Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, October 25, 2011

ASST Ke Kapit


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Akhirnya Novel "Awak Suka Saya Tak" (ASST) sampai juga ke kapit. Apabila disirat kembali perjalanan ASST yang begitu jauh, dari Kota Bharu ke Kapit bukanlah satu perjalanan yang mudah. Dari Kota Bharu ianya akan sampai di Kuala Lumpur. Seterusnya ASST akan menaiki kapal terbang ke Sibu. Di Sibu ASST akan di hantar ke Wharf Sibu bagi meneruskan perjalanan ke Kapit menaiki Bot Ekpress.


Perjalanan ASST menaiki bot ekpress ni biasanya mengambil masa 3-4 jam bergantung pada cuaca dan keadaan air Sungai Rejang iaitu sungai yang terpanjang di Malaysia. Menaiki ekpress tidak la seteruk menaiki perahu panjang (long boat) kerana ianya cukup selesa seperti naik feri ke pulau-pulau peranginan.


Setelah melalui perjalanan yang panjang terkurung di dalam bot ekpress, maka tiba lah ASST ke Kapit. Maka ASST akan segera diserahkan kepada Pos Malaysia Kapit. DI sini la Kawe akan ke Pejabat Pos Kapit untuk menuntut kiriman ini dari Kak Melur Jelita.


Apabila membuka ASST terkejut kawe bila melihat coretan daripada Penulis novel ini siap dengan tanda tangan lagi. sangat terharu kerana penulis sendiri yang tanda tangan dan memberi satu nasihat yang bermakna, "Dengan Kasih Sayang Allah, Tiada Yang Mustahil.." Terima kaih banyak-banyak atas usaha semua pihak yang menjayakan penghantaran ASST ke kapit.


Seterusnya adalah komitmen kawe sendiri untuk menghabiskannya. Almaklumlah, bukan ASST sahaja yang perlu dibaca. Sebagai guru Pengajian Am tingkatan 6, kawe juga memerlukan pembacaan yang lain sebagai persiapan mengajar anak2. Maka ASST buat masa ni hanya mampu dibaca sedikit demi sedikit sebelum tidur sahaja. InsyaAllah AST akan dikhatamkan semasa transit panjang di airport semasa balik bercuti panjang ke kelantan. Atau pun akan dikhatamkan sambil "riding" dengan kawasaki z1000.

2 comments:

Anonymous said...

salam cikgu Adham, nak tumpang tanya, macam mana nak bawak moto dari sibu ke kapit? ada feri?

Muallim Adham said...

wslm. tq singgah cini. Untuk bawa motosikal dari sibu ke kapit hanya melalui Feri (bot ekpress). Cuma perlu bayar tambang bot dan kos upah mengankat motosikal dari bot ekpress ke tebing..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan