhbar dan majalah2 seperti keadaan budaya masyarakat Kapit.


Saya mewakili rakan2 seperjuangan di Kapit mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

4 comments:

CIKGU MOHD SABLI BIN HJ BADI said...

BUAT SAHABAT DAN TEMAN PENDIDIK ASHRAF AB MANAF........
Al-Fatihah.
Takziah buat keluarga rakan yang disayangi ini.... kehilangan mu tidak dapat disamakan dengan kehilangan sebutir berlian. Jasamu sebagai seorang Pendidik di sini akan kami hargai sampai bila-bila . Aku masih teringat suatu ketika dirimu bertandang menjenguk aku memohon untuk membuat temubual murid-murid Tahun 1 yg tinggal di asrama. Aku tahu niatmu suci dan membolehkan masyarakat menyelami kisah hidup murid pedalaman namun batas Hiraki perkhidmatan kita tidak membolehkan aku menunaikan niat sucimu.. MAAFKAN aku sahabat. Meskipun tidak seakrab rakan sejati namun dirimu adalah berlian dan permata di dalam Pendidikan di Kapit khasnya... Doa dan Al-Fatihah ku kirim buat mu di kala aku masih bernafas wahai sahabatku.... Selamat tinggal sahabat dan kami berjanji akan meneruskan perjuangan mu yang belum selesai di muka bumi ini iaitu Mendidik dan terus mendidik ...membela anak bangsa tak kira, bangsa, kaum dan fahaman agama...
Sekali lagi ...SELAMAT TINGGAL SAHABAT.

Abiey69 said...

apa sakinya... al-fatihah untuk keluarganya

Muallim Adham said...

Slm alaik.

Bismillah. Terharu dgn ulasan cikgu Sabli. Begitu la hati nurani kami sbg pendidik bumi kenyalang.. tak terluah. Moga semangat perjuangan ashraf akan yerus mengalir dlm diti semua pendidik d cini..

Ust zahari,
Slm alaik.. act ambo x sure sakit apa. Mungkin jangkitan kuman air.. wallahu alam

hafez j malim said...

moga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. al-fatihah.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan