Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, September 11, 2011

Tattoo; Keunikan Masyarakat Iban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini kawe berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang yang istimewa di Kapit iaitu saudara Robert Mayau yang merupakan pemilik Borneo Native and Western Tattoo Studio. Perkenalan kawe secara tidak sengaja di Pasar Teresang Kapit pada pagi tadi membawa kami ke studio beliau untuk ditemu ramah dengan lebih lanjut.
Apabila ditanya mengenai seni tattoo, beliau menyatakan ramai masyarakat memandang serong kepada orang yang membuat tattoo di badan mereka. Malah pernah tiba suatu ketika masyarakat Iban mula melupakan pembuatan tatto di badan mereka kerana menganggap ianya tidak lagi sesuai diamalkan dalam masyarakat moden sekarang. Sehinggakan pembuatan tatto kini kembali mendapat tempat dalam masyarakat Iban sedelah berlakunya modenisasi dalam seni pembuatan tattoo. Kini corak tattoo tradisional Iban telah dimodenkan dan dikomersilkan menjadikan hasil lukisannya jauh lebih cantik dan kemas.

Robert yang selalu menghadiri konvension tattoo sedunia kini merupakan pelukis tattoo fofesional. Hasil seninya mendapat pengiktirafan bukan sahaja di dalam negeri malah di seluruh dunia. Pelanggan yang selalu mendapatkan perkhidmatan beliau terdiri daripada masyarakat Iban, Cina dan juga pelancong dari luar negara. Mereka sanggup datang ke Kapit semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan dari Robert. Kawe pon tak sangka rupanya pembuat tattoo terkenal adalah dari Kapit, Sarawak. Di dalam masyarakat Iban, pembuatan tattoo mempunyai lambang tertentu yang menjadi kemegahan dan identiti masyarakat mereka.

Apabila ditanya bagaimana mula menceburkan diri dalam bidang ini, Robert menceritakan ianya bermula semasa di sekolah menenagah apabila cikgu sering memujinya dalam setiap kerja seni yang dihasilkan di sekolah. Kemudia bakat semulajadi ini diteruskan dengan melukis tattoo secara suka-suka. Akhirnya ianya menjadi sebagai pekerjaan sepenuh masa. Bagi peminat tattoo ianya adalah seni.

Apabila melukis tattoo, soal keselamatan dan kebersihan amat dititiberatkan oleh Robert. Setiap alatan mesti la bersih dan dalam "strill" supaya bersih dari kuman dan bakteria. Ini penting untuk mengelakkan pelanggang mendapat risiko jangkitan HIV dan Hepatatis. Robert juga membuat mesin tattoo sendiri yang bertemakan bunga terung. Mesin tattoo buatan Robert mendapat tempat malah terjual ke seluruh dunia dengan harga sekitar RM800 seunit.

Di antara corak yang selalu menjadi pilihan pelanggan ialah corak bunga terung seperti di atas. Ia merupakan corak tradisional Iban yang dilukis di bahu. Selain corak tradisional, Robert juga melukis corak "western" seiring denggan perkembangan zaman yang menjadi permintaan pelbagai lapisan masyarakat.


Walaubagaimanapun, masyarakat Islam adalah diharamkan untuk membuat tattoo pada badan. Penulisan artikel ini adalah sekadar untuk kawe bertukar-tukar pengalaman kawe mengenali budaya masyarakat Iban di Kapit yang sangat terkenal dengan budaya tradisi. Kawe begitu bangga diberi peluang untuk melihat sendiri budaya unit ini.. Semoga pembaca mendapat manfaat dari perkongsian pengalaman kawe..

10 comments:

sonata anak kancil said...

Kalau tak didedahkan / diiklankan orang seperti ini - kita tak tahu bahawa dalam sekecil2 Malaysia ni - ada orang terkenal di mata dunia!

Muallim Adham said...

Cikgu, ya mmg betul.. pendedahan ini diharapkan seluruh rakyat MAlaysia saling kenal mengenali antara satu sama lain dan saling menghargai keunikan budaya pelbagai etnik di negara kita.. sebagaimana firman Allah, "..Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki & perempuan & Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa & bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain)" (al-Hujurat:13)

Rashid said...

assalam

yup! bukan senang nak bersua sc live dengan pembuat tatoo ni. Nampak seni tapi kawe tak berapa suka le tengok orang bertatoo .. semacam je ..

Muallim Adham said...

cikgu Rasyid, wslm..

yap setiap org ada persepsi tersendiri mengenai sesuatu hal.. mungkin sebab media yang selalu menonjolkan imej bertattoo ni sinonim dengan golongan gangster melalui filem aksi dsb menyebabkan masyarakat memandang serong. Namun tidak dinafikan menurut En Robert, pengalamannya ke Gemas beberapa tahun lps tidak lari dr berdepan dgn masyarakat semenanjung yang melihat kpd En Robert dengan 1 pandangan yg pelik.

Namun En Robert tak kisah kerana dia faham keadaan msykt yg tdk memahami.

Kawe cuba membawa cerita ni agar kita dpt bertukar pandangan hehe.. alhamdulillah walaupun di sisi Islam haram bertatto, sekurang2nya kita dpt berkenalan dgn budaya org bukan Islam.. dan mungkin pemahaman ini menjadikan kita saling menghargai keunikan yg ada dlm negara kita..

ahsfantasy24 said...

Seksa diri betul bila
nak bersakit untuk bnda yg xmndtgkan faedah..
huhuh~

Muallim Adham said...

cikgu ayu, yap mmg sakit utk buat benda ni.. apa buleh buat. bak kata org lama, biar mati anak, jgn mati adat.

kulit durian said...

Di mana lokasi kdai nie,,, kat twu adakah__.skit x ??

Muallim Adham said...

lokasi di Kapit; atau gerai kenyalang dikenali sebagai GK dalam kalangan masyaraakatt kapit.... kaedah tradisional yang menggunkan tanduk rusa; sakit jugak katanya.... namun kaedah yang moden tidak pasti pulak sebab saya tak pernah rasa heheheh

BAD Boy said...

Ade yg boleh hilang pnye x...huhu 3bln ke

Muallim Adham said...

Bad Boys, ada rasanya.. guna pen, x sampai 2 hari, dia padam

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan