Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Thursday, February 10, 2011

Ride BEKPES KENDURI KAWIN di Kulai Johor

Bismillah. Assalamualaikum buat semua sahabat. Sempena cuti tahun baru Cina, kawe dan warga Malaysian Easyrider Community (MEC) mengikuti ride kenduri khawin adik sepupu Babadeen (MEC) pada 30 januari 2011 di Kg Taib Andak, Kulai, Johor (Kg Mawi). Ianya merupakan ride pertama MEC pada tahun 2011


Pagi 30 Jan 2011 konvoi kami yang disertai lebih kurang 20 bikers bertolak dari Kuala Lumpur jam 7.30am (berkumpul di R&R Seremban). Kami masuk ke Kluang pekena roti bakar dan kopi railway. Tiba di Keluang jam lebih kurang 11am.

Antara rakan-rakan yang kelaparan sebab cuaca hujan sepanjang perjalanan kami. Thanks Babadeen kerana sponsor Utk roti bakar dan kopi railway kluang.


Kami melalui jalan Kota Tinggi dan turun semula ke Kulai untuk kerumah pengantin. Kami sampai jam 1300 di lokasi Felda.

Setelah siap kenduri, kami terus pulang ke KL memandangkan hujan lebat tidak berhenti. Kami terpaksa melalui highway Senai memandangkan jln yang kami lalui telah ditenggelami air di sekitar Yong Peng. Terima kasih kepada semua yang menjayakan ride yang cukup mencabar ni.

4 comments:

wa khairul onggon said...

Wah.. ahli kelab ker? Nampak seronok riding reramai kan? hehehe :)

Muallim Adham said...

salam..

Khairul,
yap member of MEC hehe.. sebenarnya byk kelab2 superbike di malaysia.. tapi MEC best sebab ada semua golongan, smua jenis, dan pelbagai latar belakang ahli hehe..

so tidak hanya utk golongan tertentu sahaja..

Anonymous said...

satu team lah nampaknya kena samak perut...sebab kopi ni dah disahkan ada campuran lemak babi

Muallim Adham said...

salam alaik..
pihak yg berkenaan hehe.. kalau betol.. nk buat mcmn.. benda dh lepas.. menurut feqah, benda dh dlm perut, x bleh lg di samak.. (penerangan Ustz Azha Idrus dalam kitab Fiqh Manhaj)..

sebab apa x bleh disamak benda dah dlm perut.. rasionalnya jika Muallaf yg dulunya pernah mkn babi atau minum arak, xkan la nk samak lg hehehe...

tp jika ini benar, maka kita akan lebih berhati2 insyaAllah.. smoga Allah pelihara Hambanya

wallahu'alam..

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan