Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Sunday, January 16, 2011

Fiqh Manhaj (Kitab Feqah mazhab Syafie)


Kitab Feqah mazhab Syafie.

Mendahului kitab ni diterangkan mengenai takrif ilmu feqah itu sendiri, sumber & istilahnya.

Makna Feqah dr segi bahasa ialah faham.


Dari istilah syarak, feqah mempunyai 2 makna;

1)mengetahui hukum2 syarak yg berkaitan dgn perbuatan & prkataan org2 mukkallaf yg ayariat & aqidah. Smua hukum syarak yg kita ketahui (brdasar dalil2 al-Quran & sunnah) dnamakan feqah dr segi istilah.

2) Hukum2 syarak itu sndiri. Ia bermakna hukum syarak yg ada dlm kitab2 feqah yg bersandarkan kpd al-Quran, as-Sunnah, Ijmak ulama' dan ijtihad mereka. Contohnya hukum2 wuduk, hukum2 solat, huku2 jual beli dsb.

Kesemua hukum syarak ini dinamakan Feqah dari segi istilah. Oleh itu perbezaan antara kedua istilah d atas ialah:
1) Istilah pertama; mengetahui hukum hakam.
2) Istilah kedua; hukum2 syarak itu sendiri.

Jika dilihat dlm kitab2 feqah yg bersandarkan kpd al-Quran, as-Sunnah, Ijmak ulama' dan ijtihad mereka, kita akan dapati hukum2 tersebut terbahagi kpd 7 bahagian & daripadanya dibentuk perundangan umum bagi menjamin kehidupan manusia sama ada dlm bentuk individu atau masyarakat. 7 bahagian tersebut adalah:


1) hukum2 berkenaan ibadat khusus (wuduk, solat, puasa, zakat, haji dll) yg dinamakan sebagau hukum ibadat.

2) hukum2 berkaitan kekeluargaan (kahwin, cerai, nasab keturunan, penyusuan, nafkah, perwarisan dsb) dikategorikan sebagai hukum2 hal ehwal kekeluargaan.

3) hukum2 berkaitan perbuatan manusia, muamalat (berjual beli, gadaian, sewaan, pendakwaan, penuaian dll) dinamakan sbg Hukum2 Muamalat.

4) hukum2 berkaitan kwajipan pemerintah (menegakkan keadilan, menolak kezaiman, melaksanakan hukum2) begitu juga kewajipan rakyat mentaati perintah pemimpin selagi tidak menentang syarak. Dikenali sebagai Hukum2 Pemerintahan atau Siasah Syar'iyyah (corak pemerintahan berasaskan kepada hukum syarak).

5) hukum2 berkaitan hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah, menjaga keamanan & peraturan seperti hukuman kepada pembunuh, pencuri, peminum arak dsb dikenali sebagai "Uqubah (hukuman).

6) hukum2 yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara lain ketika peperangan dan damai (as-Siyar).

7) hukum2 yang berkaitan dengan akhlak, sifat malu, pekerti yang baik/ buruk dll (dinamakan sebagai hukum Akhlak dan adab2).

InsyaAllah akan bersambung mengenai Sumber2 Feqah Islam..

2 comments:

abu idris said...

Kitab " Ajhizah Daulah al - Khilafah ", Persediaan Berdirinya Negara Islam

http://ibnuyassir.blogspot.com/2011/01/kitab-ajhizah-daulah-al-khilafah.html

Muallim Adham said...

BAbu Idris,
slm.. thnks atas maklumat ni.. molek share dgn ore lain gk tus

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan