Assalamualaikum..
Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.
Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sg Yong, Kapit Sarawak. Pada 18 Feb 2012 Program Jiwa Murni (Community service) yang di anjurkan oleh persatuan MAPATES SMK Selirik di Rh Manok Manchal merupakan satu program kemasyarakatan yang melibatkan para pelajar, guru dan staf SMK Selirik serta kerjasama dari Alumni UiTM Dayak Graduate Association (UDGA). Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk menunjukkan potensi diri dan memperbaiki tahap disiplin diri serta merangsang minda pelajar dalam membina matlamat dan mencari jalan menuju kejayaan.selain itu juga progran yang di anjurkan ini juga mendedahkan para pelajar dengan cabaran-cabaran kehidupan pada masa sekarang serta secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar-guru-ibubapa dan mencapai sasaran disiplin sifar. Antara aktiviti program yang di lakukan adalah seperti aktiviti gotong - royong membersihkan kawasan Rh Manok Manchal. Selain itu aktiviti menanam pokok-pokok bunga di sekitar kawasan Rh Manok Manchal juga dilakukan.Ini bertujuan menerapkan rasa kecintaan para pelajar dan masyarakat akan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan disamping mengindahkan lagi kawasan tersebut.
0 comments:
Post a Comment