Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, March 27, 2011

Apakah nama buah ni?

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat sekalian. Cuti Mac lepas kawe balik ke kampung ibu kawe di Kandek, Kuala Krai Kelantan dekat dengan Gunung Stong. Kawe ambil kesempatan untuk memerhati sekeliling rumah nenek kawe dan melihat sejenis buah yang agak popular semasa kawe kecil2 dulu. Kami memanggilnya buah katak puru. Atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora. Pokok ini sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

Buah katak puru juga dikenali dengan pelbagai nama mengikut tempat2 tertentu di Malaysia. Buahnya memang enak dimakan dan mempunyai khasiat yang cukup tinggi. Namun jarang diambil berat oleh kebanyakan masyarakat kerana tidak dikomersilkan. Marilah makan buah-buahan tempatan hehe..

Selamat Pengantin Baru Cikgu Rizal Tajudin

Bismillah. Pada 12 Mac 2011 maka tercatat lah sejarah dalam hikayat kisah cikgu Rizal Tajudin yang berasal dari Kulim dimana akan dia mengajar di SMK Selirik, Kapit sarawak telah selamat diijabkabulkan dengan Nurul Nadia Azmi di Taman Indah, Kapit, Sarawak, Malaysia, bukannya Amerika.

Kawe pon naik mereng macamana 2 ore ni buleh berkenalan dan last sekali buleh menikah heh heh.. stelah puah kawe mikir, last sekali baru la kawe tau jawapannya kerana jodoh la belaka.. Bila sampai jodoh, tak lari ke mana, maka bernikah la dua ore ni yang disaksikan oleh rakan2 kami semua di Kapit.

Adapun Majlis Akad nikah diadakan pada 12 Mac 2011, maka Rizal diadakan kenduri/ bekwoh/ walimah di Kapit pada 27 Mac 2011 bersamaan hari Ahad. Alhamdulillah semua rakan2 di Kapit turun padang sama2 bergotong royong menyiapkan apa yg patut untuk walimah ni. Para Muallimah mahir dgn men"koyok" bawang, Para Muallim plok mahir dalam meng"kerat" ayam dan ikan tongkol.

Pendek kata, semuanya bekerjasama bergotong royong tak kira rakan lelaki dan wanita sama2 untuk menjayakan program ni. Terima kasih dan tahniah atas kerjasama semua. Walaupun sederhana, tapi ianya agak meriah dengan kehadiran rakan2 semua. Terima kasih kepada Alimi, Ust Adnan, Pea, Udin, Zaki, akma, fadilah, Nazri, Faizal, Abon, Megat, Ashraf & the geng, guru2 wanita SMK Selirik dan semua rakan2 lain yg menjayakan (sorry kawe x berapa ingat nk tulis nama sebab ramai sgt) heheheh..

Lepas ni kami semua dok tunggu sape la plok yg akan berumah di Kapit heheh senang nanti nk bncang dgn member2 untuk membantu menjayakan Walimah di Kapit.. wslm

Sunday, March 20, 2011

Pernikahan Haidir, Ainun dan Fahmi

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Sempena cuti sekolah 11-20 Mac 2011 baru-baru ini, kawe mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah atas pernikahan sahabat kawe. Dalam cuti tersebut sebenarnya Ramai sahabat kawe yang mengadakan walimah. Namun atas sebab kekangan masa dan tempat, kawe hanya sempat menghadiri 3 walimah sahaja.

Sahabat kawe dari Kuala Krai, Fahmi selamat diijabkabulkan pada cuti lepas. Kawe hanya sempat ziarahinya pada 15Ma2011. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Juga sahabat kawe semasa kawe belajar di SMK Kuala Krai, Ainun yang selamat diijabkabulkan pada 10Mac2011. Di sini lah kawe berjumpa dengan ramai sahabat2 lama semasa bersekolah dulu. Juga kawe berjumpa cikgu2 kawe.

Ini lah dia barisan sahabat kawe di Kuala Krai (Siti Amira, Azira, Zuriah, Shahira, Tini dan Fatimah) bersama guru kami, Cikgu Royaha dan Cikgu Sabariah. Minta maaf la sahabat lelaki lain sebab demo mari lewat, tak sempat nk snap gambar hak hak..

Dan juga saudara kawe, Dr Mohd Haidir Ariffin dan Dr Zubaidah Bt Saizul yang selamat akad pada 11mac2011 di Pasir Mas. Kedua pasangan doktor ni berkhidmad di HUSM Kubang Kerian merupakan sahabat berkncip kawe la hek hek..

Semoga sahabat2 awe semua dalam Barakah Allah dan sentiasa dicucuri Rahmat atas ibadat pernikahan ini..

Friday, March 18, 2011

Kawe balik kampong


Bismillah. Asalamualaikum dan salam sejahtera. Sorry la kawe lama menyepi dari blog sebab balik kampong.. Bila balik kg kerja kawe berjalan2 dan amek gmbar je la hak hak.. InsyaAllah nnt kawe akan share gambar2 walimah sahabat2 dan aktiviti bersama sahabat2 di Kelantan dan Family.


Tuesday, March 8, 2011

Pemergian Pelajar Kawe

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Semalam kawe baru balik dari menziarahi jenazah mendiang Nicholas Jarraw ak Selan yang merupakan pelajar kawe di SMK Selirik. Mendiang meninggal beberapa hari lepas akibat kemalangan. Rombongan disertai kawe, Cikgu Ahmad, Cikgu Ikhwan, Cikgu Gray, Cikgu Theresa, Cikgu Alex dan beberapa pelajar.

Takziah sekali lagi kami ucapkan kepada keluarga Selan ak Achan atas pemergian Nicholas Jarraw ak Selan (5ST3). Nicholas merupakan pelajar yang sangat aktif dalam kumpulan tarian smk selirik. Beliau pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian 2009 dan Terlibat aktif dalam persembahan tarian untuk acara penting di peringkat sekolah mahupun bahagian Kapit.


Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan