Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, June 17, 2011

Kenyataan pemimpin membuatkan fobia berkhidmad

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh Borneo Post Online bertarikh 28 May 2011 yang bertajuk "Guru Pantai Timur dinasihat tidak bawa budaya negatif ke Sarawak" sebenarnya sangat menguris hati dan perasaan saya dengan kenyataan ini. Tidak dinafikan kenyataan akhbar menjelaskan tidak semua guru yang bersifat sedemikian. Namun kenyataan ini telah memberi gambaran yang negatif buat semua guru dari pantai timur terutamanya dari Kelantan yang berkhidmad di Sarawak. Secara tidak langsung kenyataan ini telah menjadi satu generalisasi kepada rakyat Sarawak bahawa itu la sifat guru dari Kelantan yang mengajar di Sarawak.

Kenyataan ini juga menyebabkan ada segelintir guru yang menjadi tidak lagi bersemangat untuk berkhidmad di Sarawak. Malah lebih teruk menjadi satu trauma dan fobia kerana bimbang kehadiran guru-guru dari Kelantan ini tidak diterima oleh sesetengah masyarakat. Bukankah ini boleh dijadikan sebagai satu ancaman kepada guru tersebut?

Hakikatnya melalui pengalaman saya mengajar di Kapit, saya mendapati masyarakat tempatan adalah sangat positif menerima kehadiran kami. Saya bukan sahaja berkawan dengan rakan-rakan berketurunan Iban, juga dengan masyarakat Cina, Kenyah dan Melanau.. Mereka semua adalah kawan yang baik, saling hormat menghormati, tolong menolong dan penuh toleransi menyebabkan saya sangat gembira melakukan aktiviti dengan mereka.

Tetapi saya bimbang dengan kenyataan sebegini boleh menjadi racun kepada perpaduan yang ada selama ini. Konsep orang "Malaya" dan orang "Sarawak" patut dihapuskan kerana kita semua adalah satu rumpun sebagai masyarakat yang mendukung Rukun Negara Malaysia.. Tujuan saya menulis ini bukan lah untuk menjadi pembangkang, bukannya juga menulis kerana nama.. tetapi konsep "Kulil haq, walau ka na murran" saya dukung untuk membuka minda masyarakat dan bukannya untuk menyempitkan lagi minda masyarakat sebagaimana dakwaan pihak tertentu.. kita perlu sedar bahawa mata pena itu lebih kuat daripada mata pedang.

Diminta jangan lagi mengapi-apikan api perpecahan sebegini.. Kerana jelas saya sentiasa berkongsi suka duka kehidupan di Sarawak di dalam blog saya ini. :Lihatlah bukti-bukti aktiviti yang telah kami lakukan walaupun tanpa peruntukan dan hanya mengharap sumbangan peribadi kerana iini semua kami angap adalah sebahagian tangungjawab sosial yang harus kami pikul sebagai pendidik.

6 comments:

Kamil L said...

Kenyataan dari datuk Daud amatlah tidak patut dan lebih2 lagi bila dia memfokuskan perhatian pd cikgu agama dan cikgu dari kelantan. Persoalannya, kenapa cikgu AGAMA menjadi sasaran orang politik? dan mengapa cikgu dari Kelantan? adakah sb mereka diperintah oleh PAS? Adakah AGAMA menjadi ketakutan orang politik? adakah orang politik ingin memisahkan agama dari politik? Inilah kenyataan yang betul2 kurang matang dari seorang pemimpin. Cikgu Adham, terus terang saya kata, kenyataan dari datuk Daud itu bukan mewakili suara kami orang sarawak. Kami orang sarawak amatlah bersyukur dengan pengorbanan cikgu2 dari semenanjung yang sanggup meninggalkan keluarga demi mendidik kami di Sarawak. Terima kasih atas pengorbanan cikgu2 dari semenanjung.Kami amat menghargai anda semua.

Muallim Adham said...

saudaraku, Kamil.. ya mmg betul kawe amat setuju.. selama berkhidmad, rata2 masyarakat yang kawe jumpa di Sarawak adalah baik2... tetapi ada la pihak tertentu yang menyuntik jarum perpecahan sebegini... ini semua adalah kerana kepentingan politik

Anonymous said...

Assalam...dgn izin mcelah...sy setuju dgn akhi...kita dtg ke srwk dgn tggjwb dan tugas sbg pdidik, tk mhrp dsnjung dan ditatang dgn karpet merah...cukup la dhrgai slayaknya sbg sorg guru...hrp usaha murni tu tk dcemari oleh tgn2 org politik yg bkepentingn...

Muallim Adham said...

My brother, wslm.. ya thnks atas pendapat anda.. kdg2 politik itu yg sebenarnya mengotorkan keadaan

Anonymous said...

salam..berat boh..jange laye puok2 tu...semoga bersabar dlm berda'wah dan mendidik...muge rama ank murid masuk islam bowoh demo dengan hidayahNya..

Muallim Adham said...

wslm sheikh.. tq atas sokongan dan smngt yg diberi.. insyaAllah berkat doa semua sahabat2.. smoga terbaik buat semua

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan