Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, April 25, 2011

Apakah negara kleptokratis?

Bismillah. Salam buat sahabat. Artikel kali ni agak ilmiah. Namun bagus untuk kita baca untuk meluaskan pengetahuan kita.

Mungkin besar peratusannya Negara kita sudah menjengah ke tahap negara kleptokratis sebagaimana ungkapan yang ditulisan oleh Prof Madya Dr Syed Farid Alatas sebagai pengantar buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi karya Syed Hussain Alatas. Istilah kleptokratis dipopularkan oleh Stanislav Andreski (1970) dalam menghurai ciri-ciri negara yang sarat dengan aktiviti dan budaya hidup rasuah serta nepotisme.

Antara yang jelas bagi sesebuah negara kleptokratis adalah sebarang pertolongan dan bantuan diasaskan atas nama wang, ganjaran dan hadiah. Malah sebenarnya negara tersebut bukan menjunjung aspirasi dan tradisi perintah demokrasi, sebaliknya segala sudut dan sendi masyarakat digenggam oleh sekelompok oligarkis baik daripada peringkat kabinet, legeislatif, pendidikan, hiburan dan sukan. Malah komuniti kampung seumpama JKKK pun mampu dihinggapi oleh wabak oligarki. Ada banyak kampung di negara ini yang tidak membawa cara tadbir demokrasi sebaliknya keputusan dan pekuang ditentukan oleh kelompok oligarki yang bermaharajalela walaupun hanya di peringkat kampung.

Apa maknanya oligarki dalam sesebuah negara? Negara atau masyarakat yang sarat dengan budaya oligarki akan dikuasai oleh segelintir kleptokrat egoistik yang elit, berharta, berpengaruh serta sentiasa mengambil kesempatan atas pihak yang lemah.

Secara umum rasuah di negara ini boleh diketogarikan sebagai rasuah egoistik dan rasuah solidaristik. Rasuah egoistik banyak menjangkiti para pemodal, golongan kaya, produser, ahli korperat yang memperkudakan golongan politik, pemimpin dan perlaksana seumpama jurutera, arkitek mahupun guru dan doktor. Manakala rasuah solidaristik cukup banyak mengasai para menteri, ahli parlimen amlah sehingga ke peringkat ketua kampung yang membantu sanak saudara melalui pintu belakang atas nama membantu keluarga, membantu bangsa atau lebih jelek melegitimasikan rasuah atas nama bumiputera.

Budaya pentadbiran dan kehidupan di malaysia kini cukup menyuburkan budaya rasuah defensif di mana rakyat, ahli perniagaan, kontraktor mahupun artis terpaksa menyediakan sogokan untuk menerima habuan tender, projek, peluang untuk ke hadapan. Ia berasal dari gejala rasuah pemerasan extortive corruption yang diamalkan oleh para oligarki. Oligarki ini tidak mengenal apa itu demokrasi, pengagihan kekayaan dan kesaksamaan peluang sesama rakyat. Yang ada di fikiran mereka adalah bagaimana mengaut keuntungan ke atas bakat dan upaya pihak lain dengan menapis (mark up) wang dan ganjaran sebelum meluluskan peluang kepada pihak yang diperas. Kaibatnya golongan berbakat, golongan peniaga dan sebagainya terpaksa menyuburkan budaya rasuah defensi untuk hidup di muka bumi ini. Bukankah ia tetap rasuah?

Rasulullah bersabda; “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah). Di Malaysia masih ramai para Haji dan Hajjah yang ingin mengaut projek tertentu memulai projek dengan merasuah dahulu semata-mata untuk medapat perhatian dato’ dato’ tertentu walauapun projek tersebut melakukan pekerjaan halal seperti projek menyediakan makanan dan sebagainya.

Akhbar Sinaar Harian 18 April 2011 mungkin melakukan kelainan kerana memaparkan satu temubual dengan beberapa artis Malaysia berkenaan rasuah dan sogokan yang berlaku di kalangan artis, produser dan pengarah. Datuk Aziz satar yang berpengalaman luas mengakui gejala rasuah berlaku dalam dunia artis dan hiburan. Pekaon Abby Abadi pula mengaakui pernah mendengar desas desus adanya artis wanita menjual tubuh untuk mendapat peluang berlakon, menerbit album dan sebagainya. Manakala jawapan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia, Mat London mungkin mengecewakan kerana beliau menganggap layanan dan siap mesra artis terentu terhadap penerbit dan pengarah bukan bermakna rasuah sebaliknya digelar ‘bijak mencari peluang’. Yang menjadi perhatian di sini adakah cara pencarian peluang tersebut mengikutia syarak? Tidak mendedah aurat, tidak melayani seperti pasangan sah dan sebagainya. Kerosakan akhlak para artis atas nama mencari peluang atau atas nama ‘mencari rezeki halal’ tidak bermakna dan ia adalah fasad.

Dalam akhbar yang sama Dr Ridhuan Tee mungkin jelas menyelar golongan yang menjadi punca rasuah iaitu golongan perasuah extortive yang menyebabkan beberapa anggota Kastam dan penjawat awam negara ini terpaksa menerima rasuah untuk melakukan perkara menyalahi undang-undang. Semua penjawat awam sedar implikasi rasuah yang merosakkan negara. Tetapi mengapa masih ada pihak menerima rasuah? Jika diteliti lagi jelas ia menjadi lumra dan kebiasaan akibat rasuah-rasuah mega yang dilakukan oleh para pemimpin masih banyak tidak dibongkar dan diselesaikan.

Firman Allah dalam An Nisa’ ayat 135, Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan.

Allah jelas melarang kita membezakan golongan yang patut diberikan penyaksian atau memilih pangkat dan keturunan. Jika rasuah wujud di kalangan rakyat ikan bilis sehinggalah golongan oligarki yang besar umpa jerung tetap perlu disiasat dan diberi penyaksian atas rasuah mereka.

Menurut Ramli Abdul Samad aliran pendapatan negara sepanjang 10 tahun lalu menunjukkan bahawa hampir 34% daripada 1.3 juta pekerja memperolehi kurang RM700 sebulan sedangkan garis kemiskinan adalah RM720 sebulan. Sementara itu negara dengan jumlah penduduk seramai 27 juta orang telah berjaya menghasilkan seramai 22 orang bilioner. Peruntukan sebanyak RM52 bilion selama beberapa Pelan Rancangan Malaysia sebelum ini untuk ekuiti orang Melayu telah hangus atas angin dan menjadikan orang Melayu masih memegang lebih kurang 2-3% ekuiti. Jika tidak impian kerajaan melihat ekuiti orang Melayu sebanyak 30% sudah tercapai. Ketirisan wang sebanyak RM28 bilion berlaku setiap tahun.

Lebih sedih ada yang beralasan, biarkan ketirisan wang berlaku bukankah yang mendapat habuan adalah golongan rakyat negara ini yang bakal membayar cukai kepada kerajaan dan negara? Bukankah faedahya akan kembali kepada rakyat?

Persoalannya tujuan wang dilabur dan disalurkan melalui projek-projek tertentu adalah untuk merealisasikan matlamat dan mencapat KPI tinggi keberhasilannya dan bukan sekadar indah di kertas kerja sahaja. Jika alasan faedah cukai kembali ke negara digunakan tidak pelrulah projek-projek indah dilaksanakan atas nama kebajikan kepada rakyat. Salurkan terus kepada si oligarki penagih wang tertentu. Lagipun, wang yang tiris ke tangan penagih rasuah selalunya disimpan ke bank luar negara yang menyebabkan kurangkan faedah kembali ke dalam negara.

Tidak hairan jika Prof Datuk Hassan Ahmad pernah berkata dalam makalah tetapnya dalam Dewan Masyarakat, orang Malaysia yang sebenarnya miskin dan papa bukannya rakyat bawahan yang cukup makan dan pakai. Sebaliknya golongan jutawaan yang papa kedana kerana seringkali menagih perhatian pemimpin tertentu untuk hidup dan mendapat kemewahan hidup. Inilah golongan miskin sebenar negara kita.

Muhammad Nuruddin Bashah

(Dipetik dan diubahsuai daripada Muhammad Nuruddin Bashah, April 25, 2011)

Thursday, April 14, 2011

Rombongan Sahabat dari Semenanjung ke Kapit

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 12-14 April 2011 Kapit menerima kunjungan sahabat kawe dari Semenanjung. Kawe rasa cukup terharu dengan lawatan rombongan ini ke kapit. Perjalanan yang panjang rombongan ini menaiki bot ekpress dari sibu selama 3 jam akhirnya tiba di Kapit jam 1215 pada 12 April 2011.
Sesampai sahaja di Kapit, rombongan terpaksa mendaki anak tangga wharf Kapit yang agak tinggi kerana musim sekarang paras air Sungai Rejang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia agak rendah disebabkan musim kemarau.
Setibanya di Kapit, rombongan disambut dan dibawa ke hotel sebelum dibawa bersiar2 sekeliling pekan Kapit yang kecil ini untuk melihat keadaan Kapit yang walaupun kecil, tetapi lengkap dengan kemudahan asas.
Tidak lengkap jika tidak mengunjungi Pasar Tresang iaitu satu-satunya pasar di Kapit yang menjual bermacam hasil hutan, hasil kraf, makanan dan hasil pertanian masyarakat Kapit. Di pasar ini lah merupakan satu-satunya nadi ekonomi untuk masyarakat Kapit menjual hasil hutan,hasil pertanian dan makanan selain deretan kedai runcit di sekeliling pasar ini.
Terima kasih juga kepada rombongan yang sudi singgah untuk melihat keadaan SMK Seliirik, tempat kawe bertugas. Penghargaan buat rombongan, sila clik di sini untuk melihat gambar2 aktiviti rombongan di sekitar pekan Kapit.


Trip kedua Kawe ke Sg Spelak

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pada 10 Apriil 2011 kawe berpeluang se kali lagi mengikuti aktiviti yang sangat menarik yang dianjurkan oleh Pengakap SMK Kapit iaitu Program Kembara Sehari Pengakap di Sg. Spelak. Ini adalah kali kedua kawe memasuki kawasan ini setelah mengikutinya bersama-sama anak-anak form 6 saya di SMK Selirik.
Program kembara ini disertai oleh guru-guru pengakap dari SMK Kapit, AJK pelajar Pengakap Kapit, guru dari SMK Selirik dan 3 orang pelajar SMK Selirik. Kembara bermula seawal pagi dimana kami memulakan perjalanan pada jam 0830. Perjalanan meredah hutan dan mendaki beberapa bukit mengambil masa 45minit untuk sampai ke lokasi.
Program ini cukup "simple" namun agak mencabar dan ianya sangat sesuai untuk melatih serta menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta. Sesampai di lokasi, kami menyiapkan Pansoh Ayam (sejenis masakan tradisional masyarakat Iban, dimana ayam tersebut di masak dalam buluh seperti memasak lemang). Ada juga beberapa peserta engambil peluang untuk memancing ikan dan mengutip siput sedut di sepanjang perjalanan.
Dan ada juga peserta yang tertidur seperti ini akibat keletihan.
Selepas mandi dan makan tengahari, kami membersihkan kawasan dan enangkap gambar kenang-kenangan sebelum meneruskan perjalanan balik semula ke stesen asal kami. Alhamdulillah program berjaya dilaksanakan dan diharapkan ianya dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Saturday, April 9, 2011

PROSTAR SMK Selirik Beramal di Rumah Panjang

Bismillah. Pada 09 April 2011 kawe berpeluang untuk mengikuti Program Titian Kasih di Rh Jampong, Ng Banyau, Kapit Sarawak yang dianjurkan oleh PROSTAR SMK Selirik dan Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit. Proram ini bertujuan untuk membantu golongan masyarakat yang kurang berkemampuan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada Prostarian mendekati masyarakat. Disamping itu ianya dapat melatih Prostarian kemahiran berkomunikasi dan semai sifat yakin dalam diri mereka.
Program Titian Kasih ini berjalan lancar. Namun ianya pasti akan lebih bermakna jika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit bersama-sama turun padang membantu golongan yang kurang bernasib baik ini. dengan kerjasama sebegini, sudah pasti lebih banyak insan yang kurang bernasib baik dapat dibantu..
Kalau setakat kelab kecil seperto Prostar SMK Selirik sahaja yang beriya-iya mahu membantu, sudah pasti kesannya tidak begitu besar. Namun kalau semua pihak bekerjsama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin, sudah pasti lebih ramai pihak yang selama ini menderita dapat dikurangkan sedikit beban mereka .
..yang pasti, golongan kurang bernasib baik ini bukan hanya mengharapkan bantuan wang ringgit daripada orang ramai, sebaliknya dorongan, semangat dan kata-kata nasihat akan menjadikan golongan ini lebih tabah untuk meneruskan kehidupan.
Terima kasih buat anak-anak yang begitu bersemangat membantu menjayakan program ini. Cikgu begitu kagum melihat kegigihan anak-anak membantu warga Rh Jampong mendirikan pondok menunggu bas dan membersihkan serta membaik-pulih rumah bagi penghuni yang memerlukan. Penghargaan juga buat anak-anak yang menyampaikan ceramah kesedaran penjagaan kesihatan seperti mengenai Denggi, Keburukan merokok, dan lain-lain. Ceramah yang disampaikan dalam bahasa Iban memang agak sukar cikgu fahami, namun ianya sangat baik bagi mendekatkan diri dengan penduduk setempat.
Penghargaan buat anak, sila clik di sini untuk melihat gambar2 aktiviti.

Tuesday, April 5, 2011

Penamaan Calon Dun Balleh dan Dun Pelagus

Bismillah. 06 April 2011 merupakan tarikh penamaan calon bagi semua DUN negeri sarawak. Begitu juga dengan Kapit yang turut merasa kehangatan proses penamaan calon ini bagi DUN N.54 Pelagus dan DUN N.56 Baleh dalam bahagian Kapit. Penduduk di bahagian Kapit yang terletak di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dengan 551 kilometer sudah lama mengharapkan pembinaan jalan raya yang boleh menghubungkan Kapit dengan Bahagian Sibu yang kini terpisah dengan jarak 211 kilometer. Agenda PRU kali ini tidak lain adalah mengetengahkan isu pembinaan jalan raya menghubungkat Kapit dengan dunia luar.
Bahagian Kapit terletak di tengah-tengah Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan (Indonesia) di sebelah selatan dan timur, satu-satunya bahagian di Sarawak yang tidak dapat dihubungi menggunakan jalan darat,

100 peratus bergantung kepada perhubungan air iaitu Sungai Rajang. "Kapit juga adalah bahagian terbesar di Sarawak dengan keluasan sebanyak 38,934 km persegi iaitu kira-kira satu pertiga daripada keluasan negeri Sarawak (124,450 km persegi).

Kira-kira 88.4% daripada penduduk di Bahagian Kapit menetap di kawasan pedalaman dan 57.4% menetap di Daerah Kapit. Masyarakat Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar dengan peratusan penduduk sebanyak 67.4% diikuti oleh kumpulan etnik kecil lain seperti Orang Ulu (18.7%), Cina (6.7%), Melayu (3.4%) dan Melanau (1.2%).
Calon bagi Dun N56 Balleh adalah James Jemut Masing (BN) dan Bendindang Manjah (PKR). Manakala bagi Dun N54 Pelagus adalah Stanley Nyita (BN), Edward Sumbang (PKR), dan George Lagong (Bebas)

Friday, April 1, 2011

Kejohanan Sepak Takraw MSSB Kapit 2011

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Pada 30Mac2011 hingga 1April2011 berlangsungnya kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Bahagian kapit (MSSB Kapit) di SMK Selirik. Kejohanan disertai oleh sekolah menengah dalam Bahagian Kapit iaitu SMK Selirik, SMK Kapit, SMK Kapit2, SMK Katibas, Smk Balleh dan SMK Belaga.
Di antara aksi2 pelajar kawe semasa meraikan kemenangan. SMK Selirik menjuarai acara berpasukan Bawah 15 tahun, diikuti oleh SMK Kapit ditempat kedua dan SMK Kapit2 di tempat ke3.

Manakala bagi lelaki bawah 18tahun berpasukan dijuarai oleh SMK Kapit. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh SMK Selirik dan SMK Katibas. Tahniah buat kesemua pasukan. Setelah berakhirnya acara berpasukan, kejohanan diteruskan dengan acara beregu yang menampakkan aksi lebih menarik. Sahabat2 sekalian boleh la klik di SINI bagi melihat aksi2 menarik para peserta. Bagi acara beregu bawah 15 tahun, SMK Kapit telah menunjukkan aksi yang sungguh mantap dengan menjuarai kategori ini. Manakala SMK Katibas dan SMK Selirik berpuas hati ditempat kedua dan ketiga. Namun pasukan beregu bawah 18tahun SMK Selirik telah menebus kekecewaan beregu bawah 15tahun setelah berjaya menundukkan SMK Kapit pada pusingan akhir sekaligus menjuarai acara beregu bawah 18tahun. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup mantap dan bertenaga sehingga membuatkan semua penonton terpegun heh heh..

Setelah selesai, upacara diteruskan dengan penyampaian Hadiah dan sesi bergambar kenang-kenangan. Para peserta bolehlah mendapatkan gambar masing-masing dengan meng"kelik" pada link GAMBAR ni heh heh heh..

Akhir sekali, jutaan terima kasih buat semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga semuanya berpuas hat di atas penganjuran kejohanan ini..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan