Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Saturday, August 28, 2010

Majlis Berbuka Puasa SMK Selirik 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 18 ramadhan 1431 berlangsungnya majlis berbuka puasa, solat sunat hajat serta sunat Traweh di SMK Selirik. Program disertai oleh rakan muallim dari SMK Selrik dan anak2 didik SMK Selirik bertempat di bilik ERT sekolah. 

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dengan sebiji kurma dan terus Solat Magrib berjemaah sebelum menerusan majlis makan malam. Antara juadah yang menarik perhatian ialah nasi dagang, gulai ikan tongkol, sup ayam, daging masak merah, roti arab, bubur jagung, bubur kacang, dsb. 

Antara permata hati yang turut hadir menceriakan majlis kami, adik Khalesha dan Akhi. Comel sunggoh dua ni heh heh. 


Majlis kami berakhir setelah selesai Solat Sunat Traweh dan moreh. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ni. Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan agar dapat mengeratkan lagi ukhwah dan silaturrahim kita semua

Memancing di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera... 27 Ogos 2010 kami amek kesempatan malam wekend utk keluar memancing di Wharf Kapit, iaitu d sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia. Kami mula aktiviti jam 1100 malam dan pulang 3.00 pagi. 

Antara rakan housemate kawe yang ikut adalah Key Wan, Hamdi dan azrul hh heh... Semuanya jenis berkacip peng keh keh keh..

Antara hasil tangkapan kami adalah ikan buris (spesis ikan patin) dan udang. Memandangkan air baru je surut dari banjir, maka banyak la spesis ikan ni dok berenang d tepi wharf.. 

Ni adalah hasil pertama yg berjaya dinaikkan oleh Azrul... sengeh pah cerah kakah ni. 

Ni antara persiapan kami memasang umpan dan perambut...

Saturday, August 14, 2010

Setuju hukuman berat buang bayi

Bismillah. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubat. Menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat penyakit yang timbul akibat daripada gejala maksiat yang berlaku. Sekarang timbul masalah pembuangan bayi yang begitu dasyat.  


Firman Allah dalam Surah Al-Israa’ ayat 32 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.


Firman Allah lagi dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud:-


“Katalah kepada laki-laki yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatan mereka yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.”


Firman Allah lagi dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:-


“Dan katalah kepada perempuan-perempuan yang beriman: “hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatana mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahirnya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju nya dengan tudung kepala mereka…”


Ketiga-tiga ayat di atas merupakan di antara perintah-perintah pencegahan yang turunkan oleh Allah swt sebagai pencipta manusia bagi mencegah manusia daripada penzinaan yang seterusnya membawa kepada kemusnahan hidup di dunia.




Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong cadangan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah buang bayi yang semakin berleluasa di negara ini.

Bercakap sewaktu menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu hari ini, Menteri Besar Kelantan itu juga, bersetuju agar pesalah buang bayi tersebut dihukum mati jika bayi yang dibuang tersebut mati.

Menurutnya, hukuman tersebut wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perkara sama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.


Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menteri Besar Kelantan itu juga seperti dilapor Bernama, berpendapat
undang-undang sekarang lebih "bersimpati" kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa.


Antara masalah yang timbul

Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007 satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini tidak hanya berlaku di bandar-bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Ini jelas terbukti apabila sejak akhir-akhir ini kes-kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku di luar bandar.


Menurut Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon sebanyak 304 kes buang bayi telah dilaporkan antara tahun 2004 hingga 2007 yang membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana
mayat reput.


Menurut Statistik Ibu Pejabat Bukit Aman pula sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36%.


Statistik-statistik di atas jelas menunjukkan betapa nazak dan dahsyatnya permasalahan buang bayi yang melanda masyarakat kita saban hari , masa dan ketika yang semakin bertambah.dari hari ke sehari tanpa menunjukkan kadar penurunan.


Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara sekitar tahun 2000 hingga 2008 terdapat 257,000 kanak-kanak yang didaftarkan tidak mempunyai nama bapa dan yang lebih menyedihkan lagi apabila bagi tahun 1999 hingga 2003 sahaja, 44% anak yang tidak mempunyai nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang didaftarkan.


Macammana nak atasinya?


Penulis amat tertarik dengan saranan Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang mengatakan “ Jika semua pihak terutamanya kerajaan serius dalam menangani isu pembuangan bayi yang saban hari dilaporkan, tumpuan perlu diberi kepada usaha membersihkan masyarakat daripada sumber-sumber yang mendedahkan mereka kepada faktor yang merosakan nilai murni.”


Satu usaha yang bersepadu haruslah diambil secepat mungkin oleh semua agensi kerajaan termasuk NGO bagi memastikan segala punca kepada masalah pembuangan bayi dapat dikenalpasti dan dihapuskan daripada terus mencengkam masyarakat.


Firman Allah dalm Surah Al-Anfal ayat 20-22 yang bermaksud:-


“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (perintah-perintahnya dan janganlah kamu menjadi sebagai orang munafik yang berkata “Kami mendegar , pada hal mereka tidak mendengar. Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk disisi Allah ialah orang yang pekak dan tuli ( tidak mendengar atau memahami kebenaran iaitu orang-orang yang tidak mengerti.)

Perlakuan seks bebas, pergaulan bebas, minum arak, penagihan dadah, bohsia, bohjan, mat rempit, sumbang mahram , rogol, pencabulan dan pelbagai lagi permasalahan yang melanda masyarakat wajar dibenteras secara bersepadu dengan berpandukan kepada panduan Ilahi bukan hanya berlandaskan akal semata-mata dan penyelesaian jangka pendek yang hanya mengundang masalah selanjutnya yang tidak berkesudahan.


Masalah pembuangan bayi merupakan salah satu natijah buruk yang terhasil akibat daripada pelbagai masalah masyarakat yang melanda.dan kini telah menjadi barah yang semakin merebak di dalam masyarakat kita.


Justeru itu cara yang sewajarnya bagi menangani permasalahan buang bayi adalah membenteras segala punca yang menjadi sebab kepada permasalahan ini. Kepincangan pendidikan, persekitaran, perundangan dan institusi keluarga harus diperbetulkan demi melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai murni yang membawa kepada terlahirnya generasi muda yang mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di zaman yang serba canggih dan moden ini.


Penulis ialah Penolong Setiausaha Agong Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Sila layari http://www.peguamsyarie.org atau email ke sekretariatpgsm@yahoo.com

(Dipetik dan diubahsuai daripada ISU PEMBUANGAN BAYI, APA PENYELESAIANNYA oleh Oleh Marlina Amir Hamzah dan HarakahDaily

Friday, August 13, 2010

Jalan-jalan di Pasar malam Sibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 6 Ogos 2010 kawe dan Ust Zam dalam perjalanan bermusafir ke Miri. Maka kami transit di Sibu beberapa jam sambil menunggu flight ke Miri jam 7.20pm. Kesempatan ni kami amek untuk bersiar2 di pasar malam sibu. 

Di pasar malam ni ada jual macam2 makanan pelik-pelik. Bagi Muslim haruslah berhati-hati untuk membeli makanan kerana dikhuatiri ke kedai yang tidak halal. Di sini kawe cadangkan untuk rakan-rakan sekalian ke Gerai Kak Anna dan Abg Ajim yang menyediakan makanan dan kuih-muih halal untuk muslim. 

Lazimnya kawe sentiasa membeli makanan di gerai ni dan membungkusnya makan di hotel hehe.. Kali ni kami bertuah kerana kami mengunjungi gerai ni pada hujung minggu dan Keluarga Abg Ajim dan Kak Anna membawa 2 orang anak mereka untuk sama belajar berniaga. Kawe amat mengagumi kegigihan keluarga ini. Paling best adalah pisang goreng dan kuih2 di gerai ni hehe. Amat memenuhi citarasa kawe.  


Di gerai ni memang tak putus pelanggang yang hadir membeli juadah. Disamping keramahan keluarga Abang Ajim yang cukup sporting. membuatkan pelanggang cukup selesa membeli makanan di sini. 


Akhir sekali sebelum bertolak ke airport Sibu, kami berkesempatan bergambar kenang-kenangan bersama keluarga yang ku kagumi ini. Sehingga berjumpa lagi.. 

Wednesday, August 11, 2010

Wanita terlanjur? Terimakah taubat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasa bermakna untuk dikongsi dengan semua sahabat kawe. Artikel ni dipertik dari Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

SOALAN

Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.

- Soalan melalui ruangan komen di artikel lepas-



JAWAPAN

Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW yg bermaksud :
 
"Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-



1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.

Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.



2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.

Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu yang bermaksud:-
 
Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.

Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w yang bermaksud:-
 
Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.



4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.

Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

Ayatnya adalah firman Allah yang bermaksud:-
 
"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)



5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.

Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN

Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-

Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.



Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Ogos 2010

Sunday, August 8, 2010

1,000 guru mohon keluar Sarawak; Kementerian terpaksa laksana sistem kuota

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berita ni kawe petik dari Berita Harian 08 Ogos 2010 sempena lawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ke Bahagian Kapit. 


KAPIT: Kementerian Pelajaran menerima hampir 1,000 permohonan daripada guru terutama yang berasal dari Semenanjung yang mahu ditukarkan dari Sarawak setiap kali proses perpindahan dilaksanakan pada Januari dan Jun setiap tahun.


Jumlah itu dilihat terlalu tinggi berbanding jumlah guru baru dari Semenanjung yang dibawa masuk iaitu hanya 100 orang setiap kali proses pertukaran dilaksana. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebahagian besar permohonan dadalah dari guru berasal dari Kelantan. 



“Kementerian pernah menerima hampir 4,000 permohonan daripada guru yang berasal dari Kelantan yang merayu ditempatkan di negeri asal mereka, sedangkan kekosongan di negeri terbabit hanya sekitar 50 orang.



“Bagi menangani isu pertukaran ini, kementerian terpaksa menggunakan pendekatan kemanusiaan dan mengetepikan keperluan. Ini kerana ada antara guru terbabit memohon untuk bertukar akibat masalah keluarga selain alasan sakit,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama warga pendidik daerah Song di Sekolah Menengah Kebangsaan Song di sini, malam kelmarin.



Mohd Puad berkata, bagi mengatasi isu pertukaran guru itu, Kementerian melaksanakan sistem kuota untuk pengambilan guru baru iaitu masing-masing 30 peratus untuk Sabah dan Sarawak, manakala 40 peratus bagi Semenanjung.


Selain itu, kementerian juga berhasrat untuk mengimbangkan pengambilan guru lelaki dan wanita kepada 50-50.



“Tahun ini adalah tahun pertama kita melaksanakan sistem kuota serta menambah pengambilan guru lelaki, tetapi kita masih belum mencapai matlamat itu kerana terlalu banyak masalah yang dihadapi.

“Kita perlu lebih ramai guru lelaki untuk dihantar ke luar bandar. Ini kerana ketika ini, sebahagian besar guru yang bertugas di pedalaman adalah guru wanita.


“Nampaknya, sasaran kita untuk meningkatkan jumlah guru lelaki juga masih belum tercapai,”
katanya.

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan