Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Tuesday, September 28, 2010

Indahnya Islam: Islam sebar rasa damai


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. APA yang menjadikan Islam sebagai agama kedamaian? Nama Islam itu sendiri sesuatu yang amat unik. Itulah pertama kalinya dalam seluruh sejarah agama di dunia ada agama secara harfiah bermakna kedamaian.

APA yang menjadikan Islam sebagai agama kedamaian? Nama Islam itu sendiri sesuatu yang amat unik. Itulah pertama kalinya dalam seluruh sejarah agama di dunia ada agama secara harfiah bermakna kedamaian.


Perkataan Islam memiliki dua konotasi. Pertama, tunduk dan penyerahan diri sepenuhnya kepada kehendak dan perintah Allah manakala yang kedua adalah damai. Islam adalah agama yang ditegakkan Allah S.W.T sendiri. Allah mempunyai pelbagai fitrah dan salah satunya adalah As-Salam yang bererti pembawa kedamaian. Orang yang beriman kepada Islam disebut Muslim. Muslim adalah seseorang yang sepenuhnya damai dengan dirinya sendiri dan mengembangkan kedamaian dalam masyarakat. Sebuah definisi yang cantik mengenai erti kata Muslim diberikan Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan: "Seorang Muslim adalah seseorang yang daripada tangan mahupun lidahnya semua orang menikmati keamanan dan keselamatan. (Riwayat Bukhari).




Hakikatnya, hanya orang yang tidak mengakibatkan mudarat kepada orang lain boleh dikatakan sebagai Muslim. Muslim juga hanya saling menghormati dan bertasamuh sesama Muslim atau bukan Muslim.



Rasulullah sendiri berdiri (sebagai penghormatan) ketika rombongan membawa mayat seorang Yahudi. Sahabat bertanya "Wahai Rasulullah, tapi dia itu orang Yahudi?" Rasulullah menjawab "Bukankah dia manusia?" Bahkan ketika Rasulullah ditanya berkenaan memberi bantuan kepada bukan Muslim: "Apakah kami boleh memberi bantuan kepada orang Yahudi?" tanya sahabat kepada Rasulullah s.a.w. "Boleh, sebab mereka juga makhluk Allah dan Allah akan menerima sedekah kita", jawab Rasulullah sambil bangga atas inisiatif sahabatnya.


"Bukankah dia manusia?". Kata ini penting, ketika kita membangunkan konsep hubungan antara manusia, sifat saling menghargai, menghormati dan saling mengerti amat penting. Tiada halangan yang boleh membataskan hubungan kita dengan orang yang berbeza agama, budaya dan status sosial. Sebagai manusia, kita perlu bersikap toleransi mengadili manusia tanpa memandang siapa dia, termasuk agamanya. Seorang Yahudi, yang setiap hari melempar kotoran ke arah Rasulullah, mencaci dan menyakiti baginda. Terbeliak matanya apabila mengetahui orang pertama sekali mengunjunginya ketika dia sakit adalah orang yang teramat dibencinya.


Kerana itulah Yahudi berkenaan dengan bergetar hatinya berkata; "Demi Allah, budi pekertimu sungguh mencerminkan akhlak nabi. Maka, aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan engkau adalah utusan Allah". Bukankah dia manusia yang melahirkan satu sikap indah dengan berlapang dada malah walaupun dengan mereka yang berbeza fahaman dan keyakinan? Suatu ketika rombongan 60 Nasrani Kota Najran tiba di Madinah al-Munawarah. Rasulullah kebetulan berada di rumah. Pada waktu Asar, mereka masuk ke Masjid Nabawi, tempat Rasulullah berada. Mereka menunaikan sembahyang di dalam masjid. Rasulullah bersabda "Biarkanlah mereka menghadap ke arah timur untuk menunaikan sembahyangnya". Betapa indah sikap Rasulullah terhadap keyakinan orang lain, beliau tetap menghormatinya.


Ahmad Shawi menceritakan dalam tafsirnya, Abu Hushain (sahabat Anshar) mempunyai dua anak lelaki beragama Nasrani. Di saat kedua-dua anaknya berniaga ke Madinah, dia akan menemui mereka.


Abu Hushain sangat menginginkan kedua-dua anaknya memeluk Islam. Dengan keadaan memaksa sambil emosi Hushain membawa kedua-dua anaknya kepada Rasulullah s.a.w seraya berkata: "Ya Rasulullah, pantaskah di antara kami masuk neraka?" sambil menunjuk kedua-dua anaknya dengan kesal. Namun, Rasulullah diam. Maka ketika peristiwa itu, turun ayat al-Quran surah Al-Baqarah ayat 156: "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)". Bahkan Rasulullah tidak memaksa orang tua mengajak anaknya memeluk Islam. Begitulah toleransi yang diajar Islam.


Hari ini, sejak kehadiran Islam kita hidup dalam keadaan damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Islam menyebarkan rasa damai di hati manusia dengan tidak memaksa kebenaran yang diyakini umat lain. Islam lahir dengan toleransi, sikap tasamuh, berlapang dada dengan keyakinan orang lain. Islam yang memiliki ajaran 'laa ikraaha fi diin' itu dianggap sebagai candu yang membahayakan peradaban manusia, sehingga harus dilawan habis- habisan. Sememangnya Islam sangat bertoleransi. Sebagai contoh, ketika baginda diajak golongan kafir untuk saling menukar waktu, tempat dan bergantian menyembah tuhan, baginda menjawab tegas: "Lakum diinukum waliyadiin" (Agama kamu untukmu dan agamaku untukku). Itulah batas dan sempadan bebas bertoleransi, tetapi tetap ada batasnya. Bukannya Islam yang tidak kenal toleransi, tetapi mereka yang pernah hidup bersama Islam yang tidak mahu belajar apa yang Islam hidangkan sepanjang sejarah.

(Dipetik dan diubahsuai daripada: Sumber)

Saturday, September 25, 2010

Lawatan ke Rh Miaw, Katibas, Song, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada 25 Sept 2010 gabungan guru semenanjung Bahagian Kapit mengadakan program lawatan sosial ke Rh Miaw, Katibas, Song, Sarawak. Kami berkumpul di Wharf kapit jam 0630 pagi dan menaiki ekpress ke Song pada jam 0700. Perjalanan mengambil masa selama 40 minit menaiki bot ekpress dan mengambil masa setengah jam menaiki van ke Rumah PAnjang ini. 

Setibanya di Rh Miaw, kami disambut oleh penghuni dengan cukup meriah.. Setibanya kami, penghuni dan Tuai rumah menanti di pintu masuk dengan bendera Malaysia. 

Di pintu masuk, semua penghuni Rh Miaw sudah siap bersedia berbaris menyambut ketibaan kami dengan bersalaman dan diiringi dengan musik tradisional iban. 

Kami di bawa melawat ke semua pintu dalam Rh Miaw diiringi dengan tarian ngajat. Sambutan di luar jjangkaan ini sungguh meriah menyebabkan kami semua terharu. 

Ketua rombongan, Cikgu Kuiek memberi ucapan dan menyampaikan sumbangan buku kepada Tuan Rumah untuk diagihkan kepada anak-anak di Rh Miaw. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku rujukan dan buku latihan merangkumi semua subjek bagi UPSR, PMR, SPM dan STPM. 

Antara ucapan terima kasih yang diberi kepada penghuni Rh Miaw oleh Cikgu Kuiek. 

Antara aktiviti kami ialah mengadakan sesi motivasi dan LDK khas antara guru dari Kapit dan anak-anak di Rh Miaw. Kami pecahkan beberapa kumpulan kecil mengikut tahun dan peperiksaan. 

Semasa sesi ini, guru banyak memberi tunjuk ajar dan sentuhan akhir dalam menghadapi peperiksaan dan berkongsi cerita dan pengalaman dalam dunia pendidikan serta memberi semangat kepada anak-anak untuk terus maju dalam kehidupan.. 

Setelah itu kami dihidangkan dengan masakan tradisional Iban iaitu Ayam Pansoh dan Ikan Pansoh, iaitu sejenis masakan yang di masak dalam buluh dan dibakar seperti lemang. Sungguh menyelerakan dan "nyamai" (sedap) masakan tersebut. 

Semua guru dan peserta lawatan tidak melepaskan peluang untuk menikmati juadah yang sungguh istimewa ini. 

Selepas merarau (makan tengah hari), kami tidak melepaskan peluang untuk solat zuhur berjemaah. Tuai Rumah begitu perihatin tentang keperluan rombongan yang majoriti beragama Islam dengan menyediakan tempat untuk kami menyempurnakan tanggungjawab. Terima kasih yang tidak terhingga buat JKK Rh Miaw. 

Suasana di dalam Rh Miaw sungguh selesa. 

Begini la keadaan kami di salah satu ruang dalam rumah panjang ini. Dihidangkan dengan minuman dan biskut hehehe. 

Sebelum pulang, Tuai Rumah menghadiahkan cenderahati buat rombongan didahului oleh krtua rombongan kita... 

Diantara perserta yang mengambil bahagian dalam lawatan ni.. bersama sebahagian penghuni Rh Miaw


Yang ni mantap juga.. Penghuni Rh Miaw membuat aktiviti tarian heheh.. tarian ponco-ponco. Dan berjaya menarik beberapa peserta rombongan untuk turut serta dalam aktiviti ni..

Akhir sekali apabila kami pulang, semua penghuni menghantar kami sehingga ke luar pintu dan melambai-lambai kepada kami. Sungguh terharu atas sambutan ni... 

Bela "scorpion"

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Di Kapit sememangnya tidak dinafikan banyak sungguh binatang sehingga sering masuk ke dalam rumah kami. Maka bila ada skorpion yang masuk dalam rumah, kami tangkap dan belanya sebagai teman kami hehe. Rupanya trend membela hidupan exotic ni sudah lama diminati oleh masyarakat kita. Di sini kawe nak share bagaimana menyediakan akuarium untuk membela skorpion. 


Mula-mula kulit kayu yang mati dikumpul sebagai medium habitat skorpion. Kami menggunakan kulit kayu pokok kelapa dan batang kelapa yang reput yang dihancurkan dan disusun baik-baik ke dalam akuarium. 

Susunan dan design ini adalah mengikut kerativiti masing-masing. Yang penting jangan mesti menyediakan habitat yang semulajadi untuknya. Skorpion hanya memakan reputan tumbuhan dan serangga kecil seperti ulat. Dikatakan bisa skorpion di Malaysia adalah tidak berbisa dan hanya ada beberapa kes sahaja yang direkodkan dimana sengatan skorpion di dunia menyebabkan kematian dan juga disebabkan mangsa mempunyai penyakit kronik lain. Itu pun disebabkan kerana scorpion itu diberi makan makanan yang mengaktifkan bisa scorpion seperti semut api dan sebagainya. 

Untuk dibela, skorpion haruslah diberi makan ulat, cengkerik dan pepatung agar tidak mengaktifkan bisa skorpion ini. jangan sesekali memberi skorpion ni makan makanan berbisa sepeti semut api, tebuan dan sebagainya kerana ianya hanya akan menyebabkan bisa skorpion menjadi kuat. 

Begini lah keadaan akuarium kami setelah siap di sediakan dan skorpion tu dimasukkan ke dalam akuarium dan dibela seperti haiwan kesayangan yang lain. memang cantik dan mendamaikan bila melihat ianya hidup. 

Kos membelanya tidak lah terlalu mahal hanya bermodalkan membeli akuarium sahaja. Manakala skorpion pula ditangkap sendiri hehehe.. Makanan skorpion pula tidak perlu diberi setiap hari. memadai hanya sekali sebulan sahaja kerana ianya hanya memakan reputan hidupan sahaja. Untuk melembutkan medium dalam akuarium, bolehlah disembur air untuk mengekalkan kelembapan.. 

Ini lah scorpion kami di dalam akuarium.. Nama saintifik menatang ni, nok royak bui ialah Heterometrus spinifer 

Wednesday, September 22, 2010

PTPTN: Potong gaji wajar pilihan terakhir


Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat dan pembaca yang mulia. PTPTN memang sinonim dengan kebanyakan mahasiswa. Kawe petik artikel ni daripada link dalam sebah akhbar online.

 

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Cadangan Perbadangan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) melaksanakan pemotongan gaji secara wajib ke atas peminjam wajar dijadikan pilihan terakhir, kata Pengarah Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik.

"Sikap profesional kerajaan perlu dalam hal ini, potongan gaji patut menjadi pilihan akhir," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Baginya, karajaan sepatutnya melaksanakan tanggungjawab menyediakan prasarana pendidikan kepada rakyat memandangkan kerajaan saban tahun mengutip cukai daripada rakyat.

Lanjutan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu mempersoal cadangan kerajaan untuk mengubal semula Akta PTPTN 1997 demi memeras lebih 46 ribu graduan yang dianggap liat melangsaikan pinjaman masing-masing.

"Adakah munasabah lebih kurang 2.9 peratus (46 ribu) sahaja dari keseluruhan peminjam (1.6 juta) dianggap liat membayar hutang tanpa terlebih dahulu lihat soal pekerjaan mereka, tanggungan-tanggungan mereka (serta) realiti gaji yang kecil untuk tampung kos hidup yang tinggi ini yang dihadapi mereka," ujarnya.

Pun begitu, beliau tidak pula menghalang cadangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membantu PTPTN untuk menasihatkan kumpulan graduan yang berkemampuan supaya melunaskan pinjaman masing-masing.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan PTPTN memansuhkan caj kos pengurusan atau qard al-hasan.

Ujarnya, PTPTN sepatutnya mengutip hutang pokok sahaja daripada peminjam terbabit.

"Kalau qardhul hassan, tak perlu bayar faedah pun, sepatutnya bayar pinjaman pokok sahaja.

"Rakyat bayar cukai, pinjaman PTPTN ini pun asalnya untuk membantu pelajar menikmati pendidikan," ujarnya.

Menurut beliau, peratus caj sama ada 1 peratus atau 3 peratus yang dikenakan ke atas peminjam seakan menyerupai sistem riba.

Ini kerana, katanya penentuan caj tersebut berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman, bukannya berasaskan kos sebenar pengurusan yang dialami oleh PTPTN sendiri.

Sedangkan Qard al-Hasan yang sebenar, menurut beliau adalah bersifat membantu, bukan terus mengenakan caj kepada mereka yang dilihat gagal membayar hutang disebabkan tidak mampu membayar.

Ahad lalu, Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said memaklumkan bahawa pindaan Akta PTPTN 1997 bakal dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada awal tahun depan.

Racangan itu bagi membolehkan PTPTN menguatkuasa polisi potongan gaji secara wajib ke atas mereka yang terbabit pada Jun tahun yang sama.

Balqis; Anak sedara kawe yang nakal

Assalamualaikum. Hari ni kawe nk share gelagat anak sedara kawe. Balqis namanya yang sekarang berada di Kuala Lipis. Sangat nakal dan aktif.. Suka panjat motosikal kawe..

Bila time makan, paling rajin nak hdang dan angkat pinggang mangkuk tapi tak boleh harap sebab sentiasa tumpahkan lauk dan kuah heh heh.. maka Balqis dipaksa untuk tengok je.. 

Ni part paling best, bila dapat telefon, memang budak ni tak nak lepas. Siap bergaya bercakap macam la kenal lama.. sebutan nya plak entah apa2... heh heh.. tp sangat menghiburkan..

Monday, September 20, 2010

Ronda2 Sibu: Night view Sept 18, 2010

Assalamualaikum.. Sesampainya di Sibu pada 18 Sept 2010, kami amek kesempatan utk bersiar2 di bandar sibu menikmati keindahan waktu malamnya...

Kesmua gambar ni diambil dengan D90, setting manual dengan shutter speed less than 1 second. Bandar sibu mmg cantik jika kena pada tempatnya hehe

keadaan jalan di depanTanahMas.. cool. masa ni kami menunggu ketibaan Mat Arip dan ust Zarkuan yg penerbangan mereka "delay"..

Di hadapan pasar besar sibu. 

Di taman depan TanahMas.. Nik, Jali dan kawe

Bila gunna shutter speed rendah, mmg nampak air yang memancut kat kolam tu macam tu la...

kami lepak jap sebab penat berjalan2 beb hehhe

Sunday, September 19, 2010

Open House En Maimun

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berkesempatan pada 5 Syawal keluarga Maimun mengadakan jamuan open house sempena Hari Raya Aidil Fitri 2010 di kuarter Pejabat Perikanan Kuala Krai. Kawe mengambil kesempatan untuk hadir memnuhi tuntutan keluarga. Di sini kawe bertuah apabila berjumpa dengan 2 orang guru kawe dari Pondok Sungai Durian iaitu Ust Dr Basit dan Ust Nazri yang kawe pernah belajar sebelum kawe berhijrah ke Perak dan Sarawak. 

Anak kedua Maimun, Yusri juga merupakan sahabat kawe sejak kecik heh heh... Dari kiri Yusri, Ust Nazri, kawe dan Kok Wa (juga sahabat Datuk kawe dan sahabat kepada keluarga kawe) turut hadir. Maka program ni secara tak langsung menemukan semula ramai kenalan orang tua sekali gus menyambung silaturrahim keluarga. 

Ini bula anak bongsu keluarga Maimun yang berpossing depan jentera Kawasaki Z1000 heh heh... Dia teringin nk naik, tapi takut..


Terima kasih sekali lagi kepada Yusri Maimun dan keluarga kerana jemput hadir ke majlis rumah terbuka ni. semoga buat sokmo la tahun seterusnya heh heh.. 

Riding Balik Kampong: Walimah Abe Mad

Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sept 2010 detik bersejarah buat Abe Mad kita apabila diijabkabulkan dengan pasangan. Pada 14 Sept kawe berkesempatan utk menghadiri walimah di rumah Ab mad. 

Abe mad mengadakan walimah dalam suasana rumah yang mantap. dikelilingi sawah padi yang menghijau... Sedap mata memandang.. Tahnias senkali lagi buat Syamad

Pertemuan antara dua sahabat. Kali last kawe berjumpa abe Mad semasa kawe tahun akhir d universiti. Masa tu Mad dh posting ngajar d sekoloh.. dan tak sangka jumpa semula Abe Mad semasa Walimah dia.. Alhamdulillah.. 

Abe Mad masa ni tengah bersiap.. sebab tu dia masih pakai kain pelikat heh heh.. 


Akhir sekali sebelum kawe balik, kami sempat la bergambar kenangan di tepi umah Mad dengan pemandangan sawah padi yang mantap.. heh heh.. 


Tidak dilupakan Hise dan isteri yang turut bersama kawe mencari rumah Abe mad smpai berjumpa.. terima kasih byk2

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan