Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, November 30, 2010

Penghujung tahun 2010 d Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera... penamat tahun 2010 di Kapit..Antara kenangan dengan rakan2 dan sahabat serta anak2 didik kawe di kapit...

Bersama anak2 keas 5ST2 di sebamboo heheh

Suasana pasar kapit i hari minggu, Ust Rodzi bersama isteri membeli barang di pasar kapit.

Riding hujung tahun

Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Bermula cuti sekolah kawe amek kesempatan utk riding puas2 heh heh..

Berjumpa Ust Rodzi di Pasir pekan.. dan amek kesempatan minum pagi di kampung berdekatan.

Kemudian singgah di Pasir tumboh.. berjumpa rakan FB Amz.. haikal heh heh.. 

Tidak dilupai rakan kawe semenak matrik, Dr Haidir yang bertugas di HUSM kubang kerian sekarang.. terima kasih spend kawe minum petang heh heh


Paling best riding ke Dabong, Kuala Krai.. singgah di gua ikan..

Friday, November 19, 2010

Gambar Kelas PraU SMK Selirik

Salam alaik.. Buat anak2 Form 6 dan lower 6 SMK Selirik 2010, Cikgu khaskan photo ni buat anda smua.. Smoga kenangan 2010 sentiasa tersemat dlm ingatan kamu...


Dinner Mapetes form6 SMK Selirik 2010

Salam.. buat sahabat sekalian.. juga buat anak2 didik kawe di SMK Selirik form 6. Ni adalah untuk penutup tahun 2010 cikgu di SMK Selirik bersama anak2 dan rakan2. Terima kasih kepda smua ya...





Saturday, November 13, 2010

‘ERTI HIDUP PADA MEMBERI’.

Bismillah. Kawe nak share pengalaman sahabat.. 


Ya, kita mahu berumah tangga bukan untuk menerima. Kita berumah tangga kerana mahu memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah, memberi kebaikan. Semuanya itu adalah peranan kita di dalam sebuah rumah tangga. Dan seandainya kita menerima apa-apa kebaikan dari isteri, semuanya mengundang rasa syukur, walau sekecil mana sekali pun kebaikan itu (nasihat Abu Saif) 

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga. 

Sayalah yang memasak, menghantar makan kepada isteri seandainya beliau sibuk bertugas dan seterusnya menguruskan hal ehwal rumah. Mind-setting berumah tangga untuk memberi, amat kuat dalam membekalkan rasa gembira di sepanjang pengalaman itu. 


Apakah erti kebahagiaan sebenar? 

“Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”

Terima kasih kerana bersama saya menyedari bahawa kita tidak mungkin hidup tanpa ujian kerana ujian-ujian itulah sebenarnya kehidupan kita.


Terima kasih kepada isteri yang mentaati Allah. Kerana ketaatan kita kepada Allah, kita tidak gelisah untuk berpisah. Saya sentiasa percaya bahawa isteri saya mentaati Allah dan dijaga oleh Allah sepanjang pemergian saya. Isteri saya juga percaya bahawa saya mentaati Allah dan dijaga-Nya sepanjang masa saya meninggalkan rumah. 

Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya…


“kita selalu tidak rasional dan realistik semasa kita romantik!”. Mungkin di awal perkahwinan, romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. Ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri pula fokus kepada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak kedua, fokus itu perlu diubah suai lagi. Semasa itulah, rumahtangga lebih didominasi oleh tanggungjawab dan tugas. Seronok-seronok sudah berkurang sedikit. Tetapi ia adalah proses biasa (Profesor Abdullah al-Ahsan di UIA ketika mengulas tentang Romanticism).  

Hubungan suami dan isteri boleh selamat dan terus memanjat usia matang pada tahun-tahun yang berikutnya. Selamat kerana proses itu berlaku di dalam perkahwinan, bukan di luar. Ini adalah kerana, perkahwinan sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. Ada hari air pasang, cinta memainkan peranan. Ada hari air surut, maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas. 

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu” 

Janganlah biarkan diri kita dipandu oleh keputusan-keputusan emosi semata-mata. Jika pasangan lelaki atau perempuan sudah baik agamanya, atau yang paling utama, sedia dididik dan mahu belajar, maka terimalah seadanya. 

Saya cukup terkilan apabila mendengar ada dari kalangan adik-adik, khususnya Muslimah, yang terlalu mudah mengambil keputusan memutuskan hubungan semata-mata beralasan terasa ada kesilapan malah dosa yang terselit di celah-celah perkenalannya dengan seorang lelaki Muslim yang baik. Jika pernah buat silap, bawalah bertaubat dan bukannya dengan sewenang-wenang membatalkan hubungan. Ingatlah pesan Nabi SAW, 

“Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kawinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas”. (HR. Tirmidzi)  

Dipetik dan diubah suai daripada Abu Saif)

Wednesday, November 10, 2010

Bila double dh jd Single

Assalamalaikum dan salam sejahtera.. keh keh kali ni entry yg gila2 ckit.. Kawe share dgn member blogger kawe dari Kching.. so ada lorat bahsa Sarawak ckit la... Pesanan ni buat adik2 dan anak2 didik kawe yang sedang hangat bercinta keh keh keh.. Ingat la.. bercinta sebelum berkahwin xdak guna sebab selagi belum berkahwin.. si dia bukannya millik kita..


Dolok2 time double rutin awal pg jd alarm,sikpun sms..morning sayanggg.
Nektok bila dah single, bukak jak mata cek fon kot2 ada sms or miscall dr nya. Ooo tedah anak..


Dolok2 time double,bila ada dgr lagu best2, terus sms srh dgr sama2.
Nektok bila dah single,dgr lagu sorg2 jerrrr.


Dolok2 time double, bila sik sihat(demam,batuk,selsema,sakit perut) akan merengek2 manjak ngan org tersyg.bila dh dgr sora,akan hilang sikit rasa sakit ya.
Nektok bila sakit, tanggung sorg dirik (nangis sorg2..erkkkk)

Dolok time double,suka guro2 manjak. sorg nunggah kambin,sorg nunggah katak. Ah rindunyaaaaa
Nektok bila dah single, guro ngan geng2.lagik antap lah.guro ompuan bah.haha


Dolok2 time double,selalu dpt sms or call nanyak dah mkn kah sik..mkn apa..& akan ada vids call mun dtg angin nya mok nangga aku mkn..rindunyaaaa
Nektok bila dah single,ney lah ada org nak nanyak gik.alolololo tedah anak

Dolok2 time double,fon nang sik dpt jauh.nang sik mok berenggang.ya jak cara berhubung bah.al maklumlah jarak jauh.
Nektok bila dah single,dah sik geng ngan fon gik.cas fon pun sekali jak dlm masa 4 hari.Kotan sik d pkey gilak.


Dolok2 time double,mlm2 ada lah bergayut,poret2..abis nak dibah meja,celah lantei,tombol pintu di kelaka..& smpe aku terdiam(ngantok)kotan aku sikda idea nak melayan nya..
Nektok bila dah single,aku ngadap tv jak smbil mkn kopok,smbil online.fon nang terus senyap..sunyi..sepi...ada juak mengharap ney tauk ada call or sms kah..ah..gila nya..

Dolok2 time double, ada lah juak olaki ngendeng2 mdh mok berkenalan. Yerrrr.. Sik d layan sbb udah berpunya bah..hehe
Nektok bila dah single, eheheheheehhee...hehehehhehee..hehehehehehe


Sekian terima kasih...

Tuesday, November 9, 2010

Saling Memahami, Bertoleransi & imbangi Hak Suami-Isteri


Bismillah. Assalamualaikm dan salam sejahtera. Kebelakangan ini kita sering mendengar masalah keretakan rumah tangga dan begitu banyak sekali masalah perceraian dalam hubungan suami isteri. walaupon perceraian itu adalah suatu yang halal namn ianya adalah perkara palng dibenci Allah SWT. 


Institusi keluarga Islam sebenarnya tunjang kepada perlindungan hak asasi manusia yang merangkumi isteri, suami dan anak serta keluarga besar termasuk ibu, ayah serta adik beradik.

Sebagai seorang yang memperjuangkan hak asasi dari segi konsep, politik, warga dan amali, saya yakin institusi keluarga berperanan penting menjelaskan dan menyaksikan betapa Islam tidak hanya menekankan aspek rohani semata-mata tetapi juga menawarkan pakej terperinci yang saling kait-mengait antara satu sama lain termasuk hak setiap ahli dalam keluarga. 

Keluarga dan rumah tangga dalam Islam bagi mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kedamaian. Ini yang mendasari hubungan antara suami isteri, hak masing-masing hinggalah kepada anak-anak.

Akad antara suami dan isteri diikat dengan hak satu ke atas yang lain. Teras utama hak suami terhadap isteri supaya menjaga kesucian kehormatannya dan berkelakuan mulia. Ini sekali gus mengandungi perintah timbal balik supaya suami juga mesti setia, menjaga kesucian diri dan bersifat mulia.

Perkataan qawwamun dalam al-Quran seseorang yang bertanggungjawab atau yang menjaga sesuatu atau melindungi seseorang. Erti yang lebih mendalam dan komprehensif iaitu suami bertanggungjawab menjaga, menyara, membangunkan sahsiah dan melindungi isterinya secara fizikal, mental dan spiritual.

Huraian ini menyedarkan kita betapa adilnya Islam menentukan hak sewajarnya buat manusia dalam konteks keluarga. Jika hak suami supaya isteri menjaga kesucian dan kehormatan dirinya serta berakhlak mulia, ini bermaksud suami yang melaksanakan tugas ‘qawwam’ mesti terlebih dulu memiliki dan menjiwai sifat mulia itu.

Jika suami dan isteri memahami inti pati hubungan ini maka ketenangan akan mengalir deras dalam institusi keluarga. Suami berasa tenang dan tenteram isteri menjaga kehormatannya, manakala isteri juga berasa aman dan selamat kerana yakin di sisinya ada seorang suami sebagai pelindung.



Kesetiaan juga memainkan peranan yang penting dalam sebuah hubungan yang berkaitan dengan kasih dan sayang. Jika kita sayangkan pasangan kita, sudah pastilah kita akan setia pada pasangan kita. Jadi kita hendaklah mengorbankan hubungan persahabatan dan setia kawan kita pada orang yang kita kenali agar perasaan cemburu tidak menyelubungi perasaan pasangan kita.

Jika kita sayangkan seseorang itu sudah pasti anda tahu siapa yang ada dalam hati kita jadi bila kita sentiasa mengingatkan pasangan kita amat mudahlah kita mengelakkan daripada curang pada pasangan kita. Janganlah sesekali kita melupakan pasangan kita kerana apabila kita tidak berhubung dengan pasangan kita even dalam satu hari, sudah pasti pasangan kita akan fikir yang kita pergi mencari yang lain. Seeloknya kita memberitahu pasangan kita yang kita sedang sibuk kerja ataupun sedang sibuk belajar agar pasangan kita akan memahami keadaan kita yang sebenarnya. Itulah gunanya sikap berterus terang. Ia mengelakkan dari berlakunya kes perselisihan faham antara satu sama lain. 

Bukan laut namanya jika tidak berombak Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah cemburu atau merindu.

Janganlah sesekali anda menduakan seseorang yang anda sayangi kerana berkongsi itu merupakan sesuatu yang perit untuk dilalui. Sayangilah dirinya sepenuh hatimu.

Cinta itu adakalanya pahit adakalanya manis. Cinta terasa indah apabila kemana saja kita prgi ditemani oleh pasangan kita tetapi cinta itu akan terasa pahit apabila kita ternampak pasangan kita jalan berdua – duaan bersama insan lain. Hakikatnya kita seharusnya setia pada pasangan kita kerana dalam setiap hubungan percintaan haus ada kejujuran, kepercayaan dan juga kesetiaan terhadap pasangan. Jika dalam hubungan kita mempunyai kesemua faktor itu, insyaAllah hubungan kita akan kekal lama tetapi jika sebaliknya bersedialah kerana suatu masa anda akan berpisah dengan pasangan anda.

(Smber: Dipetik & diubahsuai daripada Bicara Kalbu)

Sunday, November 7, 2010

Sebuloh, Hulu Yong, Kapit, Sarawak

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada 6 November 2010 kawe berkesempatan mengikuti anak2 kawe dari kelas 5ST2 SMK Selirik 2010 berkhelah di Sebuloh, Hulu Yong, Kapit, Sarawak. Program ini adalah bertujuan untuk bersantai dan menghilangkan ketegangn minda anak2 sebelum mereka menduduki SPM. 

Rombongan disertai oleh anak2 yang kesemuanya berbangsa Iban dan beberapa orang guru. Kawe rasa cukup terhibur melihat anak2 begitu ceria dalam aktiviti ni. Dalam masa yag sama cikgu2 turut memberi semangat agar lepas program ni anak2 terus belajar untuk persediaan menduduki SPM. 





Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan