About Me

header ads

Kejohanan Sepak Takraw MSSB Kapit 2011

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat. Pada 30Mac2011 hingga 1April2011 berlangsungnya kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Bahagian kapit (MSSB Kapit) di SMK Selirik. Kejohanan disertai oleh sekolah menengah dalam Bahagian Kapit iaitu SMK Selirik, SMK Kapit, SMK Kapit2, SMK Katibas, Smk Balleh dan SMK Belaga.
Di antara aksi2 pelajar kawe semasa meraikan kemenangan. SMK Selirik menjuarai acara berpasukan Bawah 15 tahun, diikuti oleh SMK Kapit ditempat kedua dan SMK Kapit2 di tempat ke3.

Manakala bagi lelaki bawah 18tahun berpasukan dijuarai oleh SMK Kapit. Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh SMK Selirik dan SMK Katibas. Tahniah buat kesemua pasukan. Setelah berakhirnya acara berpasukan, kejohanan diteruskan dengan acara beregu yang menampakkan aksi lebih menarik. Sahabat2 sekalian boleh la klik di SINI bagi melihat aksi2 menarik para peserta. Bagi acara beregu bawah 15 tahun, SMK Kapit telah menunjukkan aksi yang sungguh mantap dengan menjuarai kategori ini. Manakala SMK Katibas dan SMK Selirik berpuas hati ditempat kedua dan ketiga. Namun pasukan beregu bawah 18tahun SMK Selirik telah menebus kekecewaan beregu bawah 15tahun setelah berjaya menundukkan SMK Kapit pada pusingan akhir sekaligus menjuarai acara beregu bawah 18tahun. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup mantap dan bertenaga sehingga membuatkan semua penonton terpegun heh heh..

Setelah selesai, upacara diteruskan dengan penyampaian Hadiah dan sesi bergambar kenang-kenangan. Para peserta bolehlah mendapatkan gambar masing-masing dengan meng"kelik" pada link GAMBAR ni heh heh heh..

Akhir sekali, jutaan terima kasih buat semua AJK pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Semoga semuanya berpuas hat di atas penganjuran kejohanan ini..

Post a Comment

3 Comments

aqamz said…
huhuuhuhuhu. cikgu ngundi sana ke? ke kelantan. hehe
aqamz said…
bagus betul ulasan. mantapp. boleh jadi pengulas sukan kat tv3 ni. :P
Muallim Adham said…
salam..

aqamz, saya ngundi d kelantan InsyaAlah hehe doakan agar saya dpt enunaikan tgjwb nnt..

ulasan sukan yg x brapa nk jadi... sempoi2 buleh la