About Me

header ads

Kapit Menjuarai Loser Pool kejohanan tenis berpasukan antara bahagian

UNTUK ALBUM: Pemain-pemain dari Persatuan Tenis Kapit berkesempatan untuk merakamkan gambar kenangan bersama Pengerusi Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) Datuk Patrick Liew (lima kanan), Timbalan Pengerusi dan Setiausaha SLTA (dari kanan) Douglas Telajan dan Bernard Ching.


KAPIT: Pasukan Persatuan Tenis Kapit berjaya menjuarai (Loser Pool Champion) dalam Kejohanan Tenis Berpasukan Tertutup Sarawak 2011 anjuran Persatuan Tenis Kuching di Kuching, baru-baru ini.

Pasukan Kapit diwakili oleh James Ling, Sng Chee Hun, Max Wong, Leo Jonical, Mohd Alfi tri Panyau, Glyn Changgai, Ahmad Adham, Patrick Alexius Uda dan Joseph Arthur. Sng berkata ini merupakan kali pertama pasukan tenis dari Kapit melakar kejayaan selepas bertahun-tahun menyertai pertandingan antara bahagian.

“Akhirnya latihan demi latihan kita selama ini berjaya membuahkan hasil. Walaupun kita di Kapit mempunyai tempat latihan yang agak terhad, namun kita berjaya melatih pasukan yang ada untuk mewakili Kapit ke pertandingan antara bahagian dan seterusnya berjaya membawa balik medal kemenangan,” katanya.

Sng berkata Kapit hanya mempunyai sebuah gelanggang tenis yang terletak di Maksak Clubhouse, di sini.

“Namun gelanggang yang ada sudah berada dalam keadaan usang dengan kebanyakan simennya sudah merekah.

Kami berharap agar pihak Kementerian Belia dan Sukan sudi untuk membina gelanggang tenis yang baru untuk kemudahan pemain dan peminat tenis di sini.

“Dengan adanya gelanggang yang baru, secara tidak langsung kita juga dapat melatih pemain yang berkebolehan dan berbakat. Ramai peminat tenis di Kapit, tetapi kekurangan kemudahan seperti gelanggang menyebabkan mereka tidak dapat mengasah bakat yang ada,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Adham berkata penat lelah mereka ternyata berhasil dengan kemenangan yang diperoleh.

“Untuk menyertai pertandingan ini sahaja, kita memerlukan banyak perbelanjaan bagi menampung kos perjalanan serta kos yang lain.

“Terima kasih kepada pihak Jabatan Belia dan Sukan Kapit, Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi, bekas Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Larrg Sng Wei Shien dan Kapitan Micky Ngu yang sudi menaja perjalanan pasukan kami untuk menyertai pertandingan ini,” katanya mewakili pemain- pemain yang lain.


Post a Comment

0 Comments