About Me

header ads

Ayam Sabung


Assalamualaikum... Sabung ayam adalah permainan adu 2 ayam dalam 1 arena. Biasanya ayam yang di adu hingga salah satu kabur atau kalah. Bahkan hingga mati. Permainan ini biasanya di ikuti oleh perjudian yang berlangsung tak jauh dari arena adu ayam.

Permainan menyabung ayam disebut juga sebagai berlaga ayam. Permainan ini sudah dimainkan sejak kerajaan Demak. Di salah satu cerita rakyat, seorang pangeran bermain sabung ayam dan bertemu ayahnya yang telah membuang ibunya.

Namun zaman sekarang kebanyakan negeri dan pencinta haiwan memperjuangkan hak asasi ayam dan kebanyakan nya sudah bersepakat mengharamkannya dari segi undang. Dalam Islam sendiri pun melarang menzalimi binatang apatah lagi ada unsur2 judi dan pertaruhan.. sebagaimana Firman Allah,

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya ". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan )? Katakanlah : "(Dermakanlah apa-apa ) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya supaya kamu berfikir" (a-Baqarah:219).

Namun sekarang masih ada aktiviti ini dijalankan secara haram atau "underground". Dan ianya begitu susah untuk dipantau kerana melibatkan unsur rasuah dan sebagainya. Semoga kezaliman terhadap haiwan dan diri sendiri melalui aktiviti ini dapat dihentikan sepenuhnya.. ameen.

Post a Comment

2 Comments

Admin said…
hntikan pnganiayaan itu,
jom kte wt bbq..!
hehehe~
Muallim Adham said…
cikgu ayu,
ya baik kita sembeleh wat BBQ hak hak