Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Monday, December 27, 2010

Jumpa kekasih lama

Bismillah. Salam buat smua sahabat. Pagi semalam seawal jam 0300 kawe dapat mesej daripada otai easyrider ajak lepak jam 1000 hak hak.. Apa lagi memang kawe tunggu lama so terus respond +ve.. kami lepak di sekitar Balakong ja... Tengok2 motosikal masing hik hik hik..

Orang yang dimaksudkan ialah ni dia hik hik.. Sandman Ramskay.. Thanks for lunch "Nasi Goreng Kambing" huhu.. the first time I take it.. dah la banyak giler... sebab tu tak abis makan, Bro... kalau nak banding kat Sudan, memang makanan tu jadi rebutan kat kanak2 Sudan dah huhuhu..


I'm enjoy riding.. dan takkan tinggal aktiviti ni.. Bila kawe "riding".. kawe rasa free dari semua masalah sebab may be angin2 yang laju telah menghilangkan masalah dalam diri kawe hahahah.. Thats why i enjoy my life style now.. orang lain tak bleh kacau my life yang memang tak kacau orag hahahha.. Thanks bro Arief Ramskay for your opinion.. at least give me an idea about biker.. InsyaAllah kalau kawe dapat pindah KL, buleh la sekali sekala riding gi breakfast.. lunch... minum2 teh tarik hak hak hak...

Sunday, December 26, 2010

Aktiviti Sosial


Antara aktiviti di Kuala Krai. Perjumpaan dengan wakil2 Belia dan anak2 remaja tempatan Kuala Krai, ada juga wakil2 persatuan di Kelantan dalam sesi dialog bersama Dato Dr Wan Suhaimi dan Dr Zubir di Pejabat Perikanan Kuala Krai. Antara agenda ialah pendedahan kerjaya dalam pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia.. Secara keseluruhan, objektif program berjaya. Terima kasih kepada Cikgu Lah dan Keluarga En Maimun kerana bersama menjayakan penganjuran program.

Walimah Kapten Hairil di Balik Pulau

Bismillah. Salam tahniah buat saudaraku Hairil atas berlangsungnya pernikahan demo. Kawe tak dapat hadir walimah di Kota tinggi pada 12 dec sebab induksi tetapi alhamdul8illah ada ruang untuk memenuhi jemputan demo pada 18dec di Balik Pulau, Penang. Pada masa yang sama, housemate kawe semasa di UPSI, Johari juga ada setelah 2 tahun x jumpa heheheh..

Smoga pernikahan ni dapat menjaga iman kita, kerana ianya satu sunnah nabi, dan dapat membentuk keluarga muslim, lahirkan zuriat soleh solehah. Semoga sentiasa dalam Rahmat & Barakah Allah. Buat pengetahuan rakan2 ambo, Kapten Hairil grad dlm B.Ed (Hons) TESL di UPSI dan setelah grad, beliau memilih untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia dan sekarang berkhidmad dalam Kor Perkhidmatan Am (ajar).

Ziarah Kulim

Salam.. Antara sesi kunjungan kawe ke Kulim. Singgah di Kolej Mara Kulim dan umpa guru2 yang pernah ajar kawe semasa di Matrikulasi Kolej Mara Kulim pada tahun 2003/2004. Sedar tak sedar sudah lebih 6 tahun kawe meninggalan Kulim. Kembalinya kawe untuk ziarah dan merapatkan silaturahim dengan guru2. Antara gambar yang sempat kawe ambil untuk dikongsi bersama rakan2 yang mengenali guru2 kita ni..


Tidak dilupai juga orang yang cukup berjasa kepada Kolej Mara Kulim, Hj Lazim yang menetap di Taman Bersatu, Kulim. Riak wajahnya tenang dan sentiasa membantu para pelajar dan begitu aktif dalam aktiviti kerohanian menyebabkan kami begitu rapat dengan beliau. Terima kasih semua..
Singgah di Hentian Titiwangsa, Lebuh raya timut-barat..
Singgah juga di Kuala Kangsar... Jumpa saudara Nasri..

Tuesday, December 21, 2010

Bersalam dan Mencium tangan

Bismillah.. Assalamualaikum..

Menyambung sedikit perbincangan mengenai bab berjabat tangan dalam kitab Riyadhu Solehin jilid 5, Hadis yang ke 6 yang bermaksud;

Daripada Ibn Umar R.A. menceritakan satu kisah, “ketika kami semua datang berjumpa Nabi SAW, kami mencium tangan baginda”. (HR Abu Daud).

Hadis yang cukup ringkas menunjukkan sunat mencium tangan Nabi SAW ketika berjabat tangan dan Islam mengharuskan mencium tangan orang yang lebih tua atau lebih alim dari kita, mudah-mudahan dapat mendidik jiwa kita kea rah kebaikan.

Daripada huraian lanjut semasa kulian Ust Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian, beliau menjelaskan lagi bahawa mencium tangan orang-orang yang solleh dibolehkan tetapi haram mencium tangan kerana pangkat, dan jangan jadikan cium tangan sebagai adat. Dan 3 syarat untuk mencium tangan ketika berjabat tangan (diingatkan bersalam antara bukan muhrim jelas haram);

1) Jangan jadikannya sebagai adat

2) Jangan menjadikan orang takbur bila tangan dicium

3) Jangan cium tangan kerana dunia


Bagaimana pula dengan budaya memeluk dan mencium tetamu ketika mengunjungi rumah? Islam menyarankan agar menghormati tetamu dan menyambutnya dengan cara yang baik. Daripada perbincangan, seseorang itu disunatkan memeluk dan mencium tetamu yang baru datang (yang muhrim sahaja) sekiranya tetamu itu terdiri daripada orang yang baik, dikenali dan perlakuan itu tidak mendatangkan fitnah. Boleh peluk/cium jika bukan jadi adat kerana lama tak jumpa, tetapi bukannya cium di mulut. Ini jelas daripada hadis ke7 yang bermaksud;

Daripada ‘Aisyah R.A. katanya, “Zaid bin Harisah datang ke Madinah al-Munawarah sedangkan Rasulullah SAW ketika itu berada dirumahku. Zaid pun datang lalu mengetuk pintu. Kemudian Nabi SAW segera berdiri sambil menyambar jubah kemudian Baginda memeluk dan mencium Zaid” (HR At-Tirmizi).


Ust Dr Abdul Basit melanjutkan perbincangan Hadis ke 9 dalam kitab Riyadhu Solehin jilid 5 yang bermaksud;

Daripada abu Hurairah R.A. katanya, bahawa Nabi SAW telah mencium Hasan bin Ali R.A. Maka Akra’ berkata “sesungguhnya aku mempunyai 10 orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka”. Kemudian Nabi SAW pun bersabda “sesiapa yang tidak berbelas kasihan kepada orang lain, nescaya ia tidak dibelas kasihani oleh Allah”. (HR al-Bukhari & Muslim).

Daripada hadis jelas menunjukkan bahawa

1) Islam menggalakkan umatnya mencurahkan kasih sayang kepada kanak2.

2) Sunat mencium kanak2 sebagai tanda kasih kepada mereka.

3) Rasulullah SAW mengingatkan umatnya bahawa seseorang yang tidak mengasihi orang lain, tidak akan dikasihi Allah.

Menurut Ust Dr Abdul Basit dibolehkan mencium budak kecil atas dasar syafaqah, kesian belas & rahmat (sunnah). Terdapat 5 jenis ciuman yang dibolehkan;

1) CIum sayang (antara ayah-anak)

2) Cium rahmat (antara anak-ayah)

3) Cium syafaqah (sesama saudara seMuslim) kerana agama.

4) Cium syawat (antara suami isteri)

5) Cium tamam (selamat dating-biasanya di tangan).

Diingatkan sekali lagi bahawa ciuman yang HARAM ialah lelaki & wanita yang tidak muhrim dan ciuman sesama jenis kerana nafsu/syawat. Menurut Ust Abdul Basit lagi, hukum ciuman ini berbeza mengikut mazhab iaitu;

1) Mazhab Hanafi; makruh mencium mulut antara sesama lelaki & harus mencium tangan orang alim / pemimpin yang alim

2) Mazhab Maliki; Makruh cium tangan/ berpelukan sesama lelaki

3) Mazhab Syafi’e; sunat cium kerana agama, sunat cium tangan kerana dia alim

4) Mazhab Hambali; dibolehkan jika cium kepala

Monday, December 13, 2010

Teringat plok PSD:hukum tunduk kepala

Bismillah. Assalamualaikum smua.. Sampai je di Kuala Krai, kawe tertengok balik kitab Riyadhu Solehin jilid 5 yang terselit di almari buku rumah.. Teringat plak masa kawe cuti panjang sebelum bekerja di zaman bergelar mahasiswa dulu, kawe beli kitab ni dari Ust Dr Basit, Mudir di Pondok Sungai Durian (PSD) untuk kuliahnya pada setiap hari jumaat malam pas magrib. Terdetik rasa hati untuk berkongsi sedikit isi kitab ni buat sahabat sekalian… sebagaimana yang kawe dengar penerangan dari yang kawe muliakan guru kawe Ust Dr Basit. 


Hadis ke4 (m/s 3)

Daripada Anas R.A katanya, seorang lelaki bertanya, “wahai Rasulullah, apabila seorang daripada kita ini bertemu dengan seseorang atau sahabatnya, adakah boleh ia membongkokkan badannya untuk member hormat kepada saudaranya itu?” Baginda menjawab, “tidak boleh”. Kemudian orang itu bertanya lagi, “adakah boleh ia memeluk dan mencium tubuhnya?” Baginda menjawab lagi, “tidak boleh”.  Lelaki itu bertanya lagi, “adakah boleh ianya berabat tangan sahaja?” Baginda menawab, “boleh”. (Riwayat At-Tirmizi).

Huraian hadis:

Sebagaimana kita tahu, Nabi SAW melarang keras kita tunduk kepada manusia. Menurut Dr Basit, terdapat 4 hukum bila seseorang manusia menundukkan kepalanya iaitu:

1)      Tunduk Wajib – dalam solat.

2)      Tunduk harus – semasa membuat kerja/ aktiviti.

3)      Tunduk haram -  kepada manusia.

4)      Tunduk harus -  jika dipaksa tundu (jika tidak akan diancam).

Bila teringat balik, memang rindu sungguh dengan budaya beruguru di Kelantan. Dan kawe sungguh beruntung sebab rumah kawe dekat sahaja dengan PSD membolehkan kawe berulang alik dengan mudah. Memang tersimpan dalam hati nak belajar lagi di sini secara kuliah malam-malam bersama orang kampong yang lain dan menyumbang untuk pembangunan akademik pelajar PSD. Dulu masa siangnya pernah kawe mengajar Bahasa Ingeris kepada pelajar pondok hanya 2 minggu sahaja sebelum kawe dipanggil posting ke Sarawak sebagai guru sehingga sekarang. Pengalaman ni memang cukup bermakna.. sebab kawe mengajar pelajar yang sebaya dan ada yang lebih tua dari kawe dari pelbagai pelusuk bumi nusantara ni..

Riding hujung tahun fasa2

Bismillah.. salam buat sahabat.. selepas balik dari induksi di Sibu. 12dec kawe ambil kesempatan riding...

Dari KL kawe ke SUngkai perak sempena walimah ust Zarkuan.. tp kawe sampai sebelum majlis hehehe.. pengantin pon tak siap lg.. tp xpa.. yang penting ada bukti gambar kawe hadir walimah hehhe..

Seterusnya perjalanan kawe diteruskan ke Sabak Bernam.. rupanya Bagan Datoh umah Kak Leha. Jumpa la family Kak Leha.. Rupanya best juga suasana estet hehhe... rasa nk dok lama je

Jam 4pm kawe teruskan perjalanan ke Temerloh dari Bagan Datoh.. sampai a tepat jam 7pm di temerloh.. Bermalam umah Dr Nordin.. Thnks la Nordin dan Rustam.. layan kawe hehehhe


Dan pada 13dec kawe terudkan perjalanan kawe ke Kelantan dari Temerloh.. singgah di Gua Musang dan jumpa la sahabat lama kawe, Hasbullah yang sekarang ni mengajar di Miri.. 

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan