Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, January 27, 2011

Senyum itu indah


Bismillah. Firman Allah,

“dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis” (An Najm:43).

Rasulullah SAW sendiri suka bersenda gurau, bercanda, dan ketawa. Ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama yg ‘akrab’… kerana ketawa PADA TEMPATNYA boleh mengakrabkan hubungan, malah boleh mendamaikan pihak2 yang bersengketa.

Imam Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulum al-Din, menulis bahawa Ali bin Abi Thalib pernah menceritakan bahawa Rasulullah adalah seorang yang periang, ramah, orang yang paling banyak tersenyum di hadapan para sahabatnya, merasa kagum terhadap apa2 yang dibicarakan para sahabatnya itu bahkan kadang2 tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya.

Namun, Islam MELARANG tertawa yang berlebihan, kerana boleh ‘mematikan’ hati. Bagaimana tertawa yang mematikan hati itu?

Untuk hal ini, dari berbagai buku-buku, disebutkan bahawa yang dimaksud dengan tertawa yang mematikan hati adalah tertawa yang membuat kita lupa kepada ALLaH SWT, seperti:

tertawa ketika melakukan perbuatan2 zalim,
• tertawa ketika mendengar ayat2 ALLOH SWT yang menjelaskan siksa neraka,
• tertawa ketika seseorang menjelaskan ilmu2 agama.

Tertawa seperti inilah yang dilarang.

Kategori Humor tujuannya untuk menghibur, namun dengan harapan hiburan ini tidaklah membuat hati kita membatu dan lupa kepada ALLaH SWT.
Akhirnya mari kita mencintai senyum, kerana senyum itu indah.....indah untuk diri kita juga untuk orang lain. Semoga bermanfaat..

Sunday, January 23, 2011

Lawatan ke Rh Enting, Ng Banyau, Balleh, Kapit Sarawak

Bismillah. Salam buat smua sahabat. Pada 22-23 Jan 2011 berlangsungnya Program Karnival Mesra Belia di Rh Enting, Ng Banyau dun N.56 Balleh, Bahagian Kapit, Sarawak yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi keraaan yang lain. Peelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan turut hadir menjayakan program ini.


Perjalanan Kami bermula dari Pekan Kapit dan menaiki van selama 45minit untuk ke Lepong BAlleh dimana di sini adalah penghujung jalan berturap bahagian Kapit. Selepas itu kami perlu menaiki perahu untuk menyeberangi sungai ke Rh Enting.

Sebagai Pegawai Sukarela askar wataniah, kawe turut terlibat dalam program ini. Program ini juga turut disertai artis tanahair seperti Mila AF5 dan enah apa nama AF8 seperti gmbar di atas.. Sorry la kawe memang x kenal sgt artis hehe. dan juga Mus (may) Aizat (exist) dan artis2 lainyang memang kawe ni jenis tak kenal artis sangat la.. Sorry la wahai artis, sebab kawe tak kenal sangat anda.. Namun yang penting artis2 ni turut menyumbang kepada program khidmad masyarakat ini.

Setibanya kami di Rh Enting, kami disambut dengan meriah la, dan sangat tidak disangka dengan sambutan ini. Selain disertai oleh Kompeni C, BN1 Rej510 Kapit, rakan2 kawe yg lain dari Kapit SFA turut sama menjayakan program. Terima kasih kepada rakan2 lain yag turut memeriahkan program seperti Lt Cikgu Kuiek Boon Siau, Ckg Taqi, Ckg Ashraf, Ckg Adnan (PKG Kapit), Ikhwan, Hamdi, dan lain2 (sorry tak sempat nk tulis nama anda).

Dalam masa yang sama, kami ambil kesempatan untuk ziarah ke SK Ng Mujong yang terletak di belakang Rh Enting. SK Ng Mujong dikategorikan sebagai sekolah pedalaman kategori 1 (P1) kerana perlu menaiki perahu dan tiada kemudahan jalan untuk ke sekolah ini. Suasanaya cukup cantik seperti berada di perkampungan tradisional yang jauh dari kesibukan bandar.

Ini lah dia barisan rakan2 Muallim Kapit yang bernaung di bawah Kapit Street Fotballer Airport (Kapit SFA) sama-sama memeriahkan dalam program amal ini. Banyak pengalaman dan aktiviti menarik kami ikuti. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi agama dan budaya, namun masyarakat di sini amat memahami keadaan tetamu Islam seperti kami dan kami tiada masalah untuk melaksanakan ibdat dan mendapatkan makanan halal. Terima kaih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur. Sungguh meriah berada dalam program ini yang dipenuhi aktiviti seperi Futsal, Kem ilmu, persembahan artis, Ponco2, Karaok, Tarian ngajat dsb..


Dan tidak dilupai juga Band iringan dari 3 Renjer yang memeriahkan persembahan mala tersebut. SUngguh mantap persembahan anda..

Tuesday, January 18, 2011

Sumber2 ilmu Feqah


Feqah Islam adlh himpunan hukum2 syarak yg diperintahkan oleh Allah kepada hamba2Nya. 4 sumber hukum ini ialah:
1) Al-Quran
2) As-Sunnah
3) Al-Ijma'
4) Al-Qias


Al-Quranul Karim

Al-Quran sebagai kalamullah yg diturunkan kpd nabi SAW untuk mengeluarkan manusia dr kegelapan (kekufuran) kepada cahaya iman. Ia merupakan sumber pertama rujukan bagi menentukan hukum2 Feqah Islam. Oleh itu jika kita hadapi msalah, kita hendaklah kembali kepada al-Quran.

Namun ayat al-Quran tdk lah menjelaskan smua jenis masalah & menerangkan hukum mengenainya. Al-Quran hanya menerangkan secara terperinci mengenai aqidah & secara ijmali (umum) berkenaan ibdat & muamalat. Oleh itu al-Quran mempunyai hubungan & kaitan yg rapat dgn as-Sunnah yg menjelaskan garis2 panduan & masalah umum tersebut secara jelas & terperinci.



As-Sunnah yg mulia.

As-Sunnah ialah smua yg dinaqalkan (dipindahkan @ diambil) drp Nabi SAW; perkataan, perbuatan & taqrir (pengakuan). Contohnya ialah hadis2 yg riwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim.

As-Sunnah menduduki kedudukan ke2 sbg sumber rujukan selepas al-Quran & wajib beramal dgn hukumnya. Dgn erti kata lain, kita kembali dulu kpd al-Quran dahulu, kemudian sekiranya tidak didapati hukum di dalamnya, barulah kembali merujuk kpd as-Sunnah.

Peranan as-Sunnah ialah menjelas & menerangkan apa yg ada di dlm al-Quran. Sbg contoh, al-Quran menjelaskan dalil kewajipan solat & as-Sunnah datang menerangkan dgn terperinci bgmn cara menunaikannya dr segi perkataan & perbuatan.


Al-Ijma'

Al-Ijma' ialah persepakatan semua ulama' mujtahid di kalangan umat Nabi Muhammad SAW pd suatu zaman terhadap sesuatu hukum syarak.

Oleh itu apabila para ulama' sama ada d zmn sahabat atau slepas itu bersepakat terhadap sesuatu hukum, maka persepakatan mereka dianggap sebagai ijma' & wajib beramal dgnnya.

Nabi SAW pernah menyatakan bahawa ulama'2 orang Ilam sekali2 tidak akan berhimpun (bersepakat) di dalam perkara kesesatan. Oleh itu apa apa yang menjadi sepakat di kalangan mereka adalah benar.

Ijma' merupakan sumber rujukan yang ke3 selepas al-Quran dan as-Sunnah. Jika kita tidak mendapati sesuatu hukum di dalam al-Quran dan as-Sunnah, adakah ianya telah disepakati oleh Ulama' atau tidak. Jika ia merupakan Ijma' ulama', maka hendaklah kita menerimanya dan beramal degannya.


Al-Qias.

Al-Qias ialah menyamakan sesuatu perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dengan perkara yang lain yang dinaskan hukumnya disebabkan ada persamaan antara keduanya dari segi illah (sebab yg membawa kpd sesuatu hukum). Qias digunakan bila tidak terdapat hukum dlm al-Quran, Hadis, dan Ijma'.

Al-Qias merupakan sumber hukum yg ke4 daripada sumber2 khusus (selepas al-Quran, As-Sunnah dan Ijma').

Rukun2 Qias ada 4:

1) Asal utk menjadi asas utk diqiskan ke atasnya.

2) Furu' (cabang) iaitu perkara yg diqiaskan.

3) Hukum asal yg dinaskan.

4) Illah yg menyamakan antara asal & furu'.


contohnya ialah Allah mengharamkan arak sbgmn nas dlm al-Quran. Illah (sebab) ia diharamkan ialah kerana memabukkan & mneghilangkan akal. Maka apabila kita mendapati mana2 minuman ada makanan yang memabukkan maka kita hukumnya sbg haram kerana mengqiaskan (menyamakan) dgn arak.


(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada

Fiqh Manhaj (jilid 1), m/s 15-21)

Monday, January 17, 2011

Santai Guru Selirik bersama Honda CG125

Salam alaik.. Hehe kali ni kawe lepas gian naik motosikal classic milik Cikgu Nazri. Honda CG125 tahun 1977. Tak sangka di Kapit masih ada benda macam ni. Enjen pun masih mantap lagi heheh. Memandu motosikal ni best, macam naked bike plak..


Dan tengok juga no plate motosikal ni juga unik. 7D156Q hak hak. Tahniah kepada cikgu Nazri kerana berjaya memiliki Motosikal ni hak hak.. Tapi kawe puas hati sebab dapat pandu uji nya sepuas hati..

Sunday, January 16, 2011

Fiqh Manhaj (Kitab Feqah mazhab Syafie)


Kitab Feqah mazhab Syafie.

Mendahului kitab ni diterangkan mengenai takrif ilmu feqah itu sendiri, sumber & istilahnya.

Makna Feqah dr segi bahasa ialah faham.


Dari istilah syarak, feqah mempunyai 2 makna;

1)mengetahui hukum2 syarak yg berkaitan dgn perbuatan & prkataan org2 mukkallaf yg ayariat & aqidah. Smua hukum syarak yg kita ketahui (brdasar dalil2 al-Quran & sunnah) dnamakan feqah dr segi istilah.

2) Hukum2 syarak itu sndiri. Ia bermakna hukum syarak yg ada dlm kitab2 feqah yg bersandarkan kpd al-Quran, as-Sunnah, Ijmak ulama' dan ijtihad mereka. Contohnya hukum2 wuduk, hukum2 solat, huku2 jual beli dsb.

Kesemua hukum syarak ini dinamakan Feqah dari segi istilah. Oleh itu perbezaan antara kedua istilah d atas ialah:
1) Istilah pertama; mengetahui hukum hakam.
2) Istilah kedua; hukum2 syarak itu sendiri.

Jika dilihat dlm kitab2 feqah yg bersandarkan kpd al-Quran, as-Sunnah, Ijmak ulama' dan ijtihad mereka, kita akan dapati hukum2 tersebut terbahagi kpd 7 bahagian & daripadanya dibentuk perundangan umum bagi menjamin kehidupan manusia sama ada dlm bentuk individu atau masyarakat. 7 bahagian tersebut adalah:


1) hukum2 berkenaan ibadat khusus (wuduk, solat, puasa, zakat, haji dll) yg dinamakan sebagau hukum ibadat.

2) hukum2 berkaitan kekeluargaan (kahwin, cerai, nasab keturunan, penyusuan, nafkah, perwarisan dsb) dikategorikan sebagai hukum2 hal ehwal kekeluargaan.

3) hukum2 berkaitan perbuatan manusia, muamalat (berjual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan, penuaian dll) dinamakan sbg Hukum2 Muamalat.

4) hukum2 berkaitan kwajipan pemerintah (menegakkan keadilan, menolak kezaiman, melaksanakan hukum2) begitu juga kewajipan rakyat mentaati perintah pemimpin selagi tidak menentang syarak. Dikenali sebagai Hukum2 Pemerintahan atau Siasah Syar'iyyah (corak pemerintahan berasaskan kepada hukum syarak).

5) hukum2 berkaitan hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah, menjaga keamanan & peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri, peminum arak dsb dikenali sebagai "Uqubah (hukuman).

6) hukum2 yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara lain ketika peperangan dan damai (as-Siyar).

7) hukum2 yang berkaitan dengan akhlak, sifat malu, pekerti yang baik/ buruk dll (dinamakan sebagai hukum Akhlak dan adab2).

InsyaAllah akan bersambung mengenai Sumber2 Feqah Islam..

Ayam Sabung


Assalamualaikum... Sabung ayam adalah permainan adu 2 ayam dalam 1 arena. Biasanya ayam yang di adu hingga salah satu kabur atau kalah. Bahkan hingga mati. Permainan ini biasanya di ikuti oleh perjudian yang berlangsung tak jauh dari arena adu ayam.

Permainan menyabung ayam disebut juga sebagai berlaga ayam. Permainan ini sudah dimainkan sejak kerajaan Demak. Di salah satu cerita rakyat, seorang pangeran bermain sabung ayam dan bertemu ayahnya yang telah membuang ibunya.

Namun zaman sekarang kebanyakan negeri dan pencinta haiwan memperjuangkan hak asasi ayam dan kebanyakan nya sudah bersepakat mengharamkannya dari segi undang. Dalam Islam sendiri pun melarang menzalimi binatang apatah lagi ada unsur2 judi dan pertaruhan.. sebagaimana Firman Allah,

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya ". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan )? Katakanlah : "(Dermakanlah apa-apa ) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya supaya kamu berfikir" (a-Baqarah:219).

Namun sekarang masih ada aktiviti ini dijalankan secara haram atau "underground". Dan ianya begitu susah untuk dipantau kerana melibatkan unsur rasuah dan sebagainya. Semoga kezaliman terhadap haiwan dan diri sendiri melalui aktiviti ini dapat dihentikan sepenuhnya.. ameen.

Futsal bersama Kapit SFA (Street Futboler Airport)


Bismillah. 16jan 2011 iaitu pada hujung minggu merupakan medan untuk para Muallim Kapit bersama berkumpul merapatkan ukhwah dengan melakukan satu lagi aktiviti bermanfaat bersama. Sukan futsal bersama kelab Kapit SFA (Street Futboler Airport) yang diadakan di Stadium tertutup Beleteh, Kapit mendapat sambutan hangat para Muallim Kapit dari SMK Kapit, SMK Kapit2, SMK Selirik dan lebih membanggakan terdapat penyertaan dari Staf-staf jabatan lain seperti Medical, BTP, dan sekolah-sekolah rendah lain.

Semoga program ni terus istiqamah la deh hik hik hik.. terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama menjayakan program ni.. Dicadangkan aktiviti ni akan berterusan setiap Ahad jam 0900-1100. Semiua dijemput hadir la deh pasnis

Sunday, January 9, 2011

Latihan Tempatan pertama 2011

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pebuka tahun 2011 Latihan Tempatan Batalion Pertama Kompeni C Rej510 Askar Wataniah bermula dengan lancar. Hari pertama banyak buat pentadbiran. Cuma mula dengan pemeriksaan anggota dan sedikit kawad kaki.

Hari ni banyak masa dihabiskan untuk bergotong royong embersihkan kawasan kem. Setelah hampir 2 bulan anggota bercuti dari latihan, maka seeloknya kawasan kem harus dibersihkan untuk keselesaan latihan seterusnya. Manakala bagi pegawai yang bertugas, macam biasa akan engawal aktiviti masak-memasak hik hik dengan dibantu oleh anggota2 lain.


LAtihan minggu ni best juga kerana kawe berpeluang untuk makan masakan Iban.. Pucuk ubi, ayam masak entah apa lupa nama dia... tapi memang best la...

Perpindahan CIkgu Ismail SMK Selirik

Bismillah. Beberapa hari di Kapit, kawe menerima berita bahawa sahabat kawe, Cikgu Ismail Ibrahim diluluskan perpindahannya mengikut isteri mengajar di Pahang. Tahniah atas kelulusan anda. Dan bagi memperingati sempena perpisahan Ismail, kami mengadakan perlawanan futsal amal di court Sri Balleh Kapit.


Banyak kenangan Cikgu Ismail di SMK Selirik, Kapit. Ismail juga yg mengasaskan Farmvill di Kapit dgn pertanian kacang panjang, timun dan sebagainya. Walaupon berjauhan dengan isteri, Ismail masih tetap melaksanakan amanah di Kapit dengan baik. Demi tugas mengajar, Ismail terpaksa meninggalkan Isterinya yang sedang berbadan dua. Namun berkat kesabaran itu, Allah beri 1 hadiah cukup bermakna buat Ismail iaitu permohonan untuk dekat dengan isteri dimakbulkan. Semoga kenangan kita bersama sentiasa mekar dalam ingatan demo, Sheikh..

Saturday, January 8, 2011

Dari KL-Sibu 2010/11


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Pembuka tahun 2011 kawe agak lewat mengepos entry dalam blog ni memandangkan kesibukan kawe menerima tugas dan tanggungawab baru tahun ni. Sebelum kembalinya kawe ke Sibu, kawe sempat ziarahi ayah sedara kawe di Wangsamaju, yang mana kawe panggilnya sejak kecil lg sebagai Ayah Joe. Lama juga tak ziarah keluarga Ayah Joe & banyak sangat benda yang dibualkan masa ni hik hik hik..

Memang betul pertemuan dan perpisahan itu adalah takdir Allah. DI KLIA kawe berjumpa sahabat lama kawe di UPSI yang memang sudah lama “lost contact”.. Memang niat lama dah nk cari balik kawan2 lama, tapi tanpa disangka Allah mempertemukan kawe dengan Rizalmi dan Hanif ni.. Rizalmi merupakan skuod PALAPES kawe di UPSI manakala HAnif ni member yang sama2 bermain tenis di UPSI.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan