Assalamualaikum..

Ya Allah, Kau percomelkanlah keselamatan dan kesihatanku, Kau teguhkan ketaqwaanku dan istiqamahku, jauhkanlah diriku dari diperkenakan kesedihan dan kekecewaan pada masa sekarang dan akan datang, Sesungguhnya Engkaulah Maha Pendengar.

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami agar isteri kami dan anak cucu kami menjadi penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertaqwa (al-Furqan:74)

Friday, July 30, 2010

Adilkah Allah SWT?

Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kawe menerima kiriman email dari seorang hamba Allah yang menceritakan sebah kisah yang boleh dijadikan iktibar kepada kita dalam usaha berdakwah. Dimana ketenangan dan kekuatan hujah itu penting dalam usaha kita berdakwah. 


Kisah seorang gadis Melayu beragama Islam yang cetek pengetahuan agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. 


Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.. 


Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"


Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.


"Ah.. mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

 

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

 

Gadis tu terdiam. 


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian...semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum."

Thursday, July 29, 2010

Menjadi Suami Idaman..


Bismillah.. Assalamualaikum dan salam sejahtera. sungguh terharu bila kawe baca post facebook oleh kenalan kawe. Rasa ingin kongsikannya kepada sahabat2 sekalian untuk diambil iktibar dalam kehidupan kta.. 


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'HOSPIAL', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Wednesday, July 21, 2010

Trip hulu Sg Amang, Kapit, Sarawak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Cuti hujung minggu lepas kawe rasa cukup bertuah bila berkesempatan join ana2 kawe dari tingkatan 5A5 SMK Selirik untuk masuk hutan belakang sekolah hehehhe.. Motif kami adalah untuk memancing dan snap view keindahan alam semulajadi dalam hutan ni..


Perjalanan kami bermula dengan berkumpul di sekolah jam 13oo. Kami memulakan berjalanan lebih kurang jam 1330 dan perjalnan melalui anak sungai yang cukup memenatkan selama 2jam untuk sampai ke destinasi.. fuyyooo turun bukit naik bukit...


Antara rakan guru yang ikut ialah Cikgu Ikhwn, Cikgu Abang, Cikgu Firdaus, cikgu Alimi dan Cikgu Asrul.. Sepanjang perjalanan mmg best beb.. hutan sini mmg bersih dari pencemaran..

Sepanjang perjalanan, kami kena naik bukit dan turun bukit. Kalao kepala lutut menyentuh dada tu, itu adalah perkara biasa...


Antara laluan kami ialah melalui lorong2 kecil gini.. Lorong2 ni adalah laluan anak sungai yg terbentuk dari mata air atas bukit yang mengalir ke sungai Amang.. Maka kami tak perlu bimbang jika sesat kerana hanya perlu ikut laluan anak sungai ni je. 


Selepas melalui anak sungai tadi, kami akan melalui sungai yang lebih besar. Di sini anak2 kawe mula menebar jala untuk dapatkan ikan kecil2 yang bermain2 di celah2 batu..

Ini lah tempat yang kami nak tuju.. Setelah 2jam berjalan, akhirnya sampai ke destinasi. Di sini kami memancing, menjala dan makan bekalan yg dibawa keh keh keh... Sambil tu mandi-manda la.. best amat. airnya jernih.. bleh tengok anak2 ikan berenang.. 

Antara pengalaman kawe yang best ialah menjala ikan.. yang ni kawe tak pandai.. Tapi anak2 kawe yang ajar sampai pandai.. Thanks la anak2 5A5 yang ajar cikgu menjala ni sampai dapat ikan banyak juga la keh keh keh..



Dan setelah beberapa jam di hulu Sg Amang, akhirnya selepas solat asar dan zuhur dalam hutan, kami mula berkemas dan bertolak keluar dari hutan dalam jam 1830. Cuak juga sebab magrib kat sini seawal 1850. So kami terpaksa berjalan dalam gelap ikut air sungai Amang td sehingga la smpai ke jalan besar tepat jam 1945. Alhamdulillah semua selamat. Ini lah antara anak2 kawe yang sangat sporting dalam aktiviti ni..

Wednesday, July 7, 2010

257,000 anak luar nikah membimbangkan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Artikel ini kawe dapat daripada link ini.. 

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Sejumlah 257,000 kelahiran tanpa bapa yang didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) antara tahun 2000 hingga Julai 2009 wajar membimbangkan semua pihak berwajib, kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Ini kerana, menurut beliau, sebanyak 30,978 kelahiran yang terdaftar membabitkan bayi beragama Islam.

"Bagi saya, semua pihak perlu bertanggungjawab, kerajaan perlu melaksanakan undang-undang yang lebih ketat, ibu bapa perlu ajar agama pada anak-anak," jelas beliau ketika mengulas pendedahan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung perkara itu pada 1 Julai lalu.

Sedangkan, menurut beliau, perangkaan kelahiran tanpa bapa mengikut beberapa agama yang lain adalah 18,085 bayi beragama Hindu; 17,236 (Buddha); dan 3,395 (Kristian). 

Tuesday, July 6, 2010

Pemandangan Taman perumahan di Kapit

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Semalam selepas bermain Tenis dengan James Ling, Ah Hai dan AH Hon, kawe ambil kesempatan untuk jogging di atas bukit kuarter kediaman penjawat awam di Kapit. Dari bukit tersebut kawe dapat melihat pemandangan taman2 dan bangunan di pekan Kapit.. Ni anatara gambar yg kawe Snap tanpa di edit... 


Kapit mmg cantik keerana dikelilingi oleh bukit-bukit dan kehijauan... gambar kedua ni kelihatan Stadium Kapit, dimana semua org berebut2 menempahnya utk bermain bola terutamanya sekolah2 dan guru2 di Kapit kerana ini la satu2 nya padangan bola yg terbaik di Kapit hehe.. kebanyakan sekolah tiada kemudahan padang bola yang baik di Kapit..

Monday, July 5, 2010

Sahabat Sejati


Assalamualaikum dan salam sejahtera... beberapa hari yang lepas, kawe di "tag" dlm facebook oleh sahabat ambo.. Gambar kenagan yg sgt bermakna.. Maka teringat la kawe tentang teman sejati dan meamori2 indah bersama rakan2 sahabat dulu.. 

Firman Allah, 

"Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib" (Fusshilat:34)



"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)" (Az-Zukruf:67). 


Teringat petikan lagu Untukmu Teman dari Kumpulan Brothers, 

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya 
Bertemu berpisah kita 
Ada rahmat dan kasih-Nya 

Andai ini ujian 
Terangilah kamar kesabaran 
Pergilah gelita hadirlah cahaya

Saturday, July 3, 2010

Memaafkan dan Melupakan Kecurangan


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Artikel ni kawe petik dari http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/memaafkan-dan-melupakan-kecurangan/ bagus utk kita baca dan renung,, 


Perit sekali apabila diri dicurangi. Perasaan itu bagaikan menusuk seluruh jiwa dan raga. Hati pula, tertanya-tanya mengapakah harus ianya terjadi. Hanya insan yang pernah dicurangi bisa merasakan perasaan itu, bisa memahami segalanya. Sehinggakan ada yang nekad untuk membalas dendam, dan membunuh diri serta melakukan pekara yang dilarang agama.

Mengapakah insan, sanggup melakukan kecurangan? Sedangkan insan mempunyai akal dan fikiran untuk membezakan apa yang baik dan tidak. Tidakkah mereka takut akan pembalasan? Sungguh meyedihkan kerana wujudnya insan sebegini.

Insan, megertilah bahawa setiap yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri. Hikmah yang cukup indah yang bisa menyembuhkan luka di hati. Sinar cahaya akan tiba tanpa kita sedari. Yakinlah bahawa, Allah tidak akan memberi dugaan dan ujian pada hambanya di luar kemampuan hambanya itu sendiri.


Setelah dilukai, pasti susah untuk kita memaafkan dan menerima kembali pasangan kita itu, apatah lagi untuk melupakan kecurangan tersebut. Namun, kita haruslah beringat bahawa memaafkan seseorang adalah perkara yang mulia. Dan kita sebagai manusia biasa tidak layak untuk menghukum apatah lagi tidak memberi kemaafan. Sedangkan Allah Maha Pengampun, inikan kita hambanya. Untuk memberi hukuman, jauh sekali. Kita serahkan pada Allah yang Maha Adil.

Kita mungkin dapat memberi kemaafan pada setiap kecurangan, namun untuk melupakannya mungkin mustahil. Apa yang patut kita lakukan adalah memberi peluang, menjadikan perkara tersebut sebagai ikhtibar serta berdoa. Ingatlah, kita ada Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat untuk kita mengadu dan berharap. Allah tidak akan mengecewakan kita.

JANGAN BERSEDIH…

Popular Posts

Bismillah

Salam sayang dari kejauhan buat isteriku yang sentiasa menghitung hari untuk bertemu suaminya.

Jentera Z1000

Jentera Z1000
Satu kepuasan

Renungan